Saturday, April 30, 2011

Syah Ke Nilai

08.05.2011, Ahad - Pagi tadi kunci jam 05:00hrs tetapi bangunnya jam 06:10hrs. Pagi nie Syah hendak ke Nilai tetapi kena ke Rumah Kak Lang Ella di Ampang dahulu. coz berkumpul dirumah dia. Tulah projek yang Syah maksudkan malam tadi. Sekarang jam 07:28hrs baru sekejap tadi bas lalu, alamak nape masa dia lari tapi jam 08:00hrs nanti Syah mesti keluar juga dan tunggu bas. Jangkaan kami bertolak dari rumah Kak Lang Ella jam 10:30hrs. Kak Lang Ella, Firdaus, Haziq, Nurul, Muss dan Cd akan pergi sama dan mungkin kami naik van Nurul. Semalam Muss inform kalau penuh sangat pergi dua kereta kerana nak beli barang lagi. So kepada semua hari ini tak dapat nak update blog sangat sebab kira berjalan-jalan di hari minggulah nie kan? Jarang Syah keluar hari minggu jalan-jalan macam nie dan habis jauh Bandar Rawang jer lah atau KL. Orang dah ajak ikut jerlah, tak ler keseorangan dirumah. Kepada semua selamat berhari cuti, semuga dimana juga kita berada Allah sentiasa melindungi kita dan keluarga, AMIN. Insyallah jumpa lagi dilain Entry.

Friday, April 29, 2011

Muss, CD,Kak Lang Ella, Nurul, Firdaus and Haziq Celebrate My Birthday @ Rawang Residence

Dari kiri Nurul, Muss, Firdaus dan Haziq manakala Nurul dan kak Lang Ella dan Cd mengambil gambar Syah.

07.05.2011, Sabtu - Hari ini bertuah rasanya Syah kerana ada orang yang sambut birthday Syah di Rawang Residence. Birthday Syah jatuh pada 24 April lepas. Birthday yang ke 44. Mulanya Muss kata dia hendak datang untuk hantar meja taman Syah. Muss kata dia datang dengan Cd dan minta tolong Nurul (Papa Haziq) dan Haziq bawa barang tu guna van Nurul. Bila Muss call dia dah ada di Rawang dan Syah marah sebab mengapa dah sampai Rawang baru nak call sebab Syah nak sediakan makanan.


Muss kata nak suprisekan Syah. Dia bukan sahaja beli KFC tetapi kek birthday untuk Syah. Siap letak nick name Syah lagi kat kek tu. Bila Nurul sampai Syah lihat bukan sahaja dia dan Haziq sahaja yang datang tetapi Kak Lang Ella dan Firdaus ada sekali. Heran juga Syah mengapa Kak Lang tak inform nak datang walhal dia call Syah tengahari tadi. Rupa-rupannya dia pun nak buat kejutan kat Syah untuk celebrate birthday Syah di Rawang Residence.

Dari kiri my brother Muss, Cd, anak saudara Syah Firdaus, Haziq, Nurul (Papa Haziq) dan my sister Kak Lang Ella. Terima kasih semua kerana sudi datang ke Rawang Residence meraikan birthday Syah.
Syah sediakan Mushroom Soup, toasted wholemil sandwich, coklat dan buah anggur manakala miniman fresh orange. Muss bawa set KFC, birthday cake dan egg tart manakala kak Lang Ella bawa mee goreng dan Meehon goreng. Memang banyak makanan tu untuk tujuh orang. Syah tapaukan Haziq dan Muss ballance makanan nie. Kak Lang Ella, Nurul, Haziq dan Firdaus balik selepas Maghrib kerana Kak lang hendak ke Sogo.
Inilah hadiah birthday Muss kasi kat Syah. jam gantung. Thanx Bro................... really appreaciate it. Muss dan Cd balik selepas waktu Insyak. Jam 21:50hrs tadi Muss call inform dia baru sampai KL Residence kerana jalan jem katanya di Rawang. Syah sempat ucapkan terima kasih belikan kek dan sambut birthday Syah tadi. Sekali lagi terima kasih Muss, Cd, Nurul, Kak Lang Ella, Haziq dan Firdaus kerana sudi meraikan sambutan harijadi Syah. Jam 22:15 tadi Kak Lang Ella call inform dia nak bertolak balik dari Sogo ke rumah. Syah sekali lagi ucapkan terima kasih pada Kak Lang Ella dan semua. Dan Kak Lang Ella ingatkan Syah mengenai appointment kami esok. Adalah.................. tunggu entry untuk esok pula iya. Hehehehhe.............

Lembu Sesat Di Rawang Residence

07.05.2011, Sabtu - Sewaktu kemas depan rumah jam 15:45hrs tadi dari jauh lagi Syah nampak ada lembu tersesat masuk taman perumahan di Rawang Residence Syah. Gambar nie Syah ambil apabila dia berada dihadapan rumah Syah. Lembu betina dan sian dia sorang-sorang dan makan rumput-rumput tepi jalan. Bila hampir rumah Syah Syah halau dia perlahan-lahan dan kebetulan dia kedepan rumah jiran Indian Syah dan dia berak kat rumah jiran Syah atas rumput depan rumahnya. Mesti nanti dia terperanjat mana plak datangnya tahi lembu tu kan?

Bila dia hendak sampai rumah Azrin Syah halau lagi dia dengan perlahan-lahan sebab dia tak buat salahpun cuma takut dia makan bunga-bunga Bak (bapa Azrin). Nampaknya kereta Azrin tak ada sebab tu Syah halau lembu tu kalau dia ada mungkin Syah call aja inform dia halau lembu tu. Biasalah anjing-anjing jiran asik menyalak jer tengok lembu tu.

Beberapa Km daripada rumah Syah memang ada orang bela lembu dan kadangkala lembu-lembu tu menghalang lalulintas dan bau tahinya usah cakaplah kalau naik bas mesti tutup hidung tetapi kalau dah biasa hari-hari bau tu ada juga yang Syah lihat penumpang lain yang muka mereka selamba jer....... dah lali kot? Lagipun tak ada orang complain, so cam tu jer lah lembu-lembu bersepah ada masa-masanya di atas jalanraya. Kadangkala ada pengembalanya orang bangla tak silap Syah. Tak tahu maccam mana seekor nie boleh masuk sampai taman perumahan kami.

Sekejap lagi nak buat sandwich dan mushroom soup sebab tetamu nak sampai sat lagi. Jumpa lagi semua. Mo..mo...mo...mo.......... (cam tue ker bunyi lembu)

Cerita Pagi Sabtu

07.05.2011, Sabtu - Pagi tadi Syah basuh kain dan selepas jemur diampaian Syah sapu rumah jer nantilah jika senang petang atau esok Syah mop. Sekarang jam 09:25hrs dan sebentar lagi nak ke Pekan Rawang untuk depositkan sedikit duit untuk anak saudara Syah. Bukan duit Syah tetapi duit dia sendiri tetapi yang yang manage akaun dia, adalah RM800.00 dia nak pakai. Last week dia minta RM800.00 dan last month RM2,000.00. Syah tegur dia kenapa banyak sangat pakai duit lately nie dan dia inform masalahnya dengan Syah dan Syah faham masalah dia. Syah inform dia kalau duit banyakpun asik di gali jer lama-lama habis. Dia janji kali ini jer ............. tengokkan jer lah. Umur dia 27 tahun tetapi macam happy go lucky jer Syah perhatikan dan Syah membebel dan nasihatkan dia malam tadi melalui phone dan minta-minta dia fikirkanlah apa yang Syah cakap malam tadi.

Pagi ini Syah hendak ke Pekan Rawang untuk bank-inkan duit anak saudara Syah. Sekarang jam 09:34hrs dan Muss call inform dia akan datang Rawang dengan Cd, Haziq dan Nurul (Papa Haziq) kerana hendak hantar barang Syah ke Rawang - kerusi, meja dan payung taman.. Muss pesan jangan masak kerana dia akan beli KFC dan minta Syah sediakan minuman sahaja. jam 17:00hrs baru mereka akan bertolak dari KL Residence dan mungkin jam 19:00hrs baru sampai kot sebab biasalah jalan jem. Selamat bercuti kepada anda yang cuti rehatnya hari Sabtu dan Ahad. Ok semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry................

Dapat Kejar Bas dan Kesihatan Syah

06.05.2011, Jumaat - Petang tadi Syah balik naik bas ke Rawang dan bas sampai jam 19:25hrs dan dari Stesyen Bas Metro Syah kena ke Sesyen Bas Lama untuk balik ke Rawang Residence dan jalan kaki adalah 10minit. So Syah cepa-cepat jalan dan bila sampai simpang nampak bas ke Rawang Residence. Nasib Syah baik kerana isteri driver bas merangkap assistant dia lambai Syah dan bas berhenti ditepi jalan. Syah dan beberapa orang berlari-lari menuju bas tu. Shukur Alhamdulillah dapat naik bas 19:30 jika tidak kenalah tunggu sejam lagi. Dalam bas Syah makan suppliment untuk lutut dan kemudiannya makan lebihan ayam goreng uncle bo yang Syah beli di Masjid Negara masa solat Jumaat tadi.

Malam nie sakit dibahagian perut Syah tu ada sedikit lagi dan lutut Syah rasannya semakin ok tetapi ada sekali-sekala rasa sakit tu datang. Baru Syah perasa dibahagian diantara ari-ari dan testis Syah sebelah kiri bila Syah tekan sakit dan ada masanya sakit tu hilang pula. Takut juga kalau kena hernia atau benda lain ker .............Entahlah nanti mungkin Syah hendak refer ke Dr. Rasol di Menara Medical Center semasa buat fisio nanti. Mata Syah pula kalau tengok dekat dah mula kembang sedikit objek tu tetapi bila pakai cermin mata ok plak. Tulah Syah pakai cermin mata sebenarnya tapi tak suka pakai. Syah ada rabun jauh dan dekat serta silau.

Sultan Perak Rasmi Masjid Ihsaniah Iskandariah

Sultan Perak semasa merasmikan Masjid Ihsaniah Iskandariah - Gambar dari Bernama

06.05.2011, Jumaat - Hari ini Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan merasmikan Masjid Ihsaniah Iskandariah di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak.
Masjid ini dibina pada tahun 1936 oleh Sultan Perak Ke-30, Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah). Masjid ini dibina atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Juragan Abdul Shukur Mohammad Ali manakala kos pembinaannya berharga 8,000 pound atau RM40,000.00 ketika itu yang ditanggung sepenuhnya oleh Marhum Kadasallah. Sebenar nya Marhum Kadasallah telah bernazar jika anakanda baginda yang sedang gering (sakit) sembuh sepenuhnya, baginda akan membina sebuah masjid.Reka bentuk Masjid ini telah diilhamkan oleh Marhum sendiri yang diinspirasikan daripada senibina Istana Kenangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Dinding Masjid diperbuat daripada panel kelarai bercorak intan atau disebut Dinding Tepas atau Tepus. Masjid dua tingkat ini tidak mempunyai kubah dan berbentuk empat segi dimana bumbungnya kelihatan rata dan mempunyai ukiran ditingkapnya dengan struktur binaannya menyerupai sangkar burung. Masjid ini juga dikenali dengan nama masjid Lama Kampung Dipang telah dibina oleh tukang-tukang kayu tempatan yang terkenal seperti Panjang Noh, Ngah Gadoh, Wan Ibrahim dan Kulup Ngah.
Masjid ini telah siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Marhum Kadasallah sendiri pada 11.02.1938 iaitu lapan bulan sebelum kemangkatan Marhum Kadasallah pada 14.10.1938. pada tahun 1976, struktur bangunan berkenaan mengalami kerosakan teruk kerana ditimpa oleh pokok durian dan Masjid baru telah dibina bersebelahan masjid berkenaan daripada sebidang tanah yang diwakafkan oleh Dato' Mohamad Anuar Abdul Wahid. Jabatan Warisan Negara telah mengazetkan Masjid ini sebagai bangunan warisan negara manakala kerja-kerja konservasi dimulakan pada Disember 2008.

Sakit Perut

06.05.2011, Jumaat - Sekarang jam 16:55hrs dan pada hari Jumaat TM balik jam 17:00hrs. Lunch tadi Syah makan kacang kuda rebus dan air cincau. Lepas solat Jumaat Syah beli ayam goreng uncle bob dan minum air kelapa laut. Syah juga rasa sedikit asam-asam dan kismis yang dijual disitu, tak beli rasa jer. Sekarang perut Syah - Usus Besar rasa macam sakit pula ........... Tak tahun nape, dulupun ada rasa macam ini sekali-sekala. By the way today Solat Jumaat di Masjid Negara. Oklah nak balik dulu nanti Syah sambung Entry yang lain... Tunggu Tau.......

Sampai Office Awal Pagi Ini

06.05.2011, Jumaat - Salam Jumaat semua. Pagi ini Syah sampai awal ke office approx jam 08:00hrs. Nasib Syah baik pagi ini kerana dapat naik Shuttle Train Ipoh - KL dan tak perlu berebut untuk mendapatkan tempat duduk kerana hanya penumpang ke KL Sentral sahaja boleh naik sebab train ini tak berhenti di lain-lain stesen. 45 minit jer dah sampai KL Sentral. Sampai office Syah makan suppliment untuk lutut dulu dan kemudiannya baru breakfast dengan Nesvita 3 in 1 Honey dan Roti Gardenia. Kakitangan Yayasan TM busy sedikit kerana hendak ke Alor Star, Kedah coz besok ada function dengan Yayasan Sultanah Bahiyah dan dengarnya Tuanku Sultan Kedah hadir sama.

Prince Wiliam merupakan Duke of Cambridge Ke-3 Manakala Kate Middleton Merupakan Dutchess of Cambridge Ke-2

Prince William dan Kate Middleton

06.05.2011, Jumaat - Sebelum Istiadat Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton pada 29.04.2011 lepas, HM Queen Elizabeth II telah menganugerahkan gelaran bangsawan Duke of Cambridge kepada cucunda baginda pada pagi sebelum majlis bermula di Westminister Abbey bersaksikan 1900 orang tetamu jemputan khas dan disaksikan di seluruh dunia melalui siaran secara langsung di media elektronik. Selepas disahkan sebagai pasangan suami isteri, Kate Middleton atau nama sebenarnya Catherine Elizabeth Middleton bergelar HRH Duchess of Cambridge. Tahukan anda bahawa Prince William merupakan individu ketiga mendapat gelaran Duke of Cambridge manakala Kate Middleton merupakan Duchess of Cambridge Ke-2. Bagaima boleh berlaku perkara sedemikian sedemikan. Beginilah ceritannya secara ringkas.

HRH Duke and Duchess of Cambridge yang Pertama


Gelaran bangsawan ini sebenarnya telah dianugerahkan kepada dua individu sebelum ini. Duke of Cambridge yang pertama adalah HRH Prince Adolphus Frederick. Beliau diputerakan di Buckingham Palace pada 24.02.1774 merupakan putera kepada HM King George III (George William Frederick; 04.06.1738 – 29.01.1820) dan HM Queen Charlotte. Putera ke-10 dan anak lelaki ke-7 King George III ini dianugerahkan gelaran Duke of Cambridge pada 17.11.1801. Beliau berkahwin dengan Princess Augusta of hesse-Kassel pada 01.06.1818 dan kemudiannya bergelar HRH Duchess of Cambridge. HRH Prince Adolphus Frederick, Duke of Cambridge meninggal dunia pada 08.07.1850 dan meninggalkan seorang putera dan dua puteri iaitu HRH Prince George (yang kemudiannya bergelar Duke of Cambridge), HRH Pricess Augusta, Grand Dutchess of Mecklenburg dan HRH Princess Mary Adelaide, Duchess of Teck.


HRH Duke of Cambridge Ke-2


Duke of Cambridge yang kedua merupakan putera tunggal kepada HRH Prince Adolphus sendiri iaitu HRH Prince George. Prince George diputerakan pada 26.03.1819 dan diberi nama George William Frederick Charles. Dianugerahkan gelaran Duke of Cambridge pada 08.07.1850 selepas kematian mendiang ayahandanya. Beliau berkahwin dengan seorang anak seni bernama Sarah Fairbrother pada 08.01.1847, walau bagaimanapun perkahwinan ini tidak diiktiraf oleh pemerintah pada masa itu. Sehubungan dengan itu Sarah Fairbrother tidak berhak dianugerahkan gelaran Duchess of Cambridge. Beliau meninggal dunia pada 17.03.1904 dan meninggalkan tiga orang cahayamata iaitu Geroge FitzGeorge, Adolphus FitzGeorge dan Augustus FitzGeorge.

Buka Puasa

Syah dalam shuttle train KL - Ipoh.

05.05.2011, Khamis - Hari ini Syah balik ke Rawang Residence menaiki Shuttle KL-Ipoh jam 18:05hrs. Sampai Rawang jam 18:50hrs dan bas ke Rawang Residence bertolak jam 19:30hrs. Driver lama dah bertugas semula, means on timelah bas nie nampak gayanya. Syah berbuka dalam bas dengan makan ubat dulu lepas tu minum dan makan roti krim vanila. Sampai jer di Rawang Residence Syah tak balik rumah tetapi ke pasar malam dulu. Malas nak balik dan keluar semula. Syah beli kuaci putih RM10.00, hati goreng secucuk (tak ingat harga) dan young tau foo RM4.50. Tu jer untuk berbuka puasa dan baru lepas makan nie jam 22:00hrs tadi dan tak habis pun young tau foo tu mungkin Syah kenyang makan kuaci dan hati tu kot.

Insyallah Sultan Kelantan Akan Bertemu Jodoh

Tuanku Sultan Muhammad Ke-V Sewaktu Sidang Akhbar Semalam di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan - Gambar dari Bernama.

05.05.2011, Khamis - Berita baik untuk rakyat Kelantan khusunya dan Malaysia amnya kerana hari ini Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Petang semalam telah diadakan satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian bagi mengemumkan pelancaran Yayasan Kelantan di Kuala Lumpur yang akan diadakan pada hari Sabtu ini. Ada pertanyaan dari wartawan bila baginda mahu berkahwin dan sambil tersenyum Tuanku menjawab Insyallah Saya Berdoa, InsyAllah Tuhan Akan Makbul. Jadi Saya Fikir InsyAllah Dengan Berkat Doa Tok Guru, Datuk-Datuk, Sahabat-Sahabat, Insyallah Berjaya.

Baginda yang berumur 42 tahun memang membahasakan diri baginda sebagai SAYA atau KITA semasa bertitah. Walau bagaimanapun baginda tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkahwinan ini. Sebelum ini baginda pernah berkahwinan dengan Tengku Zubaidah bt Tengku Norudin yang merupakan seorang wanita warga Thailand dari keturunan sebelah Bonda baginda, YMM Raja Perempuan Tengku Anis. Walau bagaimanapun baginda tidak dikurniakan dengan sebarang zuriat dari perkahwinan tersebut.

Sama-samalah kita menunggu dengan sabar pengumuman dari pihak Istana Kelantan berhubung perkahwinan baginda ini dan marilah kita berdoa agar perkara baik ini dipercepatkan kerana gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan masih lagi kosong. Tuan punya blog bila lagi lah agaknya.... Doa-Doakan Lah Juga Yer...............

Thursday, April 28, 2011

Perjalan Ke Tempat Kerja

05.05.2011, Khamis - Pagi tadi sampai jer ke KTM Rawang train ke Bangi jam 07:00hrs ada dilandasan dan Syah serta rombongan yang sama bas berlari mengejar komuter tu tetapi sebelum masuk ke landasan train sudah jalan. Adoii buat sakit lutut Syah jer berlari. Heheheh ...........padan mukan kan? Lepas tu ada pula announce komuter Rawang - KL dari Serendah akan sampai di Platform 2. Semua orang bergesas naik jejantas untuk ke platform 2 dan Syah gagahkan jugalah naik tangga tu tetapi kena pelan-pelan, slow and steady kalau tak lutut akan rasa sakit. Adalah 10 minit baru train sampai dan untung Syah dapat duduk dibelakang sekali dan dapat seat dua-dua.

Dalam komuter Syah sempat menyemak catatan mengenai Sultan Tengah yang Syah sedang siapkan untuk blog ini. Perlu beberapa semakan baru boleh dimasukkan dalam blog jika tidak nanti para pengkritik AF yang membacanya nanti akan marah kalau salah tolis. Siapa yang kena, Syah jugak nanti kan? Hehehehe tetapi learn from the mistake tu lebih baik dari tak buat silap langsung kerana nanti perasan bagus lak diri kita kan? Thanks kepada semua yang memberi pendapat dalam entry Syah dan terima kasih juga kepada yang sudi membaca tengkusyah.blogspot.com. Sayang you all semua.

Sampai office hampir 08:30hrs dan Syah cepat-cepat uruskan Direct AP Payment yang boss dah sign untuk dihantar ke TM Annexe 2 dan Syah juga ada fisio dibangunan yang sama pagi tadi. Lunch nie Syah tak kemanapun dan rasa letih pula dan tertidur sekejap dalam 10 mini, mungkin puasa agaknya. Ok lah, sehingga berjumpa lagi dilain Entry dan Syah nak sambung kerja semula.

Mesir Mohon Jerman Pulangkan Patung Queen Nefertiti



Patung berupa Kepala dan Bahu Lagenda Permaisuri Mesir Yang Terkenal iaitu Queen Nefertiti yang kini berada di Berlin.

05.05.2011, Khamis - Pada 03.05.2011 lepas minister of antiquities, Zahi Hawass memaklumkan bahawa Kerajaan Mesir akan membuat tuntutan secara formal kepada Jerman supaya memulangkan patung berupa kepala Lagenda Permaisuri Mesir Queen Nefertiti yang berusia 3,400 tahun yang berada dalam simpanan Jerman kepada Mesir. Permohonan secara formal itu akan diserahkan kepada Jerman melalui Kementerian Luar Mesir minggu hadapan beserta bukti kukuh yang patung berkenaan telah di seludup secara haram ke Jerman.

Hawas dalam kenyataannya memaklumkan bahawa beliau telah menghantar permohonan berkenaan sebelum ini pada Januari lepas tetapi atas kapisiti beliau sebagai head of the Supreme Council of Antiquities. Permohonan itu dihantar sehari sebelum berlakunya reformasi politik yang menjatuhkan Prisiden Hosni Mubarak berlaku.

Walau bagaimanapun kerajaan Jermaan menolak permohonan berkenaan. Jurucakap Kementerian Kebudayaan Jerman memaklumkan bahawa pendirian kerajaan Jerman tidak akan berubah dan patung kepala Queen Nefertiti akan kekal di Berlin buat selama-lamanya.

Bangun Bersahur

05.05.2011, Khamis - Jam 04:00hrs tadi Syah baru bangun dari tidur yang lena dikejutkan oleh alarm handphone Nokia Syah untuk bersahur. Macam biasa bangun jer, terus ke toilet untuk buang air kecil. Sekarang jam 04:08hrs dan Syah baru sahaja ambil suppliment untuk lutut dan lepas habis entry nie baru nak sahur. Suppliment nie kena ambil sebelum makan. Sahur hari ini Syah makan seketul roti gardenia berinti krim perisa jagung dan sedikit jajan rollercoaster balance kelmarin yang ada dalam petisejuk. Terlupa nak beli roti gardenia semalam, kalau tak boleh juga sahur roti cicah soyabean. Tak per lah, niepun dah kenyang dan lepasnie nak ambil Vic E dan fish oil plak. Jom kawan-kawan semua kita puasa sunat hari khamis today. Pagi ini pula nanti ada appointment fisio pula. Ok semua................................. sehingga berjumpa lagi di lain Entry.

Syah Terkantoi Dalam Bilik Air

04.05.2011, Rabu - Alamk............... Malunya hari ini. Sebelum balik tadi Syah ke Gents dan macam biasa Syah gunakan disable toilet tu tetapi disebabkan sudah jam 17:30hrs Syah tak kunci dan hendak buang air kecil. Lepas buang air kecil Syah londehkan seluar untuk betulkan baju dan Syah buka paip air supaya jika ada orang hendak masuk dia akan dengar ada bunyi air di dalam toilet dan itu tandanya ada orang didalam. Sedang Syah betukkan underware pintu terbuka luas dan Syah kata Woooooooo................ dan lelaki tu kata sorry-sorry dan dia terus masuk ke toilet yang normal tu. Syah kenal dia tetapi dia dari Wing yang berlainan. Kenal kat lif sahaja tapi tak pernah bercakap pun sebab dia nie macam sombong cikit............. Heheheheh

Wednesday, April 27, 2011

Raja Thailand Menjalani Pembedahan Cerebrospinal Fluid

04.05.2011, Rabu - Pada hari Selasa lepas, Biro Keluarga Diraja Thailand dalam kenyataannya melaporkan bahawa Raja Thailand, His Majesty King Bhumibol Adulyadej dilaporkan beransur sembuh dari pembedahan mengeluarkan 'cerebrospinal fluid" http://en.wikipedia.org/wiki/Cerebrospinal_fluid. Baginda yang berusia 83 tahun telah diletakkan dibawah pengawasan doktor di hospital semenjak September 2009 lagi. Baginda telah diberikan rawatan antibiotik melalui saluran darah sejurus selepas menjalani prosidur pembedahan selama 30 minit pada hari Isnin 02.05.2011 lepas. Baginda mengalami sedikit kesakitan selepas prosuder berkenaan tetapi pada keseluruhannya tahap kesihatan baginda dalam keadaan memuaskan.

Baginda telah menghadkan penampilan baginda kepada umum semenjak dimasukkan ke hospital dan kebanyakan penampilan baginda di media elektronik mengambarkan baginda berada dalam keadaan kesihatan yang stabil. Menjadi satu budaya di Thailand dimana sebahagian daripada rakyatnya terlalu menyanjung tinggi Raja mereka yang dianggap suci dan mulia manakala isu kesihatan baginda adalah terlalu sensitif terutamannya dalam menentukan pengganti baginda yang agak rumit memandangkan masalah politik dalaman yang melanda Thailand sekarang ini.

Perbincang umum mengenai monarki di Thailand adalah terhad kerana iannya dikawal oleh undang-undang yang ketat dan tidak sewenang-wenangnya untuk diperkatakan oleh semua orang sehingga boleh didakwa dan jika didapat bersalah boleh membawa kepada hukuman sehingga 15 tahun penjara. Isnin lepas Biro Keluarga Diraja mengulangi kenyataan mereka bahawa baginda telah sembuh daripada jangkitan paru-paru tetapi terpaksa berada dihospital untuk pemulihan fisikal dan memastikan baginda mendapat pemakanan yang betul.

Difahamkan bahawa kelebihan kandungan cerebrospinal fluid akan menyebabkan ketidakstabilan apabila baginda berjalan, dan ini adalah sesuatu yang normal sebenarnya bagi indiviidu-individu yang sudah berumur. Bersama-samalah kita mendoakan agar His Majesty King Bhumibol Adulyadej cepat sembuh dan dipanjangkan usia.

Apakah Minyak Wangi Yang digunakan oleh Duchess of Cambridge Semasa Istiadat Perkahwinan

White Gardenia Petals opens with coconut. The floral trio - jasmine, lily of the valley and ylang-ylang form the heart, laid on the base of amber wood.

04.05.2011, Rabu - White Gardenia Petals by Illuminum adalah minyak wangi yang dikatakan digunakan oleh HRH Duchess of Cambridge, Catherine Elizabeth Middleton semasa Istiadat Perkahwinan beliau dengan HRH Duke of Cambridge pada 29.04.2011 di Westminister Abbey. Sebenarnya White Gardenia Petals baru dilancarkan pada tahun ini dan iannya didatangkan dalam botol 50 dan 100ml. Di London White Gardenia Petals 50ml boleh didapati dengan harga 70 pound di Harrods dan tak tahulah di Harrods Boutique di KLCC/KLIA atau dikaunter-kaunter minyak wangi Malaysia berapa harga pasarannya. Syah call Harrods Boutique KLCC dan mereka maklumkan tidak menjual minyak wangi dan mereka hanya menjual beg, teddy bear, biskut dan teh sahaja. Syah bukan peminat minyak wangi dan tak pasti samada brand ini ada di Malaysia atau tidak. Nantilah kalau rajin nak buat survey. Jenama ini diasaskan oleh bekas celebrity hairdresser Michael Boadi pada tahun 2007. Jurucakap Illuminum, Michael Donovan memaklumkan kepada BaseNotes.com bahawa beliau amat bangga kerana Duchess of Cambridge menggunakan minyak wangi dari jenama Illuminum di Istiadat Perkahwinan beliau.

Renovation KL Residence Hampir Selesai

04.05.2011, Rabu - Ingatkan hendak tido tapi teringat pasal renovation KL Residence Syah, saja nak kongsi dengan anda semua. Renovation sudah hampir siap sepenuhnya. Hari ini my brother merangkap tuan punya rumah .... heheheheh Muss inform kontraktor sudah pasang Kitchen Cabinet seperti photo diatas tue. Dapur nie jiran sebelah rumah we all di KL Residence yang buat kerana dia kontraktor. Pengubahsuaian rumah sudah hampir selesai dan sekarang nie kena fikir nak mengemas habuk yang berinci-inci tebalnya tu exspecially pada perabut kerana biasalah Muss kan? Aci lapik jer dah cukup, endup penuh dengan habuk. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr............ Bilik tidur dan bilik air Syah sudah siap sepenuhnya. Rasanya dalam minggu nie dah boleh kemas kot?

Nak Titun

04.05.2011, Rabu - Sekarang jam 00:28hrs dan Syah sudah mengantuk sangat dan hendak Titun. Tak larat rasanya dan asik menguap jer. Pagi nanti nak bangun macam biasa jam 05:00hrs. Sekarang Syah berada dimini library dan dah lama tak lepak disini. Untung internet buat hal kalau tak tak lama nya stay dalam MBS Mini Royal Library Syah yang serba istemewa ini. Heheheheh perasan sendiri tak pe jangan perasan kat orang lain dah ler yer? Selamat Malam Semua .................... semuga kalian dibuai dengan mimpi-mimpi yang indah.

Sultan Brunai Ziarahi PM Britain

03.05.2011, Selasa - KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang masih berada di London sempena Istiadat Perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge pada 29.04.2011 lepas telah mengadakan perjumpa dengan Perdana Menteri Britain Hari ini. Perjumpaan dengan David Cameron ini diadakan di No.10 Dawning Street.

Sultan Kedah Menerima Mengadap Senator Boon Som Inong

Senator Boon Som Mengadap Sultan Kedah - Gambar dari Bernama

03.05.2011, Selasa - Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima mengadap Senator Boon Som Inong di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Boon Som merupakan bekas wartawan dan bekas setiausaha akhbar kepada seorang menteri pusat telah dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 15.12.2010 lepas bagi mewakili masyarakat Siam di Negeri Kedah Darul Aman. Beliau adalah anak jati Kedah dan pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Menteri Besar Kedah bagi Hal Ehwal Masyarakat Siam di Kedah.

DYTM Raja Muda Perlis Serahkan Sumbang Kepada Rumah Sejahtera

03.05.2011, Selasa - Hari ini Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenaan mencemar duli menghadiri Program Swiss Cahrity anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP). Program diadakan di Rumah Sejahtera, Kaki Bukit, Padang Besar, Perlis turut dihadiri oleh Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Perlis, Mansor Jusuh dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Rumah Sejahtera, Dato' Loh Yoon Foo.

Dalam majlis ini, DYTM Tuanku yang juga merupakan Pengerusi YTSP telah menerima sumbangan untuk Rumah Sejahtera yang disalurkan melalui Yayasan Tuanku Syed Putra. Sumbangan pada hari ini adalah daripada kumpulan seni mempertahankan diri Asia Bundo dari Zurich, Switzerland yang diwakili oleh Master Yaw HC berjumlah RM7,000.00 manakala RM2,000.00 diterima daripada Kelab Penyokong Manchester United Malaysia. Rumah Sejahtera ini dihuni oleh seramai 26 orang warga emas.

Dalam titahnya DYTM menasihatkan agar generasi muda mendekatkan diri dengan golongan warga emas bagi berkongsi pengalaman dan semangat mereka kerana warga emas adalah sebahagia dari masyarakat yan memberi sumbangan positif kepada negara. Titah baginda lagi, generasi muda seharusnya tidak merasa ego dan angkuh terhadap warga emas sehingga berlakunya kes anak-anak membuang/mengabaikan ibubapa dan ada yang sanggup meletakkan mereka dirumah kebajikan.

Tuesday, April 26, 2011

Tak Dapat Update Blog

03.05.2011, Selasa - Sekarang jam 22:39hrs dan Syah minta maaf kepada semua kerana tidak dapat update blog mengenai raja-raja malam nie coz modem Syah buat hal dan baru sekarang ok dan hampir satu jam Syah bergayut dengan 100 untuk fixkan masalah ini. Tak tahulah berapa yang dicaj kat handphone Syah nanti.

Syah sampai rumah jam 20:30hrs tadi dan selepas solat cuba buka internet tapi IE asik loading jer memanjang. Tutup buka tutup buka sama jer. Akhirnya call 100 dan dia minta Syah reset modem. Dua tiga kali buat baru ok........... letih betul tapi Shukur alhamdulilah akhirnya ok gak. Hehehehe....... Yahooooooooooooo........Selamat malam semua dan nantikan celoteh-celoteh Syah mengenai raja-raja di nex entry. Jangan lupa betulkan Syah jika anda terasa apa yang Syah sampaikan tu kurang tepat.

Pagi-Pagi Lagi Cleaner Buat Hal

03.05.2011, Selasa - Buat spoil jer mood nak kerja pagi nie kerana ada masalah sedikit dengan Makcik Cleaner ditingkat Syah bertugas. Bila Syah hendak ke toilet kami kena swipe card dipintu tiba-tiba dia kata jangan tutup pintu dan hendak sendal pintu tu. Alasannya senang dia hendak keluar masuk. Syah kata tak boleh dan dia jawap orang lain bolehpun dan Syah kata itu orang lain.

Bukan apa, memang pihak maintenance Menara TM ada keluarkan arahan supaya tidak menyendal pintu masuk ke office kerana keadaan ini akan merosakkan pintu berkenaan dan jika berlaku kecurian didalam pejabat dan didapati pintu sengaja dibuka, orang itu akan bertanggung jawab atas tuduhan bersubahat kerana ID kita akan direkodkan setiap kali kita touch pintu berkenaan untuk keluar atau masuk. Sebagai contohnya baru-baru ini ada kes kecurian handphone kakitangan di salah satu tingkat di Menara TM.

Makcik tu tarik muka dengan Syah dan katanya kalau macam tu tak payah kerja. Syah kemudian call pengurusan mereka iaitu Peransang Jati Sdn Bhd. Katanya sepatutnya setiap cleaner ada access card dan dia akan maklumkan perkara ini kepada supervisor berkenaan untuk mengetahui perkara sebenar.

Syah perasan satu perkara, kadangkala ada cleaner yang hilangkan kad tu dan takut nak beritahu supervisor dan inilah jadinya bila nak masuk susah. Kes Mak Cik nie Syah tak pasti samada dia ada kad atau tidak. Supervisor dia akan siasat perkara ini. Syah bukan tak hendak menolong orang tetapi jika kita menolong orang dan cara kita tu membahayakan diri sendiri atau syarikat tempat kita bertugas dan cari rezeki buat apakan?

Monday, April 25, 2011

Pagi Isnin Hujan

03.05.2011, Isnin - Sekarang jam 05:52hrs dan Azan Subuh sudah berkumandang diudara dan pagi tadi hujan lebat sedikit tetapi sekejap jer dan sekarang renyai-renyai. Syah sudah bersiap dan hendak solat sekejap lagi. pagi tadi macam biasa bangun ke toilet dan bersiap. Cuma masa buang air kecil tadi ada sakit sedikit, sedikit sahaja dan lepas tu Syah buang air kecil lagi tak ada rasa tu lagi. Ok nak solat jap. Hingga berjumpa dilain entry.

Kesilapan Ejaan Duchess

02.05.2011, Isnin- Sebentar tadi ada individu yang menamakan dirinya sebagai guess komen ejaan Duchess yang Syah eja Dutchess. Siap beri maksud Duke dan Duchess tu apa. Syah memang faham apa maksud Dutch dan Duchess. Mungkin banyak sangat menulis dan hendak cepat tu yang tersalah ejaan tu. lagipun kalau anda perasaan memang Syah nie sebenarnya banyak salah ejaan dan bukan bermaksa Syah tak faham apa yang Syah sampaikan.

Setelah Syah semak memang banyak ejaan Duchess yang Syah eja Dutchess. Tajuknya ditulis Dutchess tetapi dalam isinya ditulis Duchess. Terima kasih Syah ucapkan kepada individu berkenaan mengenai maklumat kesilapan sesetengah ejaan Duchess dalam entry Syah dan telah Syah betulkan.

Duke membawa erti High-Ranking Nobelman atau ruler of principality. Mengikut kamus Dewan Bahasa - Duke membawa erti orang bangsawan yang berpangkat tinggi : pemerintah negara kecil yang berdaulat di Eropah. Manakala Duchess adalah isteri atau janda seorang Duke. Tidak semua kerabat diraja mendapat gelaran Duke. Kalau terma di Malaysia Duke nie lebih kurang Raja bergelar sebagai contohnya Tengku Panglima Besar Selangor, Tunku Besar Serting dan seumpamannya.

03.05.2011 Pembetulan : Tunku Muda Serting adalah gelaran sebenar dan bukannya Tunku Besar Serting. Segala kesilapan amatlah dikesali.

Sunday, April 24, 2011

Dinner Dengan Lempeng

02.05.2011, Isnin - Makan Semua............ Inilah dinner Syah malam nie Lempeng dan Horlic O Panas. Adunan lempeng nie adalah adunan kuih yang Syah inform dalam entry sebelum nie untuk minum petang tadi. Cuma petang tadi Syah kukus dan ini Syah masak dengan menggunakan sedikit minyak jagung. Ada lagi sediki balance adunan tu dalam peti sejuk. Bolehlah orang bujang kan? Asal kenyang cukuplah tu kan............ Buat alas perut untuk makan ubat. Memang mengenyangkan sebab dibuat daripada tepung gandum dan wholemil bread. Sekarang jam 20:29hrs dan hujan lebat serta guruh tapi Astro ok plak tak tau lah sat lagi macam mana noooooooooooooooo........

Sultan Brunei Menghadiri Majlis Bersama Rakyat Brunei Di London

Sessi Ramah Mesra diantara Sultan Brunei dan Rakyat Brunei di United Kingdon dan Irlend Utara di Hotel Hilton Park On Lane, London

02.05.2011, Isnin -Semalam KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang masih berada diLondon sempena Istiadat Perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge telah berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom dan Northern Ireland. Tetamu-tetamu pada malam ini terdiri daripada penuntut-penuntut, pegawai pegawai kerajaan yang bertugas, berkursus dan dalam percutian bersama keluarga. Majlis diadakan Hotel Hilton Park On Lane, London.

Keberangkatan tiba baginda di sambut oleh TYT Awang Haji Mohd Aziyan bin Abdullah, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom. Majlis dimulai dengan doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned. Sembah alu-aluan disampaikan oleh wakil penuntut, Dayang Nur Amirah Izzati binti Mohd Noor, Yang Di-Pertua Persatuan Penuntut Penuntut Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Northern Ireland (Brunei Student Union). Baginda Sultan seterusnya telah berkenan menyampaikan titah nasihat kepada para tetamu yang hadir.

Selepas bertitah, baginda berdua telah mencemar duli untuk menerima cenderahati daripada Penuntut-Penuntut Negara Brunei Darussalam di United Kingdom dan Northern Ireland (Brunei Student Union). Kemudiannya kedua baginda telah dihiburkan dengan Lagu Patriotik dari Penuntut-Penuntut Brunei di Hull (Bru Hull). Setelah selesai persembahan baginda berdua telah mencemar duli untuk beramah mesra dengan para tetamu.

Turut serta dalam majlis ini adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan kerabat diraja yang lain.

Saturday, April 23, 2011

Gaun Pengantin Duchess of Cambridge Jadi Ikutan Seluruh Dunia

02.05.2011, Isnin - Gaun Pengantin ? Kalau dah terkenal satu dunia apa jer yang dibuat akan menjadi ikutan. Betul tak? Begitulah gaun pengantin HRH Duchess of Cambridge, Catherine Elizabeth Middleton yang menjadi ikutan diseluruh dunia sekarang ini. Gaun pengantin ini berharga 38,000.00 Pound atau jika ditukatkan kepada matawang kita pada hari ini bernilai RM188,000.00 kirannya boleh dapat sebuah rumah teres dua tingkat di area Rawang tempat Syah nie. Gaun pengantin ini didatangkan dengan tiga lapis kain dalam berenda. Renda ini menggunakan sulam tampal bermotif bunga menggunakan teknik tradisi English 'carrickmacross'. Kain satin yang digunakan adalah bewarna putih gading dengan kualiti yang sama. Gaun ini didatangkan dengan Layah (train) sepanjang 9 kaki.

DiLondon, selepas sehari perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge ada kedai-kedai pengantin yang telah menyediakan Gaun Pengantin yang serupa dihadapan kedai mereka untuk pilihan pelanggan. Di Cina pula terutamannya di Bandar Suzhou yang merupakan salah satu pusat pakaian pengantin juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan gaun pengantin ini. Dilaporkan sebanyak 700 buah kilang di Cina telah meniru gaun pengantin berkenaan untuk pasaran dalam dan luar negara dengan harga serendah RM346.00 hingga RM445.00 sahaja. tetapi kualiti kainnya tidaklah seperti Gaun Pengantin Duchess of Cambridge, biasalah tu kan.

Bagaimana pula di Malaysia............. Malaysia Boleh kan.............. Cuba bayangkan jika kainnya diubah suai sedikit dan kolar bentuk V nya diletakkan kain jarang iannya boleh dijadikan pakain untuk akad nikah atau persandingan. Siap letak Layah lagi (train) alaaaa kain yang menjela kat belakang tu ler. Amacam................ Ada Berani?

Mee Sua For Lunch dan Kuih Tak Ada Nama

02.05.2011, Isnin - Sekarang jam 15:20hrs. Untuk lunch hari ini Syah buat Mee Sua Sayur. Banyak juga Syah masak dan kenyang dan penuh rasanya perut Syah, nak muntahpun ada hehehehhe............. Cuaca panas pula petang ini tak tahulah kalau hujan sekejap lagi. Mulannya Syah hendak buat lempeng roti manis tapi tak jadi, So Syah buat bancuhan yang sama tapi kali ini beza sedikit. Syah pecahkan telur dan masukkan Soyabean instead of air dan masukkan tepung dan Syah blend bagi halus. Lepas tu Syah letak dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan roti wholemil dan kacau. Nak bakar tak ada oven. Mulannya hendak buat macam lempeng tapi Syah kukus sahaja lah. Kukus koboi dalam kuali jer dan masukkan bahan tadi dalam bekas plastik jer. Mulannya Syah masukkan lesung sebagai pelapik plastik tu tapi tinggi sangat lalu Syah letakkan jer plastik tu dalam kuali yang ada air. Dah masak tapi tak tahulah macam mana rasanya coz kenyang sekarang. Nantilah makan. Wangi baunya dan ada bau telur tapi cikit jer...hehehehhe......... Syah letak telur tadi coz ingat hendak buat macam lempeng tu letak telur tu tadi. Ini bukan puding roti tau. Syah pun tak tahu nak panggil apa. Hentam jer lah Labu .............. Layannnnnnnnnnnnnnn.

Rating Penonton Pengkebumian Prince Diana Mengatasi Perkahwinan Prince William di USA

02.05.2011, Isnin - Pada Sabtu lepas, Nielsen Ratings memaklumkan bahawa keterujaan rakyat Amerika menonton siaran langsung Istiadat Perkahwinan Dutch and Duchess of Cambridge, Prince William dan Kate Middleton di Westminister Abbey pada 29.04.2011 lebih rendah berbanding dengan penonton yang menonton siaran secara langsung Istiadat Pengkebumian Princess Diana, Bonda kepada Duke of Cambridge pada September 1997. Nielson Ratings merupakan Sistem Pengukuran Penonton (audience measurement system) yang dibangunkan oleh Nielsen Media Research bagi mendapatkan rating penonton sesuatu program telivision di USA.

Dalam laporan yang dikeluarkan, Nielsen memaklumkan 22.7 juta rakyat Amerika menonton liputan secara langsung perkahwinan diraja di 11 rangkaian TV di Amerika yang mempunyai populasi 310 juta penduduk. Walau bagaimanapun jika dibandingkan dengan jumlah penonton bagi menyaksikan Istiadat Pengkebumian Princess Diana iannya jauh lebih rendah. Princess Diana meninggal dunia dalam usia 36 tahun akibat kemalangan jalanraya di Paris. Dalam Istiadat Pengkebumian Princess Diana di London, Nielsen mencatatkan 33.2 Juta penonton.

Itu adalah rating untuk penonton TV, Sekarang ini kan Zaman Internet dan ramai yang menonton siaran berkenaan secara online.

Isnin Cuti dan Kesihatan Syah

02.05.2011, Isnin - Hari ini cuti umum sempena Hari Pekerja semalam 01.05.2011 yang jatuh pada hari Ahad. Pagi tadi Syah ke kedai untuk beli keperluan dapur tetapi mineral water yang Syah biasa beli tu sudah habis. Nantilah fikir nak ke Pekan Rawang atau beli jer drinking water kerana kat kedai tu banyak stoknya. Ada dua kedai runcit di Rawang Residence tetapi semuanya mineral water out of stock. Dari kedai runcit Syah kekedai Mamak untuk beli tosei. Syah beli dua tosei untuk breakfast.

Sekarang jam 10:20hrs dan Syah baru lepas breakfast dan makan ubat seperti biasa. Lutut Syah semakin ok dan ada rasa sakit sedikit-sedikit tu biasalah. Buang air kecil ok tetapi bawah perut sebelah kiri Syah membawa ke ari-ari berhampiran testis Syah rasa sakit sedikit jika Syah buat regangan atau bergerak. Ada masa-masanya rasa tu datang dan bila ditekan ada masanya sakit ada masanya tidak, dulupun ada tetapi hilang dengan sendirinya. Kepada para pembaca setia blog Syah, Doakan Syah sihat yer .

Kepada yang bercuti Syah ucapkan Selamat Bercuti dan habiskan masa-masa terluang ini bersama orang-orang yang tersayang terutamanya keluarga sendiri "Stay Connected With The Family". Kepada yang bersorangan lakukanlah aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah untuk diri kita sendiri. Kepada yang sedang bertugas, teruskan usaha murni anda sebagai seorang pekerja yang proaktif dan komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti Semua ..........

Ke KL International Book Fair dan Beli Buku Raja Bilah and The Mandailings in Perak : 1875-1911

Syah dan Abdur-Razzaq Lubis, penulis bulku Raja Bilah and The Mandailings in Perak : 1875-1911.

01.05.2011, Ahad - Petang tadi akhirnya Syah keluar juga selepas Solat Zohor. Tetiba Syah teringat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang Ke-30 di PWTC yang Syah pergi dengan Tunku Shah pada 24.04.2011 lepas. Pesta buku ini bermula 22 April dan hari ini adalah hari terakhir. Ianya dibuka bermula jam 10:00hrs dan ditutup jam 21:00hrs. Saja jalan-jalan tiba-tiba terlihat buku Raja Bilah and The Mandailings in Perak : 1875-1911. Hari ini mereka offer dan hargannya RM50.00 sahaja. Syah bertuah pada hari ini kerana penulisnya Abdur-Razzaq Lubis ada pada waktu itu. Terus Syah minta di autograph buku yang Syah beli tu. Dia Malaysian dan menetap di Pulau Pinang tetapi lengok percakapannya seperti Indonesian. Syah tanya mengapa dan jawapnya dia berketurunan Sumetera.

Syah juga beli Kamus Bahasa Malaysia-Ingeris Dewan Bahasa dan Pustaka dengan harga RM24.00 dan harga asalnya RM60.00 dan Syah juga beli buku Syeikh Abdullah Fahim - Tokoh Intelek Melayu dan Perjuangan Kemerdekaan dengan harga RM4.00 dan asal harganya RM5.00. Ingatkan hendak balik jam 17:00hrs tetapi hujan lebat dan hampir jam 19:00 Syah redah jer dan basah sedikit dan untung ada jalan berbumbung dari Perhentian Bas Putra ke KTM Putra. Ingatkan sudah lambat dan alamat naik teksilah jawabnya. Sampai KTM Rawang 10minit sebelum jam 20:30hrs dan terus Syah ke bas stop untuk kejar last bus. Sampai bus stop bas tak sampai lagi rupannya dan Syah ketandas. Biasannya toilet dah tutup waktu begini tetapi hari ini buka lagi plak dia. Hampir jam 20:30hrs baru bas datang.

Kalau lambat tadi ingatkan hendak makan di Pekan Rawang dan naik teksi balik rumah tapi sempat rupannya dan Syah tak jadi makan dan balik rumah terus sebab naik bas RM1.00 tetapi teksi RM10.00. Sampai jer Rawang Residence, jumpa Arip kat luar rumah Azrin dan dia hantar Syah balik guna payung sebab dia nampak Syah tutup kepala dengan suratkhabar. Lepas mandi dan solat Syah call Azrin ingat nak ajak dia makan digerai Taman sebelah tetapi dia dan Arip dah kat luar. So Syah buat Mee Segera jer sebab nak makan ubat. Ok hingga berjumpa lagi dilain entry...............

Aktviti Ahad

01.05.2011, Ahad - Sekarang jam 12:12hrs dan macam biasa seorang-seorang di Rawang Residence dan rasa bosan sedikit, Cikit Jer sebab berada dirumah since Jumaat lepas lagi kerana MC. Tak tahu nak pergi mana kerana masalah transport. Boleh keluar tapi masa terhad sebab bas last ke Rawang Residence jam 20:30hrs. Terkejar-kejar rasannya. Pagi tadi Syah buat Horlic O Panas + Oat dan sandwich. Lunch tak tahu nak makan apa. Sekarang mentenet sambil menonton TV. Tengoklah kalau rajin keluar jap petang nanti. Ok jumpa lagi dilain entry ................

Thursday, April 21, 2011

Tuanku Mizan Berjumpa Rakyat Malaysia DiLondon

01.05.2011, Ahad - Pada 29.04.2011 lepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Multafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenaan menghoskan Majlis Makan Malam untuk bertemu dengan 200 orang rakyat Malaysia yang berada di London. Tetamu pada malam itu terdiri daripada pelbagai latarbelakang seperti wakil pelajar, para professional dan mereka yang menetap di London. Seri Paduka Baginda berdua berada di London untuk menghadiri jemput ke Istiadat Perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge, Prince William dan Kate Middleton pada Jumaat lepas 29.04.2011.

Duke and Duchess of Cambridge 1st Public Kisses

01.05.2011, Ahad - Jika anda menyaksikan Istiadat Perkahwinan Diraja Duke and Duchess of Cambridge yang dibawa secara langsung melalui NTV 7 dari Westminister Abbey pada Jumaat lepas 29.04.2011, tidak ada ciuman selepas mereka disahkan sebagai suami isteri seperti kelaziman di barat yang dilakukan oleh pasangan pengantin baru. Inilah perbezaan diantara kerabat diraja dan orang biasa. Mengikut tradisi keluarga diraja Britain pasangan pengantin baru akan melakukan apa yang dikatakan sebagai 1st Public Kisses di beranda Istana Buckingham dengan disaksikan oleh rakyat jelata.

Pasangan Pengantin Diraja ini telah membuat dua kali ciuman ketika mereka dan Kerabat Diraja serta keluarga Middleton berada di beranda Istana Buckingham. Gambar diatas adalah merupakan dua ciuman yang dilakukan oleh pasangan pengantin diraja yang dapat diabadikan oleh jurugambar. Majalah People dalam kajiselidik yang dibuat terhadap dua gambar ini mengistiharkan gambar di sebelah kiri yang merupakan ciuman kedua sebagai more relaxed smooch as more romantic dengan 96% undian.

Istana Buckingham Siarkan Gambar Rasmi Perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge

Pasangan Pengantin Baru Duke and Duchess of Cambridge. Gambar-gambar ini diambil di Bilik Singahsana Istana Buckingham selepas Istiadat Perkahwinan Diraja di Westminister Abbey.

01.05.2011, Ahad - Akhirnya pihak Istana Buckingham mengeluarkan tiga photo rasmi perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge untuk tatapan umum. Photo-photo ini adalah hasil kreativiti Hugo Burnad yang merupakan jurugambar rasmi Istiadat Perkahwinan Duke and Duchess of Cambridge pada 29.04.2011. Photo-Photo ini mengabungkan dua keluarga baru pasangan pengantin diraja. Dengan perkahwinan ini makan berakhirlah kehidupan Catherine Elizabeth Middleton atau Kate Middleton sebagai rakyat biasa atau orang kebanyakan dan bermulalah era baru dalam kehidupan beliau sebagai sebahagian kerabat diraja Britain dengan gelaran Her Royal Highness Dutchess of Cambridge.

Perkahwinan diantara orang kebanyakan dan Raja sudah menjadi kebiasaan sekarang ini dan bukan merupakan satu keganjilan. Sebagai contohnya di Malaysiapun perkara-perka seperti ini berlaku dimana Raja Permaisuri/Raja Perempuan/Tengku Ampuan/Raja Puan Muda adalah bukan dari kerabat diraja tetapi telah diangkat mertabatnya sebagai Suri Singahsana. Fenomina ini didahului oleh YAM Permaisuri Siti Aishah yang merupakan Mantan DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XI.

Diantara yang lainnya adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah (Terengganu), KDYMM Tuanku Sultanah Hajah Hamimah binti Haji Hamidun (Sultanah Negeri Kedah Darul Aman), DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom (Sultanah Pahang), DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun (Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan), DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim (Raja Puan Besar Perak - walau bagaimanapun Tuanku Zara merupakan Kerabat Diraja Kedah sebelah bonda baginda) dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (Raja Puan Muda Perlis).


HRH Duke of Cambridge dan HRH Duchess of Cambridge berada ditengah bersama kaum keluarga masing-masing. Barisan hadapan (kiri ke kanan): Miss Grace van Cutsem, Miss Eliza Lopes, HRH The Duke of Edinburgh, HM The Queen, The Hon. Margarita Armstrong-Jones, Lady Louise Windsor, Master William Lowther-Pinkerton. Barisan Belakang : (kiri ke kanan) Master Tom Pettifer, HRH The Duchess of Cornwall, HRH The Prince of Wales, HRH Prince Henry of Wales, Mr Michael Middleton, Mrs Michael Middleton, Mr James Middleton, Miss Philippa Middleton.


Pasangan Pengantin Diraja bersama-sama "Pembantu Mereka" yang merupakan kaum keluarga kedua-dua pengantin diraja semasa Istiadat Perkahwinan di Westminister Abbey pada 29.04.2011 yang saksikan oleh 1900 orang tetamu dan dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Ayahanda Call dan Kesihatan Syah

30.04.2011, Sabtu - Sekarang jam 20:34 dan Syah dan semasa menonton TV Ayahanda call bertanyakan khabar Syah. Lama juga kami bersembang dan tiba-tiba handphone terjatuh dan Syah sambung sembang semula. Syah inforam Ayahanda yang Syah tak berapa clear suara dia. Bila Syah periksa phone rupa-rupannya phone tu terbalik....... Hehehehhe. Ayahanda tanya kesihatan Syah dan Syah inform dia Syah sihat. Bukan apa malas nak inform Syah tak sihat takut dia risau nanti. Encik kirim salam dengan Syah.

Mengenai kesihatan Syah pula, lutut ada masanya sakit ada masanya tidak. Buang air kecil ok tetapi kadangkala rasa lain jer dari ari-ari kebawah Syah terutamanya di tempat buang air besar dan testis Syah. Doakan Syah sihat yer ........................

Gosip Permaisuri Menjerit di Tengah Jambatan

30.04.2011, sabtu - Hari Khamis lepas Syah menelefon seorang rakan dan ada satu perkara yang dia inform Syah. Tak paasti samada perkara ini benar atau tidak. Apa yang dimaklumkan kepada Syah seperti berikut :-

Satu hari jalan menuju sebuah jambatan ditutup dan dikawal oleh Polis dimana pengguna terpaksa berhenti seketika dan menyebabkan kesesakan. Apabila disiasat ada yang menyatakan salah seorang permaisuri Sultan negeri berkenaan berada ditengah-tengah jambatan sambil menjerit-jerit. Sebabnya adalah kerana baginda mendapat tahu bahawa Paduka Suami Baginda berkahwin satu lagi dengan paramugari dari Brunei.

Tak tahulah Syah samada berita itu benar atau tidak. Saja nak share dengan semua. Negeri mana tu Syah tak boleh beritahu kerana ini cuma cerita dari mulut ke mulut sahaja dan Syah juga tidak mahu anda mempercayainya sekadar untuk dikongsi bersama sahaja.

TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Mengangkat Sumpah Perlantikan Semula

TYT Tun Abdul Rahman Mengangkat Sumpah Perlantikan Semula di Seri Mutiara - Gambar dari Bernama

30.04.2011, Sabtu - Hari ini Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas mengangkat sumpah perlantikan semula sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baru bagi pengal keempat. Istiadat mengangkat sumpah ini dilaksanakan di Seri Mutiara, Pulau Pinang. Pada 19.04.2011 lepas, TYT Tun Abdul Rahman telah menerima Surat Cara Perlantikan bagi tempoh dua tahun daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dalam satu istiadat yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Turut serta dalam istiadat ini adalah Manta Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badwi, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II YB Prof Dr. P Ramasamy.

TYT Tun Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang buat pertama kalinya pada 01.05.2001 untuk tempoh 4 tahun. TYT Tun Abdul Rahman dilantik semula pada 01.05.2005 untuk tempoh 4 tahun dan kemudiannya dilantik semula buat kali ketiga pada 01.05.2009 selama tempoh dua tahun. Setelah tempoh berkenaan berakhir iannya disambung semula mulai tahun ini.

Tahniah Syah Ucapkan Kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas diatas perlantikan ini.

55 Tangkapan Dibuat Sempena Istiadat Perkahwinan Dutch & Dutchess of Cambridge

30.04.2011, Sabtu - CNN melaporkan hari ini bahawa pada malam Jumaat lepas Polis London telah menahan 55 orang individu dari dalam dan luar London atas pelbagai kesalahan sempena Istiadat Perkahwinan Dutch and Duchess of Cambridge yang berlangsung pada 29.04.2011 lepas di Westminister Abbey, London. Tangkapan dibuat daripada pelbagai kesalahan seperti menggangu ketenteraman awam dan memiliki serta penyalah gunaan senjata. Pihak polis dalam kenyataannya memaklumkan akan mengenakan tindakan keras kepada sesiapa sahaja yang ingin mengganggu perjalanan Istiadat Perkahwinan Diraja. Pihak berkuasa telah mengenakan kawalan ketat dari biasanya sempena Majlis ini dengan melibatkan 5,000 anggota keselamatan.

Hari Hujan

30.04.2011, Sabtu - Sekarang jam 17:47hrs dan di Rawang baru hujan. Nasib baik semalam dari pagi hingga tengahari hujan manakala petang tak hujan. Shukur Alhamdulillah semalam tak hujan tetapi kalau hujan mesti ramai yang tension tak dapat menyaksikan siaran langsung Istiadat Perkahwinan diantara Duke dan Dutchess of Cambridge di Westminister Abbey, London. Biasalah Astro kalau hari hujan lebat mesti tak dapat siaran punya. Dengar jer bunyi hujan tadi terus Syah angkat kain dijemuran jika tidak nasiblah Labu .................

Wednesday, April 20, 2011

Tiara Perkahwinan, Subang, Make-up dan Rambut Duchess of Cambridge Sempena Istiadat Perkahwinan di Westminister Abbey



30.04.2011,Sabtu - Tahukah anda bahawa tiara atau mahkota yang digunakan oleh Duchess of Cambridge atau Kate Middleton merupakan Cartier halo tiara yang direka pada 1936. Tiara itu di "Pinjam" dari Baginda Queen Elizabeth II untuk Istiadat Perkahwinan di Westminister Abbey. Tiara ini sebenarnya dibeli oleh King George VI (Ayahanda Baginda Queen) untuk permaisuri baginda, Queen Mother (Bonda Baginda Queen). Tiara ini kemudiannya dihadiahkan kepada Baginda Queen Elizabeth II sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-18.

Sepasang Subang Berlian yang digunakan oleh Duchess of Cambridge adalah direka khas buat beliau oleh Robinson Pelham Jeweler. Rekaannya dipadankan dengan tiara yang digunakan dan iannya juga melambangkan Jata Keluarga Middleton. Subang ini berbentuk daun oat dan "daimond drop" dan terdapat berlian kecil berbentuk buah oat didalamnya.

Dah terlanjur bercerita, kita cerita pula mengenai make-up beliau. Beliau telah mendapat sentuhan make-up artis professional, Opssssssssssss TIDAK sebenarnya beliau telah memasuki kelas mak-up dan menyolek dirinya sendiri untuk hari bersejarah ini. Kira jadi mak andam pada dirinya sendiri. Daripada kajiselidik yang telah dibuat 94% menyatakan DIY Job yang dilakukan oleh Duchess of Cambridge adalah merupakan satu kejayaan (Sucsess).

Rambut pula tidaklah dia buat DIY kerana hair styalish terkenalpun tak akan gunting rambutnya sendiri. Beliau tidak begitu berdandan dan melepaskan sahaja rambutnya yang cantik itu dibawah veil. Penampilan ini dihasilkan oleh James Pryce of Richard Ward yang merupakan hair stylist beliau yang telah lama menguruskan rambutnya. Dari kaji selidik mendapati 98% meyatakan beliau mempunyai rambut yang cantik dan sesuai untuk penampilannya pada Istiadat Perkahwinan tersebut manakala hanya 2% sahaja beranggapan beliau harus berdandan supaya nampak lebih formal.

Gaun Pengantin Pertama dan Kedua Kedua Duchess of Cambridge



Gaun Pengantin - A fitted white V-neck gown with a long-sleeved lace overlay. The dress was composed of French Chantilly lace and English Cluny lace throughout the bodice, skirt and underskirt. The skirt, made of ivory and white satin gazar, was designed to emulate an opening flower: padded at the hips, it flowed out to the floor. The back of the dress was finished with 58 gazar and organza covered buttons fastened by Rouleau loops.

30.04.2011, Sabtu - Gaun pengantin sewaktu Istiadat Perkahwinan yang digayakan oleh Duchess of Cambridge hasil sentuhan Sarah Burton, Creative Director daripada Alexander McQueen yang digayakan di Westminister Abbey memang tidak dapat lagi disangkal keunikannya berpadanan untuk bakal seorang Ratu England. Selepas sahaja disahkan sebagai pasangan suami isteri maka berakhirlah kehidupan Catherine Elizabeth Middleton atau Kate Middleton sebagai "Orang Kebanyakan atau Rakyat Biasa" dan ianya telah menjadi sebahagian Kerabat Diraja Britain dengan gelaran barunya Dutchess of Cambridge.

Tugas dan tanggungjawab sebagai kerabat diraja sudah mulai dirasai oleh beliau semenjak jam 06:30hrs 29.04.2011 lagi dimana beliau mula berdandan dan bersolek, melalui proses Istiadat Perkahwinan yang panjang di Wesminister Abbey, Berangkat pulang ke Istana Buckingham dan kemudiannya membuat kemunculan di beranda Istana untuk berjumpa rakyat dan melakukan ciuman awam pertama (1st public kisses) sebanyak dua kali dengan disaksikan oleh rakyat serta menghadiri Majlis Resepsi untuk 650 orang tetamu di Istana Buckingham yang dihoskan oleh baginda Queen Elizabeth II. Didalam majlis tertutup ini jurugambar tidak dibenarkan masuk kecuali gurugambar rasmi Hugo Burnad.Gaun Malam Duchess of Cambridge - A White Satin Strapless Eveining Gown With A Circle Skirt and Diamanate Detaling Around The Waist and Topped With A Simple White Shrug.

Setelah Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Queen Elizabeth II selesai, Duke dan Duchess of Cambridge berehat sebentar dikediaman rasmi Prince Charles di Clarance House sebelum majlis seterusnya. Mereka memandu sendiri kenderaan bewarna biru Aston Martin convertible dengan plate kenderaan EBY 776J ke Clearance House. Untuk Majlis pada sebelah malam pula Dutchess of Cambridge mengenakan gaun pengantin kedua yang juga telah mendapat sentuhan ajaib daripada McQueen yang disesuaikan untuk majlis keraiaan. Majlis pada malam ini (Festive Dinner Dance) dianjurkan oleh Ayahanda Duke of Cambridge iaitu Duke of Wales, Prince Charles untuk 300 orang tetamu di Buckingham Palace.



Untuk majlis sebelah malam pula, Duke of Cambridge dengan segaknya mengenakan dapper black tuxedo. Setelah selesai majlis, pasangan Pengantin Diraja akan menghabiskan Malam Pertama mereka sebagai pasangan suami isteri di Istana Rasmi Negara, Buckingham Palace. Pada hari Sabtu, pasangan ini terbang ke lokasi berbulan madu mereka yang masih menjadi tandatanya umum.

Pagi Sabtu Aktiviti dan Kesihatan Syah

30.04.2011, Sabtu - Pejam Celik Pejam Celik dah 30 haribulan hari ini, cepat betul masa berlalu dan esok 01.05.2011 merupakan Hari Pekerja dan disebabkan ianya jatuh pada hari Ahad maka kita akan bercuti hari Isnin ini. Tak tahu nak kemana ........................ Lutut Syah sekarang nie ada masanya sakit pula manakala buang air kecil yang sakit tu dah tak sakit lagi dan boleh dikatakan ok dah dan rasa nilu tupun dah kurang, kalau adapun rasa sedikit sahaja. Pagi tadi Syah sempat merumput dihadapan rumah untuk buang lalang dan daun-daun yang kering. Buang sampah dan jemur kain yang Syah basuh semalam dan tak kering kerana hujan dari pagi sampai tengahari. Jam 10:00hrs tadi Syah ambil suppliment lutut kemudian breakfast dan makan antibiotik dan ubat lainnya termasuk untuk masalah buang air kecil tu. Sekarang jam 10:53 dan Syah melayan NTV 7 sekali lagi untuk menyaksikan siaran ulangan Perkahwinan Diraja Duke and Duchess of Cambridge.

Sultan Brunei Menghadiri Istiadat Perkahwinan Prince William

30.04.2011, Sabtu - Semalam Sultan Brunei dan Raja Isteri telah berkenaan menghadiri Istiadat Perkahwinan diantara Duke dan Duchess of Cambridge yang diadakan di Westminister Abbey. Kelihatan keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri memasuki Great West Door di Westminster Abbey. Baginda dan kerbat-kerabat diraja dari seluruh dunia yang dijemput ke Istiadat ini menaiki Bas Mewah yang disediakan oleh Istana Buckingham termasuklan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia.

Gaun Pengantin Duchess of Cambridge

Gambar disebelah kiri adalah gaun pengantin Grace Kelly manakala disebelah kanan adalah gaun perkahwinan Duchess of Cambridge - Sama Tak ? Gaun Penganti Mereka

30.04.2011, Sabtu - Akhirnya dapat juga kita melihat gaun pengantin yang menjadi tandatanya kepada semua pihak untuk melihatnya sebelum ini. Ramai yang menyangka Dutchess of Cambridge akan mengikut rekaan gaun pengantin bonda mertuanya, Mendiang Princess Diana tetapi sangkaan berkenaan salah. Walau bagaimanapu gaun pengantin Dutchess of Cambridge dikatakan mendapat inspirasi daripada dari gaun pengantin rekaan Helen Rose yang dipakai oleh Grace Kelly semasa berkahwin dengan Prince Rainier of Monaco pada 1956. Gaun pengantin Alexander Mc-Queen Duchess of Cambridge ini direka oleh Creative Director Sarah Burton. Bagai mana ada persamaan tak gaun penganti diatas?

Kek Perkahwinan Diraja Duke dan Duchess of Cambridge

29.04.2011, Jumaat - Ini adalah dua biji kek untuk Majlis Resepsi Duke and Duchess of Cambridge untuk majlis resepsi di Buckingham Palace. Kek Buah Tradisional English bersalut warna putih lapan tingkat ini adalah Royal Wedding Cake pengantin yang disediakan olah Fiona Caims yang direka menggunakan teknik Joseph Lambert. Manakala Kek Choklat Biskut (Chocolate Biscuit Cake) pula telah ditempah oleh Duke of Cambridge yang merupakan kek kegemaran beliau. Iannya merupakan resipi keluarga diraja Britain dan disediakan oleh McVities's Cake Company.

Tuanku Mizan di Westminister Abbey

29.04.2011, Jumaat - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah menghadiri Istiadat Perkahwinan Dutch and Duchess of Cambridge di Westminister Abbey. Gambar ini Syah ambil melaui siaran langsung di NTV 7 menggunakan kamera Syah dan iannya tidak begitu jelas kerana kamera TV tidak tertumpu kepada Seri Paduka Baginda berdua. Kelihatan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah dibelakang sekali sedang berjalan memasuki Westminister Abbey sebelum Istiadat bermula.

Istiadat Perkahwinan Prince William dan Kate Selamat DiSempurnakan

William and Kate 1st Public Kissing @ Balcony of Buckingham Palace - Gambar ini Syah ambil sendiri menggunakan kamera daripada Siaran Langsung NTV 7

29.04.2011, Jumaat - Prince William Arthur Philip Louis dan Catherine Elizabeth Middleton telah menjadi pasangan suami isteri yang Syah hari ini disaksikan hampir 1900 tetamu di Westminister Abbey. Dari mula lagi rakyat dan tetamu tertanya-tanya rekabentuk gaun penganti Kate dan akhirnya teka-teki mereka terjawab apabila Kate Middleton tiba di Westminister Abbey. Setelah istiadat perkahwinan disempurnakan pasangan pengantin diraja menaiki pedati khas yang terbuka menuju Buckingham Palace dan rakyat jelatan yang berbaris dikirikanan jalanraya bersorak gembira apabila pasangan diraja ini melalui tempat mereka berkumpul. Kemudiannya rakyat jelata berkumpul dihadapan Istana Buckingham dan mengelilingi Victorian Memorial untuk menunggu kemunculan pasangan pengantin dan kerabat diraja di beranda Istana. Sekali lagi rakyat jelata bersorak gembira apabila pasangan diraja ini berada di beranda istana dan melakukan 1st and 2nd Public Kissing. Esok mereka akan pergi berbulan madu dan kembali ke England pada pertengahan Mei 2011.

Syah Mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Duke and Duchess of Cambridge Semuga Dipanjangkan Jodoh Hingga Keakhir Hayat.

William dan Kate Dianugerahkan Gelaran bangsawan Oleh Baginda Queen Elizabeth II

29.04.2011, Jumaat - Pagi tadi tepat jam 08:00hrs Her Mijesty Queen Elizabeth II telah berkenaan mengurniakan gelaran DUKE OF CAMBRIDGE kepada cucunda baginda yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Miss Catherene Elizabeth Middleton atau Kate Middleton beberapa minit lagi di West Minister Abbey. Sekarang jam 17:04hrs dan Istiada Perkahwinan akan berlangsung jam 18:00hrs waktu Malaysia dan jam 11:00hrs waktu London. Selepas disahkan sebagai pasangan suami isteri di Wesminister Abbey sebentar lagi, Kate Middleton akan bergelar DUCHESS OF CAMBRIDGE. Gelaran duke merupakan gelaran tertinggi golongan bangsawan British.

Kedua-dua pasangan ini juga dianugerhkan Gelaran Bangsawan Scottish sebagai Earl and Countess of Strathearn memandangkan Scotland merupakan tempat pasangan ini bertemu dan saling jatuh cinta. Gelaran ketiga Notrthern Iris yang diberikan pada pasangan ini adalah Baron and Baroness Carrickfergus. Ini adalah merupakan gelaran bangsawan yang merujuk kepada sebuah bandar tertua di Utara Ireland.

Refreshment Untuk Menonton Perkahwinan Will dan Kate di NTV7

29.04.2011, Jumaat - Sekarang jam 15:34hrs dan Syah sedang menonton NTV 7 mengenai perkahwinan Prince William dan Kate Middleton yang memang Syah nantikan selama ini. Untuk memeriahkan majlis walaupun seorang-seorang Syah masak Meehon Goreng yang Syah namakan Meehon Goreng WillKate dan siap ada jajan lagi manalah tahu lapokan.....Heheheheh. Makan semua dan jom kita layan NTV7 sampai jam 20:00hrs nanti. Jangan lupa jam 18:00hrs nanti Istiadat Perkahwinan akan dilaksanakan di Westminister Abbey. Pastikan kita tak lepaskan peluang ini. Terima Kasih NTV 7.

Monday, April 18, 2011

Sultan Brunie Hadir Majlis Makan Malam di London

Sultan Brunei dan Raja Isteri dihadapan Mandarin Oriental Hotel, London

29.04.2011, Jumaat - Malam tadi KDYMM paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan KDYMM Paduka Seri baginda Raja Isteri berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam di Mandarin Oriental Hotel, Hyde Park, London, United Kingdom. Majlis ini turut dihadiri oleh Baginda Queen Elizabrth II dan suami baginda, Duke of Edinburgh. Majlis Santapan Malam ini dihoskan oleh seorang Party Planner terkemuka di London iaitu Lady Elizabeth Shakerley. Lady Elizabeth berkahwin dengan suaminya Sir Geoffery Shakerley pada 27.07.1972 Westminster Abbey, dan Princess Anne adalah pengapit beliau.

Westminister Abbey Bagaikan Gereja Dalam Taman Sempena Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

Para Petugas Sedang Sibuk Melakukan Pengubahsuaian Dekorasi didalam Westminister Abbey Sempena Majlis Perkahwinan Prince William dan kate Middleton

29.04.2011, Jumaat - Westminister Abbey yang merupakan sebuah gereja bersejarah di London telah bertukar wajah dengan dekorasi sempena majlis perkahwinan diraja Prince william dan Kate Middleton. Dekorasi yang diibaratkan sebagaI fairytale forest ini menelan kos sebanyak 50,000.00 pound. Kate dengan bantuan daripada floral artistic director, Shane Connolly dikatakan telah menempah lebih daripada 4 ton daun-daun termasuk English Maples, 8 batang pokok setinggi 20 kaki dan bunga-bunga tradisi english bagi mengujudkan sebuah taman mewah English didalam Westminister Abbey dimana para jemputan akan berjalan dibawah pokok-pokok dalam taman yang indah sebelum menuju ketempat duduk masing-masing. Dekorasi ini juga akan menyerlahkan lagi keunikan senibina Wesminister Abbey. Selepas majlis perkahwinan, bunga-bunga dan pokok-pokok ini akan dipamirkan kepada umum selama seminggu. Kebanyakan pokok-pokok akan ditanam semula di Prince Charles Higrove Garden kepunyaan Prince Charles seluas 37 ekar sebagai memorial sempena majlis perkahwinan Prince Wlliam dan Kate Middleton. Ayahanda Prince William, Prince Charles merupakan seorang yang suka berkebun. Bunga-bunga segar yang telah dipotong pula akan diberikan untuk kebajikan manakala bunga-bunga yang boleh bertunas akan ditanam semula untuk mengelakkan pembaziran.

MC Hari Ini

29.04.2011, Jumaat - Hari ini Syah MC kerana ada masalah bila hendak buang air kecil. Malam tadi Azrin dan Arip hantar ke Kelinik Mediviron Rawang. Kelinik ini buka panel TM dan mereka Caj RM50.00. Kelinik Panel Syah hari Khamis tutup 1/2 day. Sekarang rasa sakit selepas buang air kecil sudah tak ada cuma Syah sentiasa rasa nilu di bahagian peha dan ari-ari sebelah kiri Syah terutamanya peha. Petang semalam sakitnya macam Syah masuk hospital tahun lepas, lepas buang air kecil Syah rasa pedih dan sakit menjalar dari bahagian testis ke penis Syah, kadangkala dibahagian tempat buang air besar dan kaki Syah. Doakan Syah sembuh yer. Pagi tadi Syah sms my boss Dik Nor pasal MC nie dan Syah juga call Kelinik untuk batalkan appointment fisio Syah. Fisioterapis Syah Eddy hari ini last day pulak tu coz akan bertugas ditempat lain tetapi akan diganti oleh kawannya pula. Try to call mereka sekali lagi jam 11:12hrs tadi for new appointment tapi tak dapat coz staff yang angkat telefon tu kata mereka busy dan minta call semula.

Saksikan Siaran Secara Langsung Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

29.04.2011, Jumaat - Salam Jumaat Semua. Hari ini merupakan Hari Perkahwinan diantara Pewaris Kedua Britain Prince William Arthur Philip Louis atau lebih dikenali sebagai Prince William of Wales. Istiadat Perkahwinan akan diadakan di Westminister Abbey, London yang akan dihadiri lebih daripada 1900 tetamu dari seluruh negara termasuk ketua-ketua negara dan kerabat diraja. Istiadat ini juga akan dapat disaksikan diseluruh dunia secara langsung dari London. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Majlis Perkahwinan Terunggul di Britain ini di saluran NTV 7 bermula jam 15:00hrs atau jika siaran TV tergendala terutamannya yang menggunakan astro kerana pagi nie jer sudah hujan lebat anda boleh saksikannya di Youtube http://www.youtube.com/user/TheRoyalChannel. Istiadat perkahwinan akan diadakan pada jam 11:00hrs waktu London dan Jam 18:00hrs waktu Malaysia. NTV 7 akan menyiarkan secara langsung Istiadat Perkahwinan ini dari Westminister Abbey, London bermula jam 18:00hrs hingga 20:00hrs. Jom kita sama-sama berkongsi hari bahagia pasangan diraja ini di kaca TV atau Youtub. Jom semua .........................

Balik Dari Kelinik

28.04.2011, Jumaat - Petang tadi di office perut Syah sakit dan bila duduk dimangkuk tandas tempat buang air besar Syah rasa macam sakit diikut bahagian penis Syah. Petang rasa sakit tu ada lagi. Semasa di KTM Rawang Syah buang air kecil dan bila jalan Syah rasa sakit. Semasa sampai dirumah tambah sakit. Sakit macam Syah masuk wad tahun lepas. Rasa pedih yang merayap dibahagian testis dan penis Syah dan sometimes sampai ke kaki kiri. Tak boleh jadi nie taku jadi bukan-buka Syah call Azrin untuk ke kelinik.

Jam 20:40hrs Syah ke Kelinik Mediveron, Rawang dan ceritakan apa masalah Syah. Dr Jefri minta Syah ambil sample air kencing. Masa buang air kecil untuk ambil sample dah tak rasa sakit pula. hasil pemeriksaan doktor kata air kencing Syah clear. Dr bagi Syah MC esok. Kelinik caj RM50.00 dan Syah terpaksa bayar dahulu sebab mereka bukan panel TM. Dari kelinik singgah Giant beli roti, tuna dan mineral water. On the way back singgah makan kat Garing kerana nak makan ubat. Syah makan Meehon Sup dan Horlic O Panas, Azrin dan Arip Nasi Goreng USA, Sup Tulang, Teh dan Limau Nipis.

Arip belanja kami hari ini. Thanx arip. Sekarang jam 23:50 dan memang mengantuk rasanya. Ok Syah nak rehat dulu. Esok terpaksa call kelinik fisio Syah kerana tak dapat buat terapi. Terima kasih Azrin dan Arip kerana hantar Syah ke kelinik dan belanja makan.

Jadual Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

Westminister Abbey - Disinilah nanti Prince William dan Kate Middleton Akan DiSatukan Sebagai Pasangan Suami Isteri Yang Sah pada 29.04.2011.

28.04.2011, Jumaat - Sebagai panduan kepada anda semua, disini Syah sertakan aturcara Istiadat Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton yang akan berlangsung pada 29.04.2011.


Between 08:15hrs and 09:45hrs:- The vast majority of the 1900 guests will arrive at the Great North Door of Westminster Abbey ahead of the 11am service.

From 09:50hrs:- Governors-general and prime ministers of realm countries, the Diplomatic Corps, and other distinguished guests arrive at the Abbey.

10:10hrs:- Prince William and his best man Prince Harry leave Clarence House in a Bentley for Westminster Abbey, arriving five minutes later. The route between Buckingham Palace and the Abbey goes by The Mall, Horse Guards Road, Horse Guards Parade, through Horse Guards Arch, Whitehall, Parliament Square (the south side) and Broad Sanctuary.

10:20hrs:- Members of foreign royal families arrive at the Abbey from Buckingham Palace.

10:20hrs:- Kate Middleton's mother Carole Middleton and brother James Middleton leave the Goring Hotel for the Abbey. They arrive at the Abbey at 10:27hrs.

10:25hrs:- Members of the Royal Family leave Buckingham Palace for the Abbey, arriving at 10:30hrs.

10:35hrs:- The Duke of York, Princess Beatrice, Princess Eugenie, The Earl and Countess of Wessex, The Princess Royal and Vice Admiral Timothy Laurence leave Buckingham Palace for the Abbey, arriving at 10:40hrs.

10:38hrs: The Prince of Wales and Duchess of Cornwall leave Clarence House, arriving at the Abbey at 10:42hrs.

10:40hrs: The Queen and the Duke of Edinburgh leave Buckingham Palace, arriving at the Abbey at 10:45hrs.

10:48hrs: The bridesmaids and pages leave the Goring Hotel, arriving at the Abbey at 10:55hrs

10:51hrs: The bride and her father Michael Middleton leave the Goring Hotel for Westminster Abbey in a Rolls Royce

11:00hrs:- The marriage service begins and is relayed by speakers along the route. There will also be big screens in Hyde Park and Trafalgar Square.

12:15hrs:- The carriage procession of the bride and groom with a Captain's Escort of the Household Cavalry, followed by the Queen's procession with a Sovereign's Escort of the Household Cavalry, leaves the Abbey for Buckingham Palace. The bride and groom will be in the 1902 State Landau, or the Glass Coach if it is raining.

12:30hrs:- The bride's carriage procession arrives at Buckingham Palace

12:40hrs:- Members of the Royal Family and members of foreign royal families arrive at Buckingham Palace.

From 12:40hrs:- Other guests for the reception arrive at Buckingham Palace

13:25hrs: The Queen and the bride and groom, together with their families, appear on the balcony.

13:30hrs: Fly-past by the Royal Air Force and Battle of Britain Memorial Flight.


The Queen will give a lunchtime reception at Buckingham Palace, which will be a private gathering for guests drawn from the congregation who will represent the couple’s official and private lives. During the reception, the couple will appear on the Buckingham Palace balcony with other members of the Royal family. The Reception is expected to finish mid-afternoon and guests will be served with canap├ęs.

At some point in the afternoon, the bride and groom will leave Buckingham Palace for some downtime at St James's Palace.

In the evening, the Prince of Wales will give a private dinner, followed by dancing, at Buckingham Palace for the couple and their close friends and family.

Prince William dan Kate Middleton Akan Dipisahkan Sementara Waktu Menjelang Senja Hari Perkahwinan Mereka

William dan Kate - Darah Manis

28.04.2011, Khamis - Prince William dan Kate Middleton telah dimaklumkan oleh oleh pihak Istana Buckingham mengenai tatatertib yang harus mereka ikuti pada petang menjelang majlis perkahwinan mereka. Di Britain, pasangan yang akan berkahwin akan bersama-sama menghadiri jamuan makan malam bersama saudaramara terdekat dan teman rapat pada petang menjelang hari perkahwinan mereka tetapi situasi ini tidak akan berlaku dalam keluarga diraja yang penuh dengan protokol dan adat istiadat yang harus dipatuhi.

Mengikut tradisi keluarga diraja Britain pasangan yang akan berkahwin tidak dibenarkan berjumpa diantara satu sama lain menjelang senja sehinggalah pada majlis perkahwinan mereka keesokan harinya. Esok pagi 29.04.2011 lebih kurang jam 03:00hrs waktu Malaysia dan jam 19:00hrs waktu London (28.04.2011) Prince William dan Kate Middleton akan dipisahkan sementara waktu sehinggalah mereka berjumpa di Westminister Abbey pada pagi 29.04.2011 untuk majlis perkahwinan diraja. Majlis Perkahwinan dijangka bermula pada jam 18:00hrs waktu Malaysia dan jam 11:00hrs waktu London.

Sunday, April 17, 2011

Persediaan Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton

28.04.2011, Khamis - Majlis Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton akan berlangsung esok 29.04.2011 di Westminister Abbey. Sekarang ini bandar London sedang sibuk dengan persiapan dan mengadakan raptai untuk memastikan majlis ini berjalan seperti yang dirancang. Jom kita ronda-ronda sebahagian aktiviti mereka. Kate Middleton kelihatan memendu kenderaan keluar dari kediaman keluargannya di Bucklebury menuju The Goring Hotel, London dimana beliau dan keluarga akan menginap sebelum Majlis Perkahwinan. Beliau ditemani oleh Pegawai Keselamatannya. Tak tahu bilakah lagi beliau akan kembali ke kawasan ini setelah bergelar Puteri Diraja nanti.

Persiapan terakhir Angkatan Tentera Udara Diraja Britain yang akan melakukan lintas hormat apabila Prince William dan Kate Middleton serta kerabat diraja Britain berada di beranda Buckingham Palace untuk melihat rakyat yang menunggu kemunculan mereka terutamannya Pasangan Penganti Diraja. Pedati khas yang akan membawa pasangan pengantin diraja dari Westminister Abbey ke Buckingham Palace selepas Majlis Perkahwinan sedang membuat raptai dihadapan Westminister Abbey dengan diringi oleh pasukan kawalan berkuda. Pasukan berkuda diraja dengan uniform lengkap mereka yang telah bersedia untuk menghadapi majlis perkahwinan diraja.
Kawalan keselamatan ketat dan kereta anti-bom dihadapan The Goring Hotel dimana Kate dan keluargannya akan menginap malam ini sempena Majlis Perkahwinan Diraja. Raptai yang diadakan dihadapan Istana Buckingham
Rolls-Royce Diraja yang akan membawa Kate Middleton dan Ayahandanya dari Goring Hotel ke Westminister Abbey sedang membuat latihan dijalanraya dari Goring-Westminister Abbey diikuti oleh polis pengiring.

Penyokong setia institusi beraja Britain sanggup berkampung dikawasan berhampiran Westminister Abbey untuk menyaksikan sendiri dari dekat majlis perkahwinan ini.