Monday, February 13, 2012

Perjalanan Hidup Syah Hari Nie

13.02.2012, Isnin - Pagi tadi bangun tidur macam biasa jam 05:00hrs, mandi dan bersiap manakala masuk waktu Subuh agak leat sekarang hampir jam 06:15hrs dan bas biasanya akan tiba disimpang jalan jam 06:30hrs dari Rawang Residence Syah ke Pekan Rawang. Jadi agak tergesa-gesa sedikit tetapi buat relax jer lah. Hari nie dapat naik komuter Rawang-Bangi jam 07:00hrs dan sempat sampai office before 08:30hrs. Hari nie Syah puasa dan banyak kerja sedikit dan agak bermasalah tetapi dah selesai semua tu.

Syah tiba di KTM Rawang jam 18:10hrs dan bas ke Rawang Residence Syah jam 18:30hrs. Mulanya ingatkan hendak beli Nasi Goreng dan Tom Yam di Lambaian Seafood tetapi ramaipula pelanggannya hari nie dan takut terlepas bas pula nanti. lalu Syah beli Kuih di KTM dan sementara menunggu bas Syah beli Bakso untuk buka puasa. Ini 2nd time makan dan 1st time makan kat Ampang park tetapi tak sedap tetapi Syah gamble jew beli sebab tak ada pilihan lain nak makan. Hemmm sedap plak kali nie rasanya, bolehlah. Syah buat Teh Boh Panas perisa Laici dan Ros. Masa Azan tadi Syah makan ubat dan kemudiannya minum air akar kayu kordial tu sebelum solat. Lepas Solat baru Syah mamam.

Balik tadi hujan lebat dan sampai di Rawang Residence Syah nampak Wak Baha dan pekerjanya masih ada sedang berkemas. Syah lihat dia dah pasang separuh tiles warna coklat yang baru tu didepan tembok Syah. Cantik gak nampaknya dan Wak tanya Syah lagi nak ganti semua macam tiles tu tak ? dan Syah kata tak cukup budget dan guna jer tile lama tu. Nak buat macam mana, budget dah lari dan tile lama tupun elok lagi cuma Syah minta dia cuci dengan Asid jer tile lama tu bagi hilangkan kotorannya. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry ........ Selamat Malam semua.

No comments: