Wednesday, February 15, 2012

Raja Nong Chik Mengadap Sultan Brunei

15.02.2012, Rabu - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia Yang Berhormat Mulia Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin dan rombongan kini berada di Brunei Darussalam untuk lawatan kerja selama dua hari telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman, Semalam. Turut mengadap ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam Dato' Abdullah Sani bin Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia Dato' Adnan bin Haji Mohd Ikhsan. turut serta adalah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Agensi Pelaburan Brunei.

Sumber : Media Permata / Infofoto

No comments: