Friday, May 4, 2012

P-BANK Raikan Tuanku Abdul Halim Dalam Majlis Santapan dan Konsert Amal P-BANK 2012

 
04.05.2012, Jumaat - Malam tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah telah diraikan oleh Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (P-Bank)  dalam satu majlis santapan dan konsert amal P-BANK 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur. Selain daripada itu majlis ini juga diadakan sempena ulang tahun keputeraan ke-84 Tuanku Abdul Halim yang juga merupakan Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Ini merupakan acara tahunan  P-BANK bagi mengutip sumbangan sebagai persediaan P-BANK menghadapi sebarang bentuk bencana alam dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang layak menerimanya di negeri Kedah.

Turut mengiringi Tuanku Abdul Halim adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti  Haji Hamidun. Turut berangkat ke majlis yang dihadiri oleh 500 orang tetamu ini diantaranya Tengku Bendahara Kedah yang juga merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman, YTM Dato' Seri Utama Tunku Anuar ibni Almarhum Sultan Badlishah, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 

Sumber :- Bernama

No comments: