Monday, July 30, 2012

Tengku Puteri Aishah, Adinda Sultan Selangor Mangkat

30.07.2012, Isnin - Inalillahi Wainailaihi Rojiun, Dukacita dimaklumkan bahawa adinda bongsu kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj iaitu Tengku Puteri Aishah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul  Aziz Shah Alhaj telah mangkat awal pagi tadi akibat kanser.  Allahyarhamah mangkat di Pusat Perubatan Pantai yang terletak berhampiran office Syah di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Allahyarhamah yang baru berusia 56 tahun itu mangkat disisi Sultan Selangor dan anggota keluarganya pada jam 12:15hrs.  Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja di Istana Alam Shah, Bandar Diraja Klang dan dimakamkan tengahari tadi kira-kira jam 12:45hrs di Makam Diraja Selangor, Shah Alam dengan penuh adat istiadat Diraja negeri Selangor.  Allahyarhamah merupakan adik beradik satu ibu dengan Tuanku Sultan Selangor.  

Al-Fatihah .............. Semuga Roh Allahyarhamah Tengku Puteri Aishah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Tengku Puteri Aishah semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber :- Istana Mastika/Bernama

No comments: