Sunday, February 26, 2012

Tengku Tengah Zaharah


26.02.2011, Ahad - Tentunya kita semua maklum mengenai Masjid Terapung di Terengganu atau nama sebenarnya Masjid Tengku Tengah Zaharah dengan menampilkan ciri-ciri temadun Islam dan gabungan senibina tempatan dan menjadi masjid terapung terulung di Malaysia sehinggakan ianya terkenal dan menjadi daya tarikan pelancung dalam dan luar negara yang berkunjung ke Terengganu. Masjid ini diambil sempena nama bonda kepada Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Beliau adalah Allahyarhamah (Almarhumah) Tengku Tengah Zaharah binti Tengku Setia Raja Tengku Omar Ibni Sultan Ahmad Muadzam Shah (Pahang). Allahyarhamah merupakan Nenda kepada Sultan Terengganu sekarang KDYMM Al-wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ini diputerikan pada 1911 dan berkahwin dengan Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah (Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-4) pada 1929. Allahyarhamah tidak menjadi Tengku Ampuan Besar Terengganu kerana telah bercerai dengan Almarhum Tuanku Ismail. Walau bagaimanapun selepas bercerai Allahyarhamah menetap di Terengganu dan mangkat di Istana Badariah, Kuala Terengganu pada 19.04.1979 dan dimakamkan di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin, Bandar Kuala Terengganu.

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah (Almarhumah) Tengku Tengah Zaharah binti Tengku Setia Raja Tengku Omar Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.

Sumber :- Foto dari Tengku Dzulkarnain Ismail

2 comments:

Asilah Ariff said...

finally, saya boleh wajah nenda saudara

Asilah Ariff said...
This comment has been removed by the author.