Thursday, March 29, 2012

Syah @ Bukit Mahkamah

29.03.2012, Khamis - Hari nie Syah puasa dan ada tugasan di TM Bukit Mahkamah untuk Projek Unifi Spring Clean aka Projek Tampal Stem. Jam 08:15hrs Syah dah ada di Aras 3 tetapi masih ramai lagi belum sampai. Jam 09:30hrs sesi briefing bermula. Kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan bagi membantu merekod agreement pelanggan Unifi dalam format yang disediakan dan kemudiannya meletakkan stem hasil pada agreement berkenaan. Hari nie kumpulan kami dapat menyediakan 450 agreement pelanggan Unifi. Inilah kumpulan Syah yang terdiri daripada Nursyuhada dan Ab Razak.

Disebabkan Syah puasa, Syah tak lunch dan nampaknya sedap menu hari nie tak silap nasi minyak. Kalau Syah tak puasapun memang Syah tak boleh makan benda-benda tu lagi. Lalu Syah ke Masjid Jame untuk solat Zohor. Kami habis tugasan approx jam 17:00hrs dan Syah ke surau solat Asar sekejap dan terus ke Bangkok Bank ambil bas ke Rawang. Sampai Rawang hampir jam 19:00hrs dan bas bertolak ke rawang Residence jam 19:30hrs dan Syah berbuka puasa dengan minum mineral water. Sampai jer ke Rawang Residence, Syah terus ke pasar malam dan hendak cari Laksa tetapi kata penjual tu tak ada sebab hari nie tak ada ikan.

So ..... Syah beli Cincau Soyabean dua dan on the way balik singgah kedai beli fish ball dan tahu. Mulanya ingatkan hendak buat sup sahaja bahan yang dibeli tetapi ternampak sebungus mee cintan segera lalu Syah campurkan mee segera tu. Perencahnya Syah letak sedikit sahaja. Sambil makan Syah siapkan Akru bagi Mac 2012 dan e-mailkan kepada Kak Rose untuk disubmit ke bahagian akaun esok. Sepatutnya Kak Rose datang ke Bukit mahkamah esok, tetapi Syah offer dia Syah stay sini esok dan dia kena tolong uruskan Akru Syah. Dia setuju .means esok Syah akan ke Bukit Mahkamah lagi dan seperti biasa malam nanti boleh update blog. Oklah hingga berjumpa lagi dilain entry................

1 comment:

al-khattab said...

Assalamualaikum wbt..

En Syah bekerja dgn TM ke?

saya sebenarnya,dah lama follow blog en syah..

seronok baca updates from the royal family..

dan yg terbaru kemangkatan Raja Kechil Sulung Perak.. Al-fatihah..