Saturday, July 21, 2012

Sultan Johor Beri Pengampunan Kepada Banduan Sempena 01 Ramadhan

21.07.2012, Sabtu - Sempena 01 Ramadan hari ini, Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan memberi pengampunan kepada lapan orang banduan.  Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato' Obet Tawil  dalam kenyataannya pada hari Rabu lepas memaklumkan bahawa Tuanku Sultan turut berkenan meringankan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara terhadap empat banduan. Menurut Dato' Obet, dengan titah pengampunan ini diharap mereka yang terlibat dapat menggunakan peluang kedua yang diberikan ini untuk memanfaatkan diri sendiri, keluarga, masyarakat serta negara dan membuktikan yang mereka benar-benar insaf, telah pulih dan layak bersama masyarakat.


Gambar menunjukkan Pengarah Penjara Pokok Sena, Zawari Abd Rahman memberi nasihat hari ini kepada dua banduan dari indonesia Mansur Tahir (50 tahun) dan Salleh @ Mon Moin (43 tahun) yang mendapat pengampunan daripada Sultan Johor.  Kedua-dua mereka akan dibebaskan esok setelah proses dokumentasi mereka dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Konsulat Indonesia di Pulau Pinang selesai. Selain daripada Penjara Pokok Sena, banduan lain yang terlibat berada di Penjara Kajang dan Kluang.

Sumber :- Utusan Online / Bernama

No comments: