Thursday, February 9, 2012

Macam-Macam Dugaan Pada Syah

09.02.2012, Khamis - Macam-macam dugaan berlaku pada diri Syah lately nie. Tak mengapalah mungkin itu dugaan buat Syah dan ada hikmah disebaliknya.
  • Since Jumaat Sampai Isnin lepas Syah di Kajang dan Cempaka Sari, Ijok untuk membantu majlis perkahwinan anak Kak Long Syah, Hafis. Memang penat dan letih menguruskan malis ini dan shukur Alhamdulillah everything berjalan lancar. Cuma terlalu sibuk untuk memastikan majlis sempurna dan menguruskan 150 orang anak Yatim yang dijemput ke majlis ini. Ambil Kek Perkahwinan Hafis dan Kek Birthday abang pengantin, Hasif di Secrete Recipe Kuala Selangor bersama Razak dan on the way balik isteri Razak call minta cari fresh flower untuk "flower Girl" dan terpaksa bergesas ke Bistari Jaya pula cari bunga dan ada masalah sedikit kerana banyak bunga di sparekan untuk perayaan Taipusam, tetapi dapat gak beli bunga tu sedikit. Disebabkan sibuk Syah tak sempat nak jumpa parents Syah kerana bila Syah nak hantarkan potongan kek perkahwinan untuk mereka , family yang lain kata dah balik dah dan Syah pula tak bawa phone dan tengok dia ada call banyak kali. Walau bagaimanapun masa dia datang Syah dah jumpa dan salam mereka, cuma masa balik jer tak jumpa. Regret gak rasanya.
  • Baik ke Rawang Residence pada 07.02.2012 dan anak saudara Syah Hasif (Mamat) hantar Syah balik. Dari jauh nampak rumah dah bercat sebahagian dan bila Syah pandang atas jer ........... Alamak cornice tu pekerja Wak Baha salah cat. Syah panggil Wak datang juga petang tu dan bila dilakukan postmortem salah Syah kerana Syah tulis kat tong tu bunga refer to cornice. Syah gunakan tiga color untuk bahagian depan rumah Syah. Dan Syah terpaksa beli dua tong cat lagi. Kat atas tu Wak sedang cat semula bahagian yang salah tu. Warna sepatutnya putih. Macam-macam hal.................
  • Pada waktu majlis perkahwinan nak bermula, masa tulah tumbuh jerawat dan bengkak merah kat hidung Syah dan kelenjar kat ketiak Syah bengkak. Mungkin panas dan Syah kurang minum serta sibuk dan tension sket menguruskan persediaan perkahwinan. Sekarang jerawat dan sakit kat bawah ketiak tu dah ok, benda nie selalu gak berlaku ada masa-masanya dan kemudiannya ok.
  • Since Jumaat juga Syah tak boleh buang air besar lebih kurang empat hari. Dalam hati kata mesti masalah nanti nie. Bila Mamat hantar Syah balik ke Rawang Residence jer terus rasa nak buang air besar dan Syahpun buang air besar dan rasa sakit sedikit sebab Syah ada masalah piles. Pagi Rabu tu Syah buang air besar lagi macam biasa dan mula terasa sakit bahagian tu dan rasa tak selesa sangat. Syah ke kelinik dan dapat MC, Isnin nie baru Syah masuk kerja.
  • Disebabkan Wak Baha perlukan cat, Syah ke Bandar Rawang untuk beli cat. Sebelum tu Syah ke kelinik macam cerita kat atas tu dan kemudiannya breakfast lontong kat gerai sebelah Tenaga Nasional Rawang. Lepas makan Syah jalan kaki ke kedai Cat di batu 17. Selepas beli cat time nak bayar ada masalah alat credit card kedai tu tak function dan terpaksa jalan kaki ke Maybank yang agak jauh sedikit dan terpaksa lintas jalan besar yang banyak kereta. Bila dah settle semuanya Syah tunggu bas depan kedai tu dan pekerja tu macam terkejut sebab dia ingat Syah naik motor/kereta. Dengan dua tong cat lama gak Syah tunggu bas untuk ke Pekan Rawang dan dari Pekan naik bas lagi ke Rawang Residence Syah. Lama betul bas dan nak menangis rasanya kerana kepanasan dan terpaksa baawa dua tong cat 5 liter setiap satu. Sampai lukalah kaki Syah mengelecet kerana berjalan jauh kena tali sandle Syah. Dugaannnnnnnnn ............ nak buat macam mana salah sendiri ada kereta tak tahu nak bawa.
  • Sampai jer Rawang Residence kepala Syah sakit sangat dan rasa mual nak muntah dan sendawa macam ada angin. Lalu Syah korek tekak Syah dan muntahkan supaya rasa lega sedikit tetapi rasa tu datang lagi Lalu Syah ke kedai makan dan minum teh ice sambil baca Kosmo. Ingatkan boleh hilang rasa nak muntah dan sakit kepala tu tetapi makin menjadi-jadi. Mungkin panas aganya masa tunggu bas tadi. Walau bagaimanapun petangnya Syah ceret berit dan sahlah keracunan makana nie dan tak tahu apa sebabnya.
  • Petang semalam lepas Asar Syah keluar lagi ke Bt 17 untuk survey tiles plak walaupun sakit .............. Walaupun perut terasa sakit sedikit. Syah kena buat semua ini kerana nak minta tolong kat siapa lagikan dah kita stay seorang-seorang kena buat sendiri dan tak payah minta tolong kat orang lain kecuali jika benar-benar memerlukan. Lepas tu ke Tesco dan ingatkan hendak makan tetapi tak berkenan. Lalu jalan kaki dan makan di Seri Abang Restoran. Syah makan Lai Chi Kang Special Panas, Nasi Goreng Sotong, Sayur Campur dan Telur Dadar. Semuanya RM12.70. Masa tu dah hampir jam 19:00hrs dan Syah jalan kaki jer ke Pekan Rawang dan berhenti solat Maghrib @ Masjid. Lepas solat teruskan perjalanan kat satu lorong yang suram kerana itu jalan pintas sambil berdoa supaya tak jadi benda yang tak elok dan akhirnya Shukur Alhamdulillah sampai ke Pekan Rawang untuk ambil bas balik ke Rawang Residence.
Macam-macam dugaan jadi pada Syah dan Syah redho dengan apa yang berlaku kerana ada hikmah disebalik dugaan ini. sekarang nie Wak Baha dan pekerjanya sedang buat kerja-kerja mengecat @ Rawang Residence Syah. Sekarang jam 10:58hrs, so Syah nak berehat sebentar dan hingga berjumpa lagi dilain Entry ...........

No comments: