Monday, July 16, 2012

Keputeraan Sultan Brunei Disambut Meriah


16.07.2012, Isnin - Majlis sambutan sempena Hari Keputeraan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang  ke-66 tahun semalam disambut dengan meriah dan penuh dengan warna warni.  Majlis pagi semalam dimulai dengan Majlis Istiadat Perbarisan Kehormat yang diadakan di Taman Sir Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Bagawan.


Kemudiannya Tuanku Sultan menghadiri Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Istana Nurul Iman. Dalam istiadat ini Tuanku juga menyampaikan titah baginda sempena sambutan ulang tahun baginda. Dalam istiadat ini juga, baginda telah menganugerahkan Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia (The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei) 1st Class: SPMB yang membawa gelaran Dato Seri Paduka kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Musa Haji Aman. 


Selepas Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran, Sultan Brunei dan Raja Isteri telah berkenan menerima mengadap tetamu-tetamu dari negara luar sempena Hari Keputeraan baginda yang diadakan di Istana Nurul Iman.  Kelihatan baginda berdua menerima mengadap Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Abdul Taib bin Mahmud dan isteri  YAB Puan Sri Raghad Kurdi Taib.


Pada sebelah malamnya pula diadakan Majlis Santapan Negara yang dihadiri oleh tetamu-tetamu negara, jemputan khas serta kerabat Diraja.  Terdahulu sebelum majlis ini bermula telah diadakan majlis menerima mengadap sebelum santapan negara bermula. Memang jadual Tuanku Sultan Brunei begitu padat semalam sempena Hari Kepteraan baginda Yang ke-66. Syah mengambil kesempatan ini merafak sembah mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-66 tahun kepada Tuanku Sultan Brunei semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.  Dirgahayu Tuan Patik.


Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

2 comments:

Anonymous said...

:)

PH

Anonymous said...

:)

PH