Wednesday, February 22, 2012

Sultan Brunei dan Kerabat Diraja Berangkat Ke Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan Brunei Ke-28

22.02.2012, Rabu - Petang tadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat Diraja telah berangkat ke Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien untuk menghadiri Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Brunei yang ke-28 tahun. Esok 23.02.2012 Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Kemerdekaan. Tuanku, Kerabat Diraja dan para jemaah kemudiannya mengerjakan Solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya Haji Ibrahim.

Kemudiannya diadakan pula Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim Haji Basar. Selepas solat hajat bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Brunei Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned. Selepas itu Tuanku, Kerabat Diraja dan para Jemaah melakukan Solat Insyak berjemaah yang diimamkan oleh Pehin Datuk Imam Dato Paduka Seri Abdul Hamid Bakal. Sebelum berangkat pulang Tuanku dan Kerabat Diraja bersalaman dengan para jemaah.

Sumber :- Infofoto

No comments: