Tuesday, March 27, 2012

Raja Negeri Perlis Hadiri Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

27.03.2012, Selasa - Hari ini Raja Negeri Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan menyampaikan diploma kepada graduan Politeknik Syed Sirajuddin atau dikenali sebagai PTSS sempena Majlis Konvokesyen Keenam PTSS yang berlangsung di Ulu Pauh, Arau, Perlis. Turut berangkat sama adalah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Pada kali ini seramai 1,636 graduan yang terdiri daripada enam bidang akademik iaitu Perdagangan, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Pelancongan & Hospitaliti dan Rekabentuk & Komunikasi Visual menerima diploma dan sijil masing-masing. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,213 adalah penerima Diploma manakala 423 penerima sijil dalam majlis konvo pada kali ini.

Sumber : Bernama

1 comment:

gunu kumar said...

Great post, you have pointed out some superb details, I will tell my friends that this is a very informative blog thanks.
IT Company India