Monday, July 16, 2012

Ulangthun Keputeraan ke-59 Tuanku Hajah Haminah

16.07.2012, Isnin - Tanggal 15 Julai bukan sahaja merupakan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-66 tetapi juga merupakan ulang tahun keputeraan ke-59 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun. Tuanku Hajah Haminah diputerikan pada 15.07.1975 di Bagan Serai, Perak. Tuanku berkahwin ketika berusia 22 tahun dengan Tuanku Abdul Halim pada 25.12.1975 beberapa bulan selepas Tuanku Abdul Halim menamatkan tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 (21.09.1965-20.09.1970).  


Selepas berkahwin, Tuanku Hajah Haminah menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia Cik Puan dan kemudiannya menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun selepas ditabalkan sebagai Sultanah Kedah pada 09.01.2004 di Balairong Seri Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah dengan penuh adat istiadat Diraja Negeri Kedah Darul Aman. Tuanku Hajah Haminah menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  ke-14 selepas Tuanku Abdul Halim dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13.12.2011 dan ditabalkan pada 11 April 2012 lepas.

Sempena ulangtahun keputeraan Tuanku Hajah Haminah, pada malam Sabtu lepas satu sambutan berkembar ulang tahun Tuanku Hajah Haminah dan ulang tahun pertama Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah telah diadakan. Turut serta dalam majlis ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Ulang Tahun Pertama YAYSH 2012, Datuk Mohamad Tajudin Bakar.

Sumber :- Bernama/Wikipedia

2 comments:

Anonymous said...

salam ku, byk kene repair nih. tarikh lahir raja permaisuri dan tempoh pemerintahan pertama sultan kedah sebagai YYDP Agong... Semoga ku sihat sentiasa.

Anonymous said...

salam...
tarikh lahir RPA 1975?