Tuesday, July 10, 2012

Sultan Azlan Rasmikan Kompleks IPD Taiping

10.07.2012, Selasa - Semalam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan menyempurnakan perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.  Kompleks seluas 17 ekar  yang dibina pada 12.04.2007 dan siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 25.06.2012 ini bernilai RM88.5 Juta. Turut berangkat dalam majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun binti Mohd Ali, Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah.

Turut serta mengiringi Tuanku Berdua adalah Menteri Besar Perak  Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong dan  Ketua Polis Perak Dato' Mohd. Shukri Dahlan.  Dalam titahnya Tuanku Azlan Shah menekankan bahawa pasukan Polis kelas pertama akan sentiasa dihormati sehingga menyebabkan tidak akan  ada pihak yang berani memberikan sogokan.kepada anggota polis.  Diantara titah baginda  :-
  • "PDRM hendaklah mengelak daripada terheret dalam klasifikasi polis di negara ketiga dengan pelbagai imej negatif"
  • "Tidak dihormati malah dipersendakan, dilihat bergelumang dengan amalan rasuah, menindas yang lemah dan memejamkan mata kepada kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah terutama oleh kumpulan elit dalam masyarakat."
  • "Ia mungkin bermula dengan toleransi terhadap kesalahan trafik atau penyeludupan seguni beras, tetapi amalan toleransi demikian memberikan imej ketidaktegasan menguatkuasakan undang-undang,"
Titah baginda lagi, tindakan  negatif anggota polis yang tidak bertanggungjawab akan membawa kepada berlakunya porak-peranda didalam negara termasuk berluasanya kegiatan jenayah, penyeludupan, rasuah, judi, pelacurandan rompakan.

Sumber :- Utusan Malaysia

No comments: