Tuesday, March 13, 2012

Raja Muda Perak Darul Ridzuan Mengadap Sultan Brunei

13.03.2012, Selasa - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang berada di Brunei Darussalam telah mengadap Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. DYTM Raja Nazrin juga mengadakan perjumpaan dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di Istana yang sama tetapi dalam majlis yang berlainan.

Sumber :-Infofoto

No comments: