Sunday, March 25, 2012

Terjumpa Pelukis Melukis Portrait Sultan Johor

25.03.2012, Ahad - Salam semua apa khabar hari nie. Pagi tadi Syah ke Komplek Kraftangan Jalan Conlay kerana ada Pameran Kraftangan. Semasa hendak ke surau untuk Solat Zohor Syah lalu disebuah kedai yang ada di komplek tu dan terpandang seorang lelaki sedang melukis portrait (oil painting) Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah. Syah sempat bertanya kepada pelukis berkenaan gambar ini untuk apa. Dia maklumkan kepada Syah iannya ditempah oleh Persatuan Anak Melayu Johor untuk dipersembahkan kepada DYMM Tuanku Sultan Johor.

No comments: