Wednesday, February 29, 2012

Raja Muda Perlis Serahkan Sumbangan Kepada Aman Palestin Berhad Sebelum Berangkat Ke Uzbekistan dan Kazakstan

29.02.2012, Selasa - Hari ini Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan rombongan telah berangkat ke Uzbekistan dan Kazakstan untuk lawatan kerja Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP) mulai esok 01.03.2012 hingga 07.03.2012. Sebelum berangkat, Tuanku telah berkenan menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) kepada Aman Palastin Berhad. Majlis diadakan di Bilik Anggerik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sebanyak RM 51,029.00 telah berjaya dikumpul hasil kutipan Tabung Palastin melalui YTSP yang dilancarkan di Istana Arau, Perlis tahun lalu. Sumbangan telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad Encik Awang Sufian Awang Piut oleh Tuanku Syed Faizuddin selaku Pengerusi YTSP. Sumbangan ini akan dihantar ke Palestin dalam waktu terdekat ini bagi membantu meringankan beban hidup masyarakat yang ditindas itu. Turut mengiringi Tuanku Syed Faizuddin adalah Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sumber : Bernama

No comments: