Monday, February 13, 2012

Tuanku Mizan Bakal Rasmikan Masjid Kayu di Terengganu

13.02.2012, Isnin - Terengganu memang terkenal dengan keindahan senibina Masjidnya yang tersohor seperti Masjid Terapung dan Masjid Kristal. Kini ada pula Masjid Kayu yang telah siap dibina di Darul Iman ini. Photo ini merupakan ruang solat utama Masjid Kayu di Seberang Jerteh yang dibina menggunakan kayu bermutu tinggi seperti cengal dan meranti yang berkonsepkan tradisional Melayu Terengganu. Seniman Negara Wan Mustaffa Wan Su telah diberikan penghormatan menggunakan kepakaran seniukir beliau untuk mengukir hiasan pada daun pintu, dinding, jendela, mimbar khutbah, tangga dan sudut-sudut tertentu. Masjid ini mula dibina pada akhir 2009 dan siap pada Julai 2011 dan boleh menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Sultan Terengganu KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di jangka akan merasmikan Masjid ini dalam waktu terdekat. Selepas perasmian nanti baru nama Masjid ini akan diumumkan. Teringat Syah pada Allahyarham Tengku Ismail Su, jika Allahyarham masih hidup lagi tentu dia gembira melihat hasil seni yang indah ini.

Sumber :- Bernama

No comments: