Saturday, March 3, 2012

88 Tahun Kejatuhan Khalifah Islam

Sultan Abdul Majid II (Abdülmecid II)
Sultan Murad I
(1362 - 15.06.1389 - Mangkat dalam peperangan di Kosovo)

03.03.2012, Sabtu - Hari ini 03 Mac 2012 genaplah 88 tahun jatuhnya Khalifah Islam dimuka bumi ini. Pada 03 Mac 1924 Mustafa Kamal Atratuk secara rasminya menghapuskan institusi Khalifah di Turki. Khalifah terakhir kaum Muslimin, Sultan Abdul Majid II telah dihalau keluar dari Turki dengan kenderaan khas yang disediakan untuk baginda dan berakhirlah sebuah pemerintahan Islam yang berusia 1342 tahun. Baginda hidup dalam buangan selepas diturunkan dari tahta dan mangkat di Paris pada 23.08.1944.

Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad. Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Sultan Murad I ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan" pada 1362. Dengan tertawannya Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris Rasulullah s.a.w.

Sumber :- Wikipedia

No comments: