Monday, March 26, 2012

Pengiran Muda Mahkota Brunei Berangkat Ke Qatar

23.03.2012, Isnin - Semalam Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan rombongan telah selamat sampai di Doha, Qatar untuk lawatan rasmi negara. Turut mengiringi Pengiran Muda Mahkota adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta kedua-dua anakanda Pengiran Muda Mahkota iaitu Putera Abdul Qawi dan Puteri Muneerah Madhul Bolkiah. Ketibaan Pengiran Muda Mahkota disambut oleh Menteri Dalam Negeri Qatar Abdulla bin Nasser bin Khalifa Al-Thani. Baginda dan rombongan menginap di The Ritz Carlton Hotel.

Sumber : Infofoto

No comments: