Tuesday, January 17, 2012

Muhammad Faez Putera Bongsu Ku Yah

17.01.2012, Selasa - Lelaki yang segak bergaya dalam photo ini adalah Muhammad Faez Muhammad Taib merupakan Putera Bongsu Ku Yah atau YAM Dato’ Seri Tengku Puteri Zahariah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berusia 22 tahun. Ayahandanya adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-11, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Kedua ayahanda dan bondanya telah berpisah. Beliau merupakan Penuntut Ijazah Perdagangan disalah sebuah universiti ternama di Melbourne, Australia dan begitu berminat dalam bidang politik. Walau bagaimanapun bidang perniagaan merupakan pilihan utamanya.

Katanya dalam majalah Nona Isu Jan 2012 “Di universiti, saya aktif dalam persatuan seperti Malaysian Society. Kerap kali kami anjurkan acara yang dapat mengeratkan silaturahim seperti sambutan berbuka puasa dan rumah terbuka. Memang seronok dapat bergiat aktif dalam persatuan sebegini, sekurang-kurangnya terubat juga rasa rindu pada keluarga di Malaysia. Lagipun di Melbourne ada ramai rakyat kita yang bermastautin disana, jadi suasana cukup meriah seperti di rumah.

Menjawab soalan Nona mengenai sikap orang luar yang mengambil kesempatan keatas beliau dan dengki terhadap beliau jawabnya :-

Sejujurnya pernah tetapi itu dulu, kini saya lebih berfikiran positif dan bertindak bijak dalam memilih sahabat. Kalau ada waktu terluang untuk lepak-lepak pun, saya dan kawan-kawan tidak ketempat mewah, sebaliknya kami selesa memilih kedai mamak ataupun bermain futsal sahaja.

Sumber :- Majalah Nona Jan 2012

No comments: