Friday, February 17, 2012

DYTM Pengiran Muda Mahkota Hadri Majlis Santapan Petang Sempena Hari Puja Usia Baginda

17.02.2012, Jumaat - Terlebih dahulu Syah merafak sembah ucap tahniah kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sempena hari keputeraan baginda yang ke 38 hari ini. DYTM Pengiran Muda Mahkota yang juga merupakan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diraikan oleh ABDB dalam satu Majlis Santapan Petang sempena hari puja usia DYTM Pengiran Muda Mahkota di Mes Pegawai Berakas Garison. Turut mengiringi DYTM Pengiran Muda Mahkota adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Keberangkatan tiba DYTM Pengiran Muda Mahkota dan rombongan telah disambut oleh Timbalan Menteri, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat ; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok. Majlis bermula dengan sesi bergambar bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB. DYTM Pengiran Muda Mahkota kemudiannya menyaksikan pameran koleksi gambar-gambar siri keberangkatan DYTM Pengiran Muda Mahkota ke acara-acara rasmi Kementerian Pertahanan dan ABDB sepanjang tahun 2011 hingga Februari, 2012. DYTM Pengiran Muda Mahkota kemudiannya dipersembahkan buku album bertajuk ‘Sejambak Ristaan V’ iaitu koleksi gambar-gambar kenangan lawatan DYTM Pengiran Muda Mahkota ke Kementeian Pertahanan dan ABDB.

Kemudiannya DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan memotong kek puja usia dan berkenan menerima hadiah daripada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Doa kesyukuran kemudiannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JA’MAAT), Kolonel Ariffin bin Amit. Setelah selesai majlis santapan dan menandatangani buku pelawat DYTM Pengiran Muda Mahkota menerima mengadap Pegawai-Pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-38 Kepada Duli Yang Teramat Mulia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Semuga DYTM Pengiran Muda Mahkota DiPanjangkan Usia dan Dilindungi Allah Hendaknya. Amin

Sumber :- RBAF

No comments: