Tuesday, April 10, 2012

His Royal Majesty King Bhumibol Hadiri Istiadat Pengkebumian Mendiang Her Royal Highness Princess Bejaratana Rajasuda Sirisobhababbavadi

10.04.2012, Selasa - Semalam His Royal Majesty King Bhumibol Adulyadej yang merupakan seorang Raja yang paling lama berada diatas tahta didunia ini telah meninggalkan Hospital Siriraj buat seketika untuk menghadiri istiadat pengkebumian sepupu baginda di Sanam Luang, Bangkok. Turut mengiringi baginda adalah HRM Queen Sirikit. Baginda sebenarnya bersemayam dihospital berkenaan hampir dua tahun semenjak 2009 memandangkan tahap kesihatan baginda yang tidak begitu memuaskan. Kelihatan baginda diatas kerusi roda dengan pakaian rasmi serta lilitan hitam dilengan baginda sebagai tanda berkabung diistiadat pengkebumian Mendiang Her Royal Highness Princess Bejaratana Rajasuda Sirisobhababbavadi.

Mendiang Princess Bejaratana merupakan satu-satunya anak tunggal Mendiang King Vajiravudh (Rama V1) meninggal dunia di Siriraj Hospital dalam usia 85 tahun pada 27 Julai 2011 lepas disebabkan jangkitan dalam darah. Jenazahnya diletakkan di Dewan Singahsana Dusit Maha Prasart didalam kawasan Grand Palace semenjak kemangkatannya. Semalam, Jenazahnya dibawa menggunakan pedati khas yang ditarik oleh 200 orang ketempat pembakaran.

Sumber :- AFP

No comments: