Monday, January 16, 2012

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik Menyaksikan Perlumbaan G0-Kart

16.01.2012, Isnin - Semalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik telah berkenan berangkat menyaksikan perlumbaan Go-Kart sempena memperingati penukaran nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan ke-41. Keberangkatan Pengiran Muda disambut oleh Menteri Hal Ehwal dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Baddaruddin Haji Othman. Pengiran Muda turut berkenan mengibarkan bendera perlepasan perlumbaan bagi kedua-dua kategori utama iaitu Perlumbaan Go-Kart Rotax 125cc dan juga Go-Kart Terbuka Akhir. Pengiran Muda kemudiannya berkenan menyampaikan hadiah kepada kesemua kategori yang dipertandingkan termasuk juga pemenang Perlumbaan akhir Go-Kart Novis. Turutserta dalam majlis ini adalah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Menteri Pembangunan dan Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Sumber - Pelita Brunei /Infofoto

No comments: