Saturday, June 30, 2012

Tuanku Hajah Haminah Rasmikan Floria 2012

30.06.2012, Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan mencemar duli merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Floria Putrajaya 2012) yang bertemakan  "Bunga-Bunga Kertas Tetap Menawan".  Pameran yang berlangsung di Persiaran Tasik Presint 2 ini menampilkan 400,000 pokok dan bunga yang terdiri daripada pelbagai spesies dalam dan luar negara dengan menampilkan 16 pereka taman dan juruhias bunga antarabangsa dari Australia, Taiwan, Indonesia, Filipina, China, Belanda, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Baginda turut meluangkan masa melawat kawasan pameran ini  selama satu jam setengah dan berakhir di kawasan pavilion yang menempatkan pelbagai gubahan bunga berwarna-warni yang di sertai oleh peserta tempatan dan luar negara seperti gambar diatas.  Nampak kegembiraan Tuanku Hajah Haminah apabila melihat bunga-bunga berwarna-warni serta tumbuhan yang dipamirkan. Festival ini dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.  Festival akan berlangsung selama sembilan hari. So apa lagi kepada anda semua jika berminat jom kita ke Floria 

Sumber :- Bernama

No comments: