Friday, January 27, 2012

Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun Dianugerahkan D.M.N

27.01.2012, Jumaat - Menjunjung Kasih Ucapan Tahniah kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong KDYMM Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun kerana telah dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) daripada Kerajaan Malaysia. Darjah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis ini adalah Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishsh dan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Darjah Utama Seri Mahkota Negara atau D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. Selain daripada itu iannya dikurniakan kepada Anak-anak Raja Negara Asing, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama. D.M.N. ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben. Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.

Sumber : Bernama/Wikipedia

No comments: