Monday, August 20, 2012

Makam YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang

20.08.2012, Isnin - inilah dia makam Yang Amat Mulia Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Hajjah Ainon Jamil binti Al Marhum Sultan Abu Bakar yang mangkat pada 12 Februari lepas dalam usia hampir 85 tahun. Allahyarhamah merupakan kekanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Allahyarhamah juga merupakan bekas Tengku Ampuan Terengganu semasa menjadi isteri kepada Almarhum Tengku Ali ketika Almarhum menjadi Sultan Terengganu sewaktu pemerintahan jepun. Selepas Almarhum Tengku Ali diturunkan dari Tahta Terengganu selepas Jepun menyerah kalah, Allahyarhamah telah berpisah dengan Almarhum dan dikurniakan dengan tiga orang cahayamata dan kembali semula ke Pahang.

Semasa Syah melawat Terengganu beberapa tahun lepas Syah ada menziarahi makam Almarhum Tengku Ali di Makam Diraja Kuala Terengganu. Makam Almarhum Tengku Ali diperbuat daripada Marble bewarna hitam dan dengar ceritanya makam itu dibina oleh Tengku Dato' Iskandar iaitu salah seorang anakanda Almarhum Tengku Ali dan Allahyarhamah Tengku Seri Nila Utama Pahang.

Al-Fatihah kepada Almarhum Tengku Ali dan Allahyarhamah Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Hajjah Ainon Jamil semuga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang- orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

sumber :- photo dari Syed Mustafar

No comments: