Tuesday, July 31, 2012

Sultan Selangor Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Hulu Klang

31.07.2012, Selasa - Petang semalam Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat yang diadakan di Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang, Kuala Lumpur.  Dalam majlis ini baginda Sultan berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 512 orang penerima yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan fakir, miskin, anak yatim dan mualaf.  Kelihatan Tuanku Sultan masih lagi berada dalam keadaan sedih kerana kemangkatan adinda bongsu baginda, Allahyarhamah Tengku Puteri Aishah yang mangkat disisi baginda sendiri  akibat kanser di Pusat Perubatan Pantai awal pagi semalam dan dikebumikan pada sebelah tengahari semalam. Al-Fatihah semuga roh Allahyarhamah Tengku Puteri Aishah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Bernama

No comments: