Wednesday, April 25, 2012

25.04.2012, Rabu - Semalam Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menerima sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk Majlis Agama Islam Selangor atau MAIS. Sumbangan sebanyak RM35,255,800.00 berkenaan disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh bin Omar bagi pihak kerajaan persekutuan kepada Tuanku Sultan di Istana Kayangan, Shah Alam, Selangor. Dari jumlah berkenaan sebanyak RM27,955,200.00 adalah diperuntukkan untuk membayar gaji guru-guru Kafa di negeri Selangor.

Kerajaan persekutuan menyumbangkan sebanyak RM800.00 sebulan untuk guru-guru ini manakala kerajaan negeri Selangor menambah RM600.00 kepada ketua guru kafa dan RM500.00 untuk guru-guru kafa.  Menurut Datuk Seri Noh lagi, sebanyak RM6 juta diperuntukkan  bagi bayaran elaun imam untuk 669 buah masjid di negeri Selangor manakala RM1,279,600.00 diperuntukkan untuk 142 orang guru-guru takmir yang akan mendapat RM800.00 setiap seorang sebulan.

Sumber : Bernama/The Sun 

No comments: