Tuesday, May 15, 2012

Tunku Aziz Keluar DAP

15.05.2012, Selasa - Hari ini Naib Pengerusi DAP dan juga merupakan Kerabat Diraja Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Senator Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim telah membuat pengumuman keluar parti dan melepaskan jawatannya dalam DAP.  Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP pada 2008 itu, baru-baru ini menyatakan pendirian beliau membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lepas kerana khuatir ia boleh bertukar ganas.  Penderian yang dinyatakan oleh beliau adalah kebanyakan perhimpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan dan siapa yang  akan bertanggungjawab dengan keselamatan mereka.  Tunku menolok mana-mana pihak yang menjurus kepada perlakuan melanggar undang-undang dan menyokong Bersih 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ianya akan mempengaruhi rakyat melanggar undang-undang.  Beliau setuju dengan cadangan pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan ditempat yang selamat seperti Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.  Pihak DBKL tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan dan akhirnya pihak berkuasa akan dipersalahkan dan ini tidak adil bagi Tunku. Tunku berpendapat Parlimen harus digunakan bagi tujuan ini tetapi tidak melanggar undang-undang.

Bantahan ini menyebabkan perselisihan faham antara Tunku dengan pemimpin DAP yang menyifatkan kenyataan itu meletakkan DAP dalam kedudukan yang memalukan sedangkan iannya (DAP) menyokong perhimpunan Bersih untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.   Sehubungan dengan itu, DAP dilaporkan tidak melanjutkan tempoh keanggotaan Dewan Negara Tunku yang dilantik sebagai senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sumber :- Bernama / Wikipedia

No comments: