Saturday, August 11, 2012

Sultan Brunei Tunaikan Umrah

11.08.2012, Sabtu - Pada malam 08.08.2012 lepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berangkat ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah Umrah. Dalam masa yang sama Tuanku Sultan akan menghadiri Sesi Luar Biasa ke-4 Persidangan Kemuncak Islam pada 14 hingga 15 Ogos ini yang diadakan di Kota Suci Mekah Al-Mukarramah.

Turut mengiringi baginda berdua adalah putera dan puteri baginda, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azeemah Ni'matul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lulabul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah serta kerabat-kerabat  diraja Brunei

Sebelum berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba untuk menaiki pesawt khas ke Arab Saudi, doa selamat telah dibacakan di Istana Nurul Iman oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.  Turut mengucapkan selamat tinggal di Hanger Penerbangan Kebawah Duli yang Maha Mulia adalah  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, anakand-anakandan baginda, adinda-adinda baginda, kerabat diraja, Pengiran-Pengiran Chateria, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Menteri-Menteri kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei serta isteri masing-masing.

Syah doakan agar KDYMM Tuanku Sultan, KDYMM Raja Isteri  dan Rombongan Selamat Pergi dan Balik daripada mengerjakan Umrah

Sumber : Media Permata / Kementerian Penerangn Brunei

No comments: