Friday, March 9, 2012

Aktiviti Semalam

09.03.2012, Jumaat - Salam Jumaat semua dan berjumpa lagi kita hari nie yer setelah seharian tak dapat update blog. Pagi semalam approx jam 08:00hrs Syah, My sister Intan dan suaminya Am serta Ayahanda dan Bonda Tiri Syah bertolak ke Hospital Kuala Lumpur kerana Ayahanda ada appointment dengan Kelinik Pakar Ortopedik. Nak jadi cerita jalan Jem gila dan hendak hampir sampai tiba-tiba Am berhenti di sisi jalan kerana kereta berasap. Jam sudah hendak hampir jam 10:00hrs dan Syah minta my sister tahan teksi dan kebetulan dapat teksi Proton Exora. My sister dan hubby dia tunggu tepi jalan settlekan kereta mereka. Syah sampai tepat jam 10:oohrs di Ortopedik dan terus daftarkan Ayahanda.

Shukur Alhamdulillah kali ini cepat pula dapat jumpa doktor tetapi biasalah hospital kerajaan prosidurnya agak panjang. Syah temankan Ayahanda jumpa doktor dan kemudiannya ambil ubat. Semasa hendak ambil ubat, Intan datang kerana keretanya sudah ok sedikit. Ada pomen lalu dan beri bantuan dengan caj RM 48.00 tukar kipas katanya. Lepas ambil ubat kami balik ke Selayang kerana Am hendak hantar kereta ke bengkel untuk tindakan selanjutnya. So parents Syah tak jadi ke Rawang Residence dan Syah tidur rumah my Sister.

Malam tadi kami ke Pasar Malam berhampiran Stadium Selayang. Perancangan awalnya hendak bawa parents kami makan kat kawasan tu tetapi disebabkan ada Pasar Malam kedai yang hendak kami pergi tu tutup. Ayahanda dan Bonda Tiri Syah tunggu dirumah sahaja. Pagi tadi selepas Subuh Syah bersembang dengan Ayahanda, Bonda Tiri dan Intan serta salam dan cium mereka sebelum Syah keluar ketempat kerja. Hari nie banyak bawa barang sebab minta Am belikan sayur kat Pasar Selayang dan Air Mineral yang Ayahanda dan Bonda Tiri Syah bacakan Yasin malam tadi. Sebentar tadi Ayahanda call dan inform dia sekarang berada di Kuala Selangor on the way balik ke Sabak Bernam kerana Am ada urusan di Mahkamah sekejap bagi urusan tanah pusaka Arwah Ayahnya. Ok semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry ....................

No comments: