Tuesday, March 29, 2011

Penat Tunggu Bas

01.4.2011, Jumaat - Sekarang jam 16:28hrs dan Syah baru sampai rumah jam 16:15hrs tadi. Lama betul tunggu bas dan masa bas tak sama seperti biasa sebab pemandu bas biasa tu cuti lagi. Syah solat Jumaat di Bandar Rawang dan sebelum solat Syah makan tempe goreng, mee rebus dan air gas (dah lama tak minum) digerai depan masjid. Selepas solat singgah Giant beli Horlic, Soya bean dan dragon fruit. On the way jalan beli air gas isotonik lagi. Panas terik plak hari ini. Dah masuk waktu Asar dah. Ok lah Syah solat dulu. jumpa lagi

Pagi Jumaat

01.04.2011, Jumaat - Teringat Syah semalam masa jumpa doktor, dia inform Syah esok April Fool. hehehehe........... Hemmm no comment. By the way pagi nie bangun lambat hampir jam 07:00hrs baru terbangun. Semasa buang air besar Syah dengar macam ada bunyi anak kucing dan bila Syah keluar ada beberapa ekor anak kucing dalam longkang. Syah solat dulu dan dalam hati kata kalau dia ada lagi nanti lepas Syah solat, Syah akan letakkan anak kucing tu dibelakang rumah dalam kotak coz takut anjing kacau. Selepas solat Syah tengok tinggal seekor sahaja dan nampak mak dia gonggong anaknya masuk rumah jiran Syah. Jadi Syah ambil anak kucing yang seekor tu dan hantar kat rumah jiran yang dia sorokkan anaknya sebab Syah takut dia terlupa dan tinggal seekor plak dalam longkang tu. Tabiat kucing memang macam tu, dulu ada kucing beranak rumah Syah dan beberapa minggu dia alihkkan anaknya ke rumah orang lain pula. Kucing kerap pindah-pindahkan anak-anaknya dari satu tempat ke tempat yang lain.

Hamster yang di KL Residence tu macam nie jugalah, mak dia beranakkan tempat lain dan beberapa minggu lepas tu dia transferkan Hamster ke belakang rumah Syah dan Syah kurung Hamster dan adiknya (kemudian mati di KL Residence) sebab tu dia tak dapat larikan anak-anaknya. Kucing tu mungkin adik beradik Hamster kerana warna bulu dan fizikalnya hampir sama cuma Hamster bulunya lagi kembang. Teringat Syah yang Hamster hendak disunatkan minggu nie dan Syah call Cd tadi (08:46hrs) dan Cd kata belum hantar lagi ke kelinik kerana sibuk dengan renovation KL Residence dan katannya mungkin Sabtu nie hantar ke kelinik tetapi kena Vaccine dulu. Kat belakang rumah Syah pula ada seekor kucing jantan yang dah tua selalu lepak dan bila Syah keluar dia lari. Malam tadipun dia tidur kat situ, mungkin dah lama dia bermastautin belakang rumah Syah tue gamaknya. Heheheheh... takper lah buka dia kacau kita pun kan?

Aksi Hamster di KL Residence yang selalu buat Muss Geram dengan perangai dia nie. Dalam photo nie dia buat perangai masuk dalam pelapik getah sangkarnya. Macam-macam gelagat lagi dia pernah buat sebab tu Muss kecik jer tengok dia........ walaupun badannya besar dan bulunya panjang terutamannya ekor dia yang kembang itew. Hamster...Hamster....Hamster....... heheheheh


Masa Syah sapu sampah depan rumah nampak jiran Indian yang langgar kereta Azrin tu dengan kereta dia yang telah keluar bengkel. Malam tadi semasa ke pasar malam terjumpa Azrin dan Arip depan rumah mereka dan inform Syah yang kereta Indian tu dah keluar dan dia bawa laju depan rumah mereka petang semalam. Isteri Indian tu memang parking suka hati depan rumahnya dan kalau dia parking mesti masuk depan kawasan rumah jirannya tapi untung rumah tu kosong tapi dulu masa ada penyewa diapun parking macam tu tetapi disebabkan penyewa tu India juga mereka macam tak kisah kot. kalau Syah, Syah tak suka orang simply parking depan pintu pagar Syah kecuali emergency atau sekejap-sekejap tak per lah.

Sekarang jam 08:56hrs dan Syah hendak makan ubat dan untuk alas perut Syah buat Horlic O + Oat sebab tak selera nak makan pagi-pagi nie, Syah jarang makan pagi. Sekejap lagi mungkin nak gosok baju kerja kerana esok plan nak sapu dan mop lantai Rawang Residence. Keadaan kaki Syah masih lagi terasa sakit sedikit dan kadangkala terasa sakit bila ada pergerakan yang agak lasak. Kadangkala Syah rasa kaki dan peha Syah berasa kebas. Ok .....sehingga berjumpa lagi dilain Entry dan kepada pembaca lelaki blog Syah jangan lupa Solat Jumaat hari ini dan kalau ada tersempak dengan Syah tegur-tegurlah yer sebab Syah tak kenal siapa pembaca blog Syah kecuali mereka yang ada didalam senarai Follower Syah. Terima kasih atas sokongan anda semua kerana tanpa anda semua siapalah tengkusyah.blogspot.com.

Queen Elizabeth II Anugerah CBE Kepada Tony Fernandes

31.03.2011, Khamis - Hari ini HM Queen Elizabeth II telah berbesar hati menganugerahkan darjah kebesaran "Commander of the Order of the British Empire" atau CBE kepada Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Datuk Seri Tony Fernandes. Penghargaan ini adalah atas khidmat Datuk Seri Tony mempromosikan hubungan komersil dan pendidikan antara Britain dan Malaysia.

Penghargaan ini bukanlah merupakan penghargaan kali pertama dari negara luar kepada Datuk Seri Tony. Sebelum ini pada 2010, beliau pernah menerima anugerah "Officier of the Legion d'Honneur" yang merupakan anugerah tertinggi bagi warga bukan perancis dari kerajaan Perancis kerana sumbangan beliau terhadap industri penerbangan. baru-baru ini beliau telah dinobatkan sebagai "Asia Businessman of the Year 2010' oleh Majlah Forbes. Disampig itu beliau juga menerima beberapa anugerah lain dari badan swasta dan media organisasi kerana pendekatan inovatifnya dalam bidang perniagaan.

Syabas diucapkan kepada Datuk Seri Tony Fernandos yang menerima pengiktirafan dari baginda Queen Elizabeth II. Teringat Syah semasa satu majlis anjuran TM, Syah dan Rohizad (rakan setugas di TM) menghantar cenderahati TM kepada beliau ke keretannya dan dia ucapka terima kasih dan beri kami cap Air Asia seorang satu dan pakaikan dikepala kami. Bangganya waktu tu sebab dapat cap tu dari tangan CEO Air Asia sendiri.

Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis Melawat Beberapa Pusat Pemindahan Banjir Sekitar Perlis

31.03.2011, Khamis - Hari ini Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Asashah Khalil telah berbesar hati berkenan melawat beberapa pusat pemindahan banjir sekitar Perlis. Diantara lokasi lawatan baginda adalah Sekolah Kebangsaan Panggau, Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan dan Kolej Kediaman Universiti Malaysia Perlis (UniMap). Turut serta mengiringi baginda berdua adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Dato' Azizan Hamid dan Pengarah Pelajaran Perlis En Mansor Lat.

Dalam titahnya, Baginda menasihati mangsa-mangsa banjir supaya mengawasi pemakanan dan kesihatan masing-masing bagi mengelakkan penyakit-penyakit bawaan air seperti denggi, kepialu dan taun yang kebiasaannya menular selepas banjir berlaku. Baginda berharap pengalaman Perlis menghadapi banjir besar pada tahun 2005 dan tahun lepas dapat dimanfaatkan oleh mangsa untuk menghadapi banjir kali ini. Tambah Baginda lagi, semenjak empat tahun lalu Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Baitulmal Perlis sering menjalankan kempen langkah menghadapi banjir melalui program Titian Kasih yang mana ianya boleh dimanfaat sepenuhnya oleh masyarakat apabila menghadapi bencana seperti ini.

Gambar dari Bernama yang diambil hari ini di Perlis yang menunjukkan ada lagi segelintir masyarakat yang bermain-main dengan air banjir dan menganggapnya seperti sebuah pesta. Berhati-hati dan lindungilah keluarga anda sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sayangilah diri dan keluarga anda, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna. Tetapi kebiasaannya seperti kata Ayahanda Syah, "Manusia Nie Kebanyakannya Menyesal Kemudian".


Dari laporan Bernama, banjir di Perlis semakin teruk dan sehingga jam 12:00hrs tadi seramai 3397 mangsa banjir telah dipindahkan ke 35 buah pusat pemindahan sekitar Kangar, Arau dan Padang Besar. Kepada yang terlibat dengan banjir ini, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan menjaga keluarga masing-masing terutamanya anak-anak dan orang tua untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Terima Kasih atas sifat keperihatinan DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis terhadap mangsa-mangsa banjir di Perlis. Semuga dengan kehadiran Tuanku berdua akan memberikan motivasi kepada mangsa banjir menghadapi segala rintangan. Syah juga mendoakan agar semua mangsa banjir berada dalam keadaan selamat dengan tahap kesihatan yang tinggi serta tabah mengharungi dugaan ini. AMIN.

MC Dua Hari

31.03.2011, Khamis - Hari ini Syah ke Polikelinik Rawang kerana lutut Syah sakit sedikit lagi. Bila doktor periksa katannya kaki Syah masih kuat tapi ada masalah di bahagian joining dan Syah pun angguk sahaja sebab Syah sendiripun tak berapa faham. Syah kata perlu ke Syah jumpa pakar dan dia inform buat masa sekarang tak perlu. Lama juga lah Syah menunggu giliran adalah hampir 2 jam. Doktor beri Syah MC dua hari dan minta Syah berehat dirumah dan dia minta Syah supaya tak melakukkan pergerakan yang berat sambil berlawak dia kata sekarang awak tak boleh panjat Gunung Kinabalu nanti kaki awak sakit lagi. Hehehehe tetiba jer doktor tu cakap macam tu. Actually kelinik nie style lama dan doktornya juga orang lama dan agak rock sedikit tapi ubatnya memang bagus. Kalu Syah tak sihat dan Syah berada di Rawang inilah satu-satunya kelinik yang Syah akan pergi.

Dari kelinik Syah beli sedikit keperluan dapur di Giant dan kemdiannya makan Laksa dan Barli Ice. Jam 12:15hrs Syah bergesas ke bas stand untuk kejar bas 12:30hrs tetapi bas jalan hampir jam 13:00hrs. Sampai Rawang Residence Bak, Ayah Azrin tegur dan katanya banyaknya barang dan Syah senyum sambil inform beli barang dapur. Ialah Syah pun naik malu bawa banyak beg plastik tapi nak buat macam mana Syah ada kereta tapi tak boleh bawa sebab tak tahu memandu dan tak ada lesen. Syah beli 6 botol air mineral water 1.5litter yang offer RM0.99 sahaja (kat Rawang Residence RM2.00) - memang berat, salad, tuna dalam tin, shampo, pencuci lantai dan instant soup. So terpaksa lah bawa naik bas takkan asik nak minta tolong Azrin jer nanti apa pula kata orang kan? Memang dia baik hati dan selalu tolong Syah, tetapi hati orang kita tak tahu kan? Azrin sendiri ada banyak tanggungjawab yang harus dia laksanakan untuk keluarga dan kerjaya dia.

Raja Kecil Besar Perak Hadiri Perlawanan Bolasepak Piala Amal Menteri Besar Perak dan Dato' Malek Noor Dimasukkan ke ICU

YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan menyampaikan Piala Amal Menteri Besar kepada Datuk Ghani Mihat sebagai wakil pasukan Bolesepak Veteran Kebangsaan. Turut serta adalah YAB Menteri Besar Perak. -Gambar dari Bernama.


31.03.2011, Khamis - Malam tadi YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dat0' Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah telah berkenan menghadiri perlawanan bolasepak Piala Amal Menteri Besar di Stadium Perak, Ipoh. YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan merupakan pewaris keempat kesultanan Perak dan merupakan menantu kepada KDYMM Sultan Kedah. YTM berkahwin dengan YTM Tunku Dato’ Seri Soraya bt. Sultan Abdul Halim (anak angkat Sultan Kedah).

Perlawanan amal pada malam tadi adalah diantara Pasukan Vetran Menteri Besar Perak dengan Pasukan Bolasepak Vetran Kebangsaan dimana Perlawanan berkesudahan dengan Vetran Kebangsaan menang 1-0 dihadapan lebih kurang 1000 orang penonton. pasukan Vetran Menteri Besar Perak dianggotai antarannya oleh Azizul Abu Hanifa, Ramli Talib, A. Elangovan, Rofandi Yusuf, Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng dan P. Umaparam. Pasukan Vetran Kebangsaan yang terdiri daripada bekas pemain kebangsaan era 60an hingga 90an terdiri daripada K.Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Shahrin Majid, Ahmad Yusof, Shukur Salleh, dan Bakri Ibni.

Sebanyak RM10.000.00 telah berjaya dikumpul malam tadi untuk mengisi dana Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Turut hadir dalam perlawanan ini adalah Menteri Besar Perak Dato' Seri Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Zainol Padzi Paharudin. YAB Menteri Besar juga turut beraksi menunjukkan skill beliau dalam perlawanan ini.

Terdapat insiden yang tidak diingini berlaku dalam perlawanan amal ini dimana bekas jaguh bina badan Negara/Asia, Dato' Malik Noor yang berada di posisi penjaga gol bagi pasukan Bolasepak Vetran Kebangsaan tiba-tiba bersandar ditiang gol kerana mengadu sesak nafas. Pada mulanya Dato' Malik Noor dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun tetapi kemudiannya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh. Sumber dari Hospital Pantai Ipoh memaklumkan bahawa Dato' Malek Noor berada dalam keadaan stabil. Bersama-samalah kita doakan agar Dato' Malek Noor dilindungi Allah dan sembuh sepenuhnya daripada sebarang penyakit. AMIN.

Syah Tak Sihat

31.03.2011, Khamis - Bangun pagi tadi Syah rasa tak sihat macam hendak demam dan lutut Syah sakit sedikit. Disebabkan Syah tak kerja Syah campakkan sahaja baju dalam mesin basuh dan setelah selesai Syah jemur baju tu walaupun tak larat rasannya. Syah buat jus green apple celery and carrot dan selepas tu makan ubat. Tak selera nak makan apa-apa lagipin bila Syah blend buah-buah tu, Syah makan dengan seratnya sekali dan Syah tak tapis/buang. Memang selalu Syah buat macam tu dan sebenanya ia mengenyangkan macam kita makan buah juga dan iannya lebih baik daripada kita tapis. Sekejap lagi Syah hendak ke Kelinik Panel TM di Bandar Rawang.

Pagi tadi mengigau lagi. Rasa macam jiran Syah Chong tiba-tiba ada dekat kereta Syah dan masa tu enjen kereta on. Lepas tu rasa longkang Syah penuh sampah dan nampak ada macam sesorang campak sampah dan Syah tegur. Syah suruh di ambil sampah tu tak silap Syah dan sampah dalam longkang (sediada macam sampah orang renovation rumah) tu Syah buang sendiri. Actually Chong pernah cerita Syah dia hendak betulkan tangganya dan suruh Indonesian yang buat rumah adiknya tu uruskan perkara tu. Lama dah dia cerita kat Syah.

Pagi tadi, masa Syah jemur kain, anak India jiran sebelah rumah Chong datang dan inform Syah yang bapa dia dah belikan dia pam basikal. Lepas tu Syah nasihatkan dia kalau main basikal jangan bawa laju-laju kerana banyak kereta dan jangan langgar bunga Syah atau dekat dengan gate Syah kerana besi longkang depan Syah tu Syah simpan dalam rumah takut dia terjatuh pula dalam lubang tu. Syah simpa sebab tak ada orang nak baiki kerana kata mereka kerja tu sikit sangat. Insyallah Syah akan ikhtiar cari orang betulkannya semula. Rasanya MPS cabutkan besi tu kot?

Rumah jiran sebelah yang kosong tu Syah lihat ada diletakkannya macam frame gambar dan cermin atas tembok gate dia. Dah lama dan pecah lalu Syah buangkan. Syah lihat frame tu ada tulis Holly something tapi dah rosak teruk kena hujan. Syah buangkan sebab nampak kotor dan orang yang menyewa rumah tu dulupun tak bersihkannya sampai benda tu melekat dengan simen kerana kena panas dan hujan. Syah juga selalu tutupkan tong sampah dia kerana orang yang kutip sampah tu selalu buka tong sampahnya walaupun rumah tu tak ada orang. Actually tempat sampah tu kalau terbuka orang boleh masuk car porch rumah tu, sebab tu Syah selalu tutupkan. Indian sebelah rumahnya tu selalu buat tak tahu sebab tu Syah tolong tutupkan. Ok lah............. Syah nak keluar tunggu bas ke Pekan Rawang.

Elia Suhana Masih Isteri DYMM Sultan Ismail Yang Sah

Elia Suhana - Gambar Fail
30.03.2011, Rabu - Shukur Alhamdulillah, Berkat sifat sabar dan tabah menghadapi berbagai dugaan akhirnya kebenaran memihak kepada Puan Elia Suhana, Isteri Kedua Mantan Sultan Kelantan DYMM Sultan Ismail Petra. Hari ini Mahkamah rayuan Syariah Kota Baharu Kelantan menolak rayuan permohonan lafas cerai terhadap Puan Elia yang difailkan oleh Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman pada 03 Mac 2010 lepas. Dengan in Puan Elia Suhana adalah isteri yang sah kepada DYMM Sultan Ismail Petra.

Keputusan ini dibuat oleh panel tiga hakim yang terdiri daripada Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Dato' Daud Mohamad selaku pengerusi panel hakim; Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr. Johari Mat dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria. Keputusan ini dibuat setelah perayu sendiri iaitu Datin Nik Rorhana tidak hadir ke mahkamah hari ini. Penolakan ini juga disebabkan peguam perayu, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri dari kes ini tiga hari lepas dan telah memaklumkannya kepada mahkamah. Penolakan rayuan permohonan pengesahan lafas cerai ini diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enekmen Tatacara Syariah 2002.

Puan Elia Suhana pula dalam kenyataannya hari ini kepada bernama memaklumkan bahawa beliau begitu gembira dan bershukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan Syariah berkenaan dan menganggap iannya sebagai satu cenderahati buat suaminya yang tercinta. Mulai sekarang beliau akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap tuntutan hak lawatan keatas suaminya yang tertanguh sekian lama disebabkan permohonan pengesahan lafas cerai yang difailkan oleh Datin Nik Rorhana ini.

Kaki My Sister, Intan Bengkak

30.03.2011, Rabu - Lunch tadi Ayahanda call inform kaki my sister Intan bengkak kena sengat katanya. So sebentar tadi Syah cal my sister Tanya apa hal sebenarnya. Intan inform Syah, hari Ahad lepas dia ke Taman Tasik Titiwangsa dengan hubby dia dan waktu tu ada peraduan memancing. Sementara hubby dia melihat orang memancing dia duduk dibawah pokok. Tiba-tiba dia rasa kakinya macam disengat dan dia nampak sengat tu dan buangkannya. Walau bagaimanapun Intan tak jumpa binatang atau serangga yang menyengatnya.

Hari Isnin tu dia kerja dan bila hendak solat tiba-tiba baru dia perasaan yang kakinya yang disengat tu membengkak luarbiasa. Lalu dia ke Kelinik berhampiran tempat kerja dia iaitu Kelinik Kesihatan Taman Ehsan. Biasalah kelinik kerajaan dan orang ramai dari jam 15:00pm dia dapat jumpa Dr jam 16 :45hrs dan dia merupakan second last patient. Dr kata mungkin allergy ubat sebab itu bengkak dan sepengatahuan Intan dia tak makan apa-apa ubat pun. Intan Tanya Dr tak beri injection ker dan Dr Tanya awak nak injection ker? My Sis kata Ya baru Dr inject.

Dr bagi MC sehari sahaja untuk hari Selasa dan hari ini dia ambil cuti rehat tahunan. Esok Intan mula kerja semula dan Syah inform dia supaya tidak pakai stokin kerana masa bengkak tu Intan kata mungkin sebab stokin yang dia pakai takut darah tak jalan. Sebelum letak phone Inta sempat bertanyakan khabar mengenai lutut Syah yang sakit tu dan pesan jangan lupa makan ubat.

Perjalanan Pagi Ini

30.03.2011, Rabu – Sekejap sahaja sudah hendak habis bulan Mac kan? Pejam celik pejam celik nak masuk April dah. Cepat sungguh masa berlalu begitulah juga dengan usia kita terutamannya Syah yang akan menyambut hari lahir pada 24 April nie. Sekarang Jam 07:05hrs dan Syah berada dalam komuter Rawang-KL yang masih berada di KTM Rawang lagi, Shukur Alhamdulillah sampai sahaja di stesyen, train baru sampai dan cepat-cepat Syah berjalan walaupun lutut nie agak sakit sedikit,.Bas dari Rawang Residence ke Pekan Rawang macam biasa tetapi sekarang nie waktu pagi bas lalu ikut Bulatan Rawang berhampiran Terminal Bas Rawang untuk memudahkan penumpang yang hendak ke KL menaiki bas.

Jadi sampai ke KTM agak lewat beberapa minit dari kebiasaannya. Bas mini yang kami naiki ini ada bas stop dia sendiri berhampiran 7E Rawang atau kita katakana kawasan kedai lama Rawang atau ada juga mengelarkannya Pekan Lama Rawang. Pagi nie bas mini yang Syah naiki bukan bas yang biasa we all naiki, tak tahu kenapa mungkin bas yang biasa tu masuk workshop agaknya. Walau bagaimanapun dah namanya mini, keadaannya sama sahaja agak sempit sedikit tempat duduknya.Pemandunya adalah pemandu yang biasa bawa kami tu. Minggu nie nampaknya macam tak cuti pula dia sebab sentiasa ada. Semalam, walaupun Syah cuti tapi bila bas tu lalu dikawasan rumah Syah, Syah nampak pemandu yang biasa bawa bas tu.


Syah pagi ini dalam Shuttle Train Ipoh - KL


Ada announcement yang train kami akan berlepas pada bila-bila masa sahaja dan train shuttle Ipoh - KL akan sampai sebentar lagi. Sekarang jam 07:20hrs dan Syah serta beberapa penumpang lain yang hendak ke KL Sentral turun dari train untuk naik Shuttle tu. Syah agak lambat keluar dan tersepit dengan pintu yang tertutup secara automatic tetapi Syah dapat keluar juga. Bukan apa Shuttle train nie akan bergerak tanpa berhenti dari Rawang ke KL Sentral dan akan sampai lebih cepat dari komuter yang berhenti di setiap stesyen. Sekarang jam 07:28hrs dan Train Shuttle ini telah bergerak meninggalkan Stesyen Rawang dan Syah menyambung semula entry ini didalam train.


Train shuttle nie agak selesa sebab seatnya dua-dua dan tidak seperti komuter yang seatnya berhadapan antara satu sama lain. Diseat nie juga ada tempat meletakkan makanan dan Syah gunakan untuk meletakkan netbook Syah untuk meneruskan catatan ini. Penumpangpun tak ramai dan banyak tempat kosong dan masing-masing duduk seorang dengan selesanya. Pagi nie jam 08:30hrs hingga jam 12:30hrs Syah ada briefing mengenai Procurement di Seminar Room, Aras 50, Menara TM. MC dua hari dan baru kerja semula hari ini dan rasa agak letih.


Sekarang jam 08:04hrs dan Train melalui PWTC dan tiba-tiba mata Syah tertumpu ke bangunan UMNO yang gah tu ada keluar lambang UMNO dan 1 Malaysia menggunakan teknik cahaya laser. Bangganya Syah, teruja sangat dengan bangsa Melayu kita ...............Tak kira apapun pegangan politik kita, Melayu mesti Bersatu bagi Memertabatkan Kedudukan Melayu Sebagai Bumiputera di Negara Yang Kita Cintai Ini. Kita Wajib Memperjuangkannya Hingga Ke Akhir Hayat Kita. Syah akan sampai ke KL Sentral beberapa minit sahaja lagi – another three station walaupun train bergerak agak lambat . Ok sehingga berjumpa lagi dilain Entry, Syah doakan semuga anda semua menghadapi hari ini dengan penuh keceriaan.

Monday, March 28, 2011

Ke Pasar Tani

29.03.2011, Selasa - Petang tadi Syah nak ajak Azrin ke Giant tetapi katannya hendak ke Pasar Tani di Rawang. So ikutkan saja lah. Actually nak beli minral water yang offer RM0.99 tu tetapi nampak gayanya tak jadilah malas nak arah orang gi sana sini. Syah ke Pasar Tani bersama Azrin, Kak Cik dan Arep. Syah beli meehon goreng dan makan kat tepi tasik berhampiran Pasar Tani tapi Syah buang saja meehon goreng tu sebab rasanya hampeh. So Syah beli air tebu, masalodeh, jagung bakar, tau fo fa dan murtabak ayam. Sampai rumah Syah siram pokok bunga dulu dan tiba-tiba Arip datang nak beli dua biji pasu sebab Syah ada pasu extra tetapi Syah kata ambil sajalah. Syah suruh dia ambl sendiri di belakang rumah. Sebelum balik dia tanya betul ker tak nak duit dan Syah kata tak payah. Bagi Syah benda tu Syah ada extra dan Syah bukannya jual pasu jadi ambil free jer lah kira sedekah. Bagi Syah, jika kita tolong orang lain dan kalau kita memerlukan bantuan satu hari nanti orang lain akan tolong kita pula dan tak semestinya orang yang kita tolong tu mesti tolong kita balik. Sekarang sudah jam 22:38hrs, ok lah sehingga berjumpa dilain Entry Selamat Malam Semua. Have A Nice Dream.

Sultan Kedah Rasmi Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Sultan Kedah merangkap Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja juga turut merasmikan sebuah Galeri dalam markas batalion berkenaan. Kelihatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah menyentuh sebilah keris sebagai simbolik perasmian galeri berkenaan - Gambar dari Bernama.


29.03.2011, Selasa - Hari ini Sultan Kedah KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan merasmikan Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Kem yang bernilai RM92 Juta ini dilengkapi dengan infrastruktur moden yang berkualiti dan mengandungi pejabat pentadbiran dan teknikal yang lengkap untuk sebuah batalion infantri standard serta dilengkapi dengan empat blok penginapan yang boleh menampung seramai 600 anggota bujang. Kem ini juga akan dijadikan sebagai penempatan dan pemulihan banduan dari penjara berdekatan.

Sebelum ini iannya dikenali sebagai Kem Tok Jalai. Kem ini dibina pada tahun 2007 dengan keluasan 79,069 hektar dan setelah ianya siap sepenuhnya, ia diambil alih oleh Batalion Keenam Askar Melayu Diraja (6 RAMD) pada 28.03.2010 yang sebelum ini berpengkalan di Bukit Pinang. Turrut serta dalam Majlis Perasmian ini adalah Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifli Mohd Zain. Datuk Seri dalam ucapannya memaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia terutamanya Tentera Darat amat berbesar hati dan berterma kasih kepada KDYMM Tuanku Sultan dan Kerajaan Negeri atas peruntukan tahan bagi pembinaan Kem ini.

Tentunya kita berasa hairan mengapa banduan ditempatkan di Kem Askar? sebenarnya pada 26.03.2011 Datuk Seri Naib Tun Razak telah melancarkan program Pemulihan Pemasyarakatan yang memberikan tanggungjawab baru kepada Angkatan Tentera dimana Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bekerjasama untuk mengopitimumkan penggunaan sumber kerajaan bagi mencapai impak yang lebih besar. Dibawah pemikiran Strategik Laut Biru atau lebih dikenali sebagai NBOS, pusat-pusat pemulihan akan didirikan dibeberapa kem terpilih dengan anggota tentera dan pegawai penjara bersama-sama menyelia banduan berkenaan. Setakat ini terdapat lima buah kem terlibat dalam projek perintis ini iaitu Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Alor Star, Kedah; Kem Syed Sirajuddin, Geman, Negeri Sembilan; Kem Batu 10, 4 Briget Menkanis, Kuantan, Pahang, Kem Desa Pahlawan, Kelantan dan Kem Mahkota, Keluang, Johor.

Majlis Tahlil Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah di Istana Maziah

Majlis Tahlil di Balairong Seri Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu - Gambar dari Tengku Ismail

29.03.2011, Selasa - Semenjak permakaman Almarhumah Tengku Ampuan Bariah pada 21.03.2011 lepas, setiap malam selama tujuh hari berturut-turut pihak Istana Maziah mengadakan Majlis Tahlil untuk Almarhumah. Majlis diadakan di Balairong Seri Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu. Majlis Tahlil selama tujuh hari ini berakhir pada 27.03.2011 lepas bersamaan hari Ahad, Majlis Tahlil seterusnya hanya akan diadakan setiap hari Khamis Malam Jumaat ditempat yang sama sehingga tempoh berkabung selesai. Majlis Tahlil akhir akan diadakan pada malam 28.04.2011 dan tempoh berkabung berakhir pada 29.04.2011 bersamaan hari Jumaat. Majlis tahlil ini terbuka kepada semua yang berminat untuk menghadirinya dan anda dikehendaki berpakaian lengkap baju melayu dan mengikut pakaian berkabung yang telah ditetapkan. Jika anda ingin menyertai majlis ini dan ingin mengetahuinya lebih lanjut lagi, anda boleh membuat pertanyaan di Istana Maziah ditalian 09 6203063.

Al-Fatihah Kepada Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah. Semuga Roh Almarhumah Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beramal Soleh. AMIN

Sultan Selangor Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Ke Empat DUN Selangor


Sultan Selangor dalam istiadat pemeriksaan barisan kehormat - Gambar Beruta Harian

29.03.2011, Selasa - Semalam 28.03.2011 Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Neger Selangor kali ke-12 di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. Majlis dimulai dengan pemeriksaan barisan kehormat yang terdiri daripada pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia di Perkarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah.

Diantara titah baginda dalam majlis ini :-

Kerajaan Negeri harus memainkan peranan penting dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA dengan memudahkan pelaburan dan perdangangan di negeri selangor terutamanya untuk projek Grater Kuala Lumpur/Klang Valley.

Kerajaan Negeri dan Wakil Rakyat harus mengutamakan kepentengin negeri dan rakyat bagi mencapai keputusan menang-menang (win-win situation) bagi semua pihak. Baginda memberi contoh projek MRT Sg Buluh-Kajang sejauh 60 KM yang pasti akan melibatkan beberapa isu seperti isu seperti pemilikan tanah, kelastrian alam sekitar, kesesekan dan lain-lain masalah. Dijangka projek ini akan memberi peluang pekerjaan kepada 130,000 orang terutamannya di Selangor. Baginda mahukan segala masalah ditangani dengan cara berhemah.

Menyentuh Projek River of Life, Baginda memaklumkan bahawa projek itu adalah selari dengan projek pembersihan Sungai Klang dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Neger Selangor dan iannya harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi menarik pelabur samada pelabur tempatan atau luar negara melabur di negeri Selangor.

Kerajaan negeri harus mempertingkatkan lagi perlaksanaan program dan kempen bagi mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, mengupayakan golongan muda dan wanita, menaikkan taraf hidup golongan minoriti seperti orang asli dan fakir miskin.

Melaksanakan Strategik Kredit Mikro bagi menggalakkan perkembangan kegiataan keusahawanan sosial serta memantau perlaksanaan skim gaji minimum oleh Kerajaan Persekutuan.

Pemimpin negeri harus memantau keadaan iklim ekonomi dunia yang kadangkala tidak menentu sekarang ini dan jangan mudah selesa dengan perkembangan ekonomi negara yang semakin pesat dan bebas daripada kemelut ekonomi global.

Baginda mahukan negeri Selangor kekal sebagai sebuah negeri maju dan membangun dari segala aspek termasuk kerohanian, pemikiran, fizikal, emosi dan sosial serta kesedaran sivik dan moral yang tinggi. Baginda juga bertitah agar perlunya sistem semak serta imbang bagi memastikan semua kepentingan ditelita terutmanya dalam fahaman politik yang pelbagai.

Tegas baginda, sistem yang sedia ada hendaklah dilaksanakan atas landasan amanah dan penuh tanggungjawab bukannya berdasarkan peribadi akibat perseteruan politik.

Mimpi dan MC Hari Nie

29.03.2011, Selasa - Syah memang selalu mimpi dan mengigau mungkin kerana Syah suka berfikir mengenai sesuatu perkara hingga dibawa kedalam tidur. Kata orang mimpi tu hanya mainan tidur, hasutan syaitan dan ada juga orang kata mimpi tu sebagai petanda untuk memberitahu kita mengenai sesuatu. Pagi tadi Syah bermimpi macam ada tiga atau dua ekor kucing dan rasa macam anak kucing. Tak tahu macam mana salah seekor darinya Syah ketuk kepala dia dan Syah ketuk lagi supaya senang dia mati. Tak tahu mengapa Syah buat begitu. Walau bagaimanapun mulanya ingatkan dia mati tapi tak mati dan rasa sayang pula kat kucing tu. Syah pegang kucing tu dan rasa macam kucing tu dah jadi besar pula dan Syah belai dia sebab rasa sayang kat kucing tu. Heheheh ........... ada-ada sahaja kan ?

By the way hari ini Syah masih MC lagi selama dua hari since semalam dan lutut Syah macam biasa ada masa-masanya bila berlaku pergerakan akan berasa sakit sedikit serta kadangkala berdetup bukan sebelah yang sakit tetapi sebelah yang tak sakitpun ada masanya berbunyi berdetup. Syahpun bangun lewat hari nie approx jam 06:30hrs. Macam biasa Syah buang air besar dan kali nie mula-mula agak keras sedikit tapi kemudiannya keluar macm biasa ........... tak lah sembelit macam dulu memang susah nak buang air dan rasa macam nak menangis kita dibuatnya.

Lepas tu Syah mandi dan solat subuh. Sekarang jam 07:38hrs dan Syah berada dibilik TV sambil mendengar Radio Sinar, seronok pula dengar celotih Raja Azura dan Salleh Yaakob yang buat suara macam lelaki lembut disamping lagu-lagu era 90an. Terkenang masa remaja dolu-dolu.... Heheheh kenangan jer tu tapi kalau tak ada dulu macam mana ada sekarang kan? Segmen yang gelihati tu adalah mereka translate lagu Melayu ke Bahasa Inggeris dan kadangkala terjemahannya direct translation, tu yang buat kelakonyer sampai pecah perut. Syah buka tingkap bilik TV bagi masuk udara segar. Syah juga buka pintu depan supaya udara segar masuk dalam rumah. Tahu tak anda bahawa orang-orang tua selalu kata pagi-pagi buka pintu rumah supaya rezeki masuk rumah tetapi zaman sekarang kena berhati-hati buka pintu rumah nanti lain pula yang masuk.

Syah minum susu omega tadi tetapi nak makan apa pagi nie Syah tak tahu lagi. kalau ikutkan hati memang tak lapar tapi Syah kena isi perut sedikit kerana hendak makan ubat. Mungkin Syah akan buat Horlic O Panas dan masukkan Oat dalamnya sebelum makan ubat. Semalam Syah buat macam tu. Ingat tak dulu Syah pernah cerita di Entry Syah ada seorang perempuan yang kenalkan dirinya sebagai Ayu dan minta Syah call balik dan cakap dia sedang berada dalam bilik tidur dan nak mandi tu. Syah rasa dia nie lain macam sedikitlah, sekejap tadi dia call tapi Syah tak angkat kerana Syah tag nombornya sebagai " Pompuan X Jawab" so, Syah tahu dialah yang call tu. Ok .......... setakat ini coleteh Syah untuk pagi nie. Jumpa lagi dientry yang lain di tengkusyah.blogspot.com. Terima kasih kerana menyokong blog Syah. Really appreaciate it.

Raja Muda Perak Hadiri Malis Konvokesyen Ke-16 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010

DYTM Raja Dr. Nazrin Shah dan Tan Sri Abdul Ghani Patail (dua dari kiri) - Gambar dari Bernama

28.03.2010, Isnin - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenaan menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-16 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia. Majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra ini turut dihadiri oleh Peguam Negara yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Petail.

Pada Majlis ini seramai 345 orang telah menerima Sijil Lulus Peperiksaan Sijil Amalan Guaman bagi thun 2010. Low Huei Sze telah dipilih untuk menerima sijil lulusan terbaik keseluruhan dan anugerah Tun Abdul Hamid Omar yang disampaikan oleh DYTM Raja Dr. Nazrin Shah.

Keluarga Diraja Jordan


Dari kiri Princess Salma, King Abdullah II, Prince Hashem, Queen Rania, Princess Salma dan Prince Hussein. - Gambar diambil pada 2010.

Secara ringkas ini adalah keluarga Raja Jordan, Raja Abdullah II. Raja Abdullah diputerakan pada 30.01.1962 di Amman, Jordan. Baginda merupakan putera sulung kepada Almarhum Raja Hussein bin Talal dengan isteri kedua Almarhum, Princess Muna atau nama sebenarnya Antoinette Avril Gardiner seorang warga Britain. Baginda menaiki tahta menggantikan Almarhum Raja Hussein yang mangkat pada 17.02.1999 akibat kanser di Al-Hussein Medical Center, Amman, Jordan. Hasil daripada perkahwinan baginda dengan Queen Rania pada 10.06.1993, baginda telah dikurniakan dengan dua orang putera dan dua orang puteri iaitu, Prince Hussein diputerakan pada 20.06.1994, Princess Iman diputerakan pada 27.09.1996, Princess Salma diputerakan pada 26.09.2000 dan Prince Hashem diputerakan pada 30.01.2005.

Sunday, March 27, 2011

MC Dua Hari

28.03.2011, Isnin - Pagi tadi Syah ke Kelinik TM Medical Center sekali lagi kerana lutut Syah sakit dan terangkan apa masalah yang Syah hadapi. Doktor tambah lagi pain killer dan beri Syah cuti sakit untuk dua hari. Sepatutnya hari ini Syah kena hadir Engagement Program di TM Training Center dan kehadiran adalah diwajibkan tetapi kerana lutut Syah masih sakit Syah tak dapat hadir dan akan kemukan MC berkenaan untuk kelulusan boss Syah, Dek Nor. Baru sekejap tadi Syah siapkan dokumen untuk akru Mac 2011 kerana tarikh tutup 30.03.2011 dan Syah MC hingga 29.03.2011. Pada 30.03.2011 tu pula, Syah ada briefing mengenai SRM E-Invoicing di Aras 50 Menara TM. Ok Syah nak gerak balik rumah. Doakan Syah sihat yer kawan-kawan semua.

Saturday, March 26, 2011

Terbangun Dari Tidur

28.03.2011, Isnin - Sekarang jam 04:59hrs dan jam 04:45hrs tadi Syah tergaja dan bangun untuk ke tandas. Bila hendak bangun lutut Syah berbunyi berdetup sedikit. sebelum ke tandas Syah minum air mineral terlebih dahulu. Rasa macam tak sihat sedikit pula pagi nie. Sekejap lagi nak mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. Hari ini Syah tak puasa sunat. Pejam - celik - pejam - celik sudah 28 haribulan, perasan tak sekejap sahaja dah sebulan kan? Cepat betul masa berlalu sekarang nie kan?


Semuga Pagi Isnin ini menceriakan anda semua dan memberi semangat baru untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh keyakinan yang tingi dalam diri masing-masing. ok Jumpa lagi dilain Entry, Bye ................

DYTM Raja Muda Perak Serahkan Kutipan Untuk Sumbangan Mangsa Tsunami Jepun

Dari Kiri MB Perak, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Pengerusi NSTP dan Konsul Jeneral Jepun ke Malaysia - Gambar dari Bernama


27.03.2011, Ahad - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menyerahkan sumbangan yang telah dikumpul sebanyak RM687,000.00 untuk tabung Bencana NSTP/Media Prima kepada Pengerusi The New Straits Time Press (NSTP) Tan Sri Mohamed Jauwar Hassan. Sumbangan ini adalah untuk mangsa-mangsa Tsunami di Jepun. Majlis diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh. Terdahulu MB Perak telah menyerahkan kutipan berkenaan kepada DYTM Raja Dr. Nazrin Shah sebelum iannya diserahkan pula oleh DYTM Raja Muda kepada Pengerusi NSTP.


Turut serta dalam malis ini adalah DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Konsul Jeneral Jepun di Malaysia Mr. Tetsuro Kai. Perhatian para jemputan tertumpu kepada DYTM Raja Dr. Nazrin Shah apabila baginda tiba-tiba kelihatan sebak seketika semasa menyampaikan titah (ucapan) dalam majlis ini.

Lepak-Lepak Di Pekan Rawang

27.03.2011, Ahad - Jam 15:50hrs tadi Syah keluar rumah untuk tunggu bas ke Bandar Rawang kerana plan nak ke pasar malam Country Homes tak kesampaian kerana Azrin dan family dia tak balik lagi. Sampai pekan Rawang Syah ke Giant beli Ice Cream RM1.00 yang memang selalu ada offer sepanjang masa dan lepak sekejap sambil makan ice cream dan lepas tu jalan-jalan kat Supermarket. Selepas window shopping, Syah ke Ali Maju Restoran untuk mengalas perut yang agak lapar sebab lunch tadi Syah makan roti putih dan tuna sahaja. Teringin nak makan Roti Naan dan Ayam Tandoori tapi tak siap lagi rupannya. Jadi Syah pesan Mee Goreng Mamak dan Barli Ice (Ice kurang). Lepas makan Syah order satu lagi barli ice sebab haus sangat rasanya. Semuannya RM7.80. Masa Syah makan datang seorang lelaki Mamak tersenyum kat Syah. Dia tanya awak melayu ker cina dan Syah kata Melayu dan terus dia beri salam dan kemudian minta sedikit duit dengan Syah dan Syah kata tak ada dan dia beredar. Selepas dia pergi sedih pula rasa hati dan ingat nak panggil balik dan bila Syah keluar cari dia dah tak ada.

Selepas makan Syah ke Giant semula untuk beli barang dapur. Sebelum tu Syah singgah beli goreng pisang panas RM1.00 depan CIMB Bank Rawang. Di Giant Syah beli empat botol Mineral Water, embat biji Dragon Fruit dan Green Apple. Ingat hendak beli Celery tapi nampak tak fresh. Dari Giant Syah terus ke bas stand untuk tunggun bas jam 18:30hrs. Masa di bas stand Syah ke toilet sekejap dan masa bas sampai Syah terserempak dengan Indian yang minta duit dengan Syah tadi dan terus Syah bagi RM1.00 yang Syah standby untuk tambang bas. Kesian dia walaupun sepatutnya kita tak perlu layan peminta sedekah tapi kadangkala rasa kesian tu mengatasi segalannya.


Sampai rumah jam 19:10hrs dan Azrin belum balik lagi. tadi jam 21:00hrs dia hantar Ael balik dan katanya dari pasar malam Country Homes. Rupa-rupanya dia balik selepas Syah keluar ke Bandar Rawang. Tak apalah lain kali jer lah............... Adalah 30minit Azrin bersembang dengan Syah sebelum balik rumah dia. Sekarang jam 21:33hrs dan Syah try to call Muss nak tanya dah sampai ke belum tapi no reply. Mungkin dah tidur atau keluar makan agaknya.

Muss Outstation Ke Bahau

27.03.2011, Ahad - Jam 13:23hrs tadi Muss call inform dia hendak bertolak ke Bahau, Negeri Sembilan, macam biasa outstation selama seminggu. Muss inform KL Residence berhabuk kerana kerja-kerja renovation. Katanya mungkin minggu depan bilik air dan dapur siap baru kontraktor uruskan bahagian luar pula. Adik dan anak buah Cd sudah balik kampung kerana tak tahan dengan habuk. Actually Muss suruh mereka datang untuk jaga rumah dan menyelenggara kerja-kerja kontraktor masa Muss dan Cd keluar ketempat kerja. Muss informed minggu depan Cd akan hantar Hamster ke Kelinik untuk disunatkan. Ok Muss Take Care dan Syah doakan Perjalanan Hang Selamat dan DiPermudahkan Segala Urusan. Amin.

Makam YMM Almarhumah Tengku Ampuan Bariah

Makam Sementara Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah


27.03.2011, Ahad - Al-Fatihah .............Inilah makam sementara Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah yang telah mangkat pada 21.03.2011 lepas di tanah tumpah darahnya iaitu Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan. Almarhumah telah dimakamkan didalam Bangunan Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu pada hari yang sama. Turut hadir pada Istiadat Permakaman DiRaja adalah Anakanda Tiri Almarhumah, Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Kerabat Diraja lainnya disamping rakyat Terengganu. Anak Jati Bugis Selangor ini dimakamkan bersebelahan Almarhum Paduka Suami Baginda, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Kebiasaannya struktur binaan makam raja-raja akan dibina dalam masa dua atau tiga tahun lagi tak tahulah kalau iannya dipercepatkan.


Didalam bangunan yang sama juga menempatkan Makam Anakanda Tiri Almarhumah YMM, Almarhumah Tengku Farah Qurashiyah bt Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang mangkat pada 25.02.2001 dalam usia 40 tahun. Dalam bangunan yang sama ditempatkan juga makam Nenda Perempuan Tuanku Mizan iaitu bonda kepada YTM Tengku Besar Terengganu yang merupakan Bonda sebenar Tuanku Mizan. Setakat ini bangunan Makam menempatkan empat buah makam semuanya. Gambar ini Syah dapat daripada Tengku Ismail. Terima Kasih Pak Engku.Disebelah Makam Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah adalah Makam Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Susu Ibu dan Kasih Sayang Seorang Ibu Dalam Hidup Syah

Sambil menonton Segmen Nasi Lemak Kopi O di TV 9 sebentar tadi Syah menonton perbincangan mengenai susu ibu. Walau bagaimanapun Syah menonton apabila topik tu hampir selesai dibincangkan. Bonda Syah mangkat (meninggal dunia) semasa Syah berumur dibawah satu tahun kerana melahirkan adinda Syah yang pergi bersama-sama Almarhumah Bonda. Syah tak pasti samada Almarhumah Bonda Syah susukan Syah atau tidak tetapi mengikut kelazimannya kalau era 1960an memang trend ibu susukan anak-anaknya cuma sekarang nie sahaja banyak ibu-ibu muda keberatan menyusukan anak kerana tak selesa, rasa geli dan seumpamanya.

Sian baby tu asik Ayahnya jer yang dapat. heheheheh ............ Yang sedih tu ada yang hanya pamkan saja dan masukkan dalam botol untuk baby menyusu. Adalah lebih baik susukan anak dibadan anda kecuali jika anda bekerja tetapi anda masih boleh lakukannya bila dirumah. Walau bagaimanapun Syah nak kongsi sedikit point-point yang Syah dapat dari perbincangan tersebut mengenai susu Ibu.

  • Susu Ibu adalah susu pilihan yang terbaik sekali untuk baby anda.
  • Jika anda demam/selsema jangan sesekali cium baby anda kerana ianya akan dijankiti TETAPI anda masih boleh menyusukan baby kerana demam/selsema anda tidak akan memberi kesan pada susu yang diminum oleh baby anda.
  • Bagi ibu-ibu yang mengandung anda masih boleh menyusukan baby anda cuma anda akan berasa sedikit penat dan letih.
  • Kebiasaannya jika menggunakan susu lembu/soya baby buat permulaannya akan mengalami sembelit sebelum iannya menyesuaikan diri dengan susu berkenaan tetapi jika anda menyusukan baby anda masalah ini tidak akan berlaku.
  • Bagi ibu yang menyusukan baby, kena jaga makanan dan kurangkan makanan pedas, jamu dan seumpamanya kerana iannya akan mempengaruhi usus (perut) baby anda dan akan berlaku cirit beret.
  • Jika pipi/telinga baby anda ada ruam itu tandanya baby anda mengalami alahan pada protin susu lembu dan masalah ini tidak akan dialami oleh baby yang menyusu susu anda (susu badan)
  • Bila baby menyusu badan, susu berkenaan akan cepat dihadamkan berbanding susu lembu/soya. Jadi adalah sesuatu yang biasa jika baby anda akan berasa cepat lapar dan anda harus menyusukannya sekali lagi. Bila baby menangis itu salah satu tanda dia lapar.
  • Susu ibu seharusnya menjadi diet utama anak anda, walau bagaimanapun susu formula yang ada di pasaran Malaysia adalah selamat digunakan.

Apa-apapun hanya ibu sahaja yang memahami anak mereka sendiri. Hormatilah Ibu kita tak kira apa panggilan yang kita berikan kepada mereka samada Bonda, Ibu, Emak, Encik, Mummy dan seumpamanya. Peluk dan ciumlah ibu kita dengan penuh kasih sayang setiap kali kita mengunjungi beliau kerana itu adalah terapi yang paling berharga bagi mereka bukan wang ringgit dan kemewahan yang mereka minta dari kita sebenarnya tetapi kasih sayang dan perhatian anak-anak. Hormatilah kedua Ibubapa kita dan jangan sesekali sakiti hati mereka dan kalau boleh ikutkan apa sahaja kehendak mereka kerana kita tahk tahu mungkin hari ini, esok atau lusa mereka akan meninggalkan kita buat selama-lamanya jangan sampai kita akan terkilan/menyesal seumur hidup kerana tak membahagiakan mereka. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.


Sekarang nie Syah lihat banyak yang mengabaikan ibubapa terutamannya apabila mereka sakit atau nyanyuk. Paling menyedihkan ada yang menghantar mereka ke rumah orang-orang tua dan paling celaka sekali ada anak-anak yang membiarkan ibubapa mereka menjadi gelandangan ataupun kebas harta makbapak untuk kemewahan sendiri. Janganlah kita menjadi anak-anak derhaka kerana Allah akan membalas segala perbuatan kita. Sekarang nie Allah tak tunggu hingga kita mati , Allah bagi cash masa kita hidup-hidup lagi balasannya didunia.

Inilah Almarhumah Bonda Syah, Almarhumah Soadah @ Sokdah Al-Hajjah yang mangkat semasa usia Syah kurang satu tahun. Ada orang mengatakan rupa Syah lebih mirip kepada Almarhumah Bonda. Al-Fatihah .................... To Almarhumah Bonda Soadah @ Sokdah Al-Hajjah semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang beramal soleh. AMIN.

Syurga itu dibawah tapak kaki Ibu, Hormatilah kedua ibu dan bapa yang melahirkan kita kedunia ini. Anak, Isteri, Suami, Kemewahan kita boleh cari tetapi Ayah dan Ibu kita hanya dapat sekali sahaja seumur hidup jika kita mengabaikannya dan mereka tiada lagi didunia ini kita tidak akan dapat penggantinya. Perbaikilah hubungan kita dengan ibubapa dan hormatilah mereka selagi mereka masih hidup, tak ada yang terlambat dalam dunia ini selagi mereka masih hidup dan kita boleh menabur bakti kepada mereka walaupun disaat-saat akhir hayat mereka. Renung-renungkanlah supaya jangan nanti Anda menyesal seumur hidup.

Walaupun bonda Syah telah meninggal dunia dan Syah tak pernah kenal siapa Bonda Syah selain menatap photonya apatah lagi kasih sayangnya tetapi rasa Sayang dan Cinta kepada Almarhumah memang ada dalam diri Syah sebab itu selepas Solat Syah sentiasa membacakan Alfatihah untuk Almarhumah Bonda dan Kaum Keluarga Syah yang telah tiada. Kalau Syah kemakamnya, sudah menjadi kelaziman Syah akan cium batu nisannya seperti Syah mencium Dia. Syah juga mendapat rasa kasih sayang seorang Ibu terutamanya dari Nenda Syah, Almarhumah Maharum Al-Hajah sehingga Syah memanggilnya dengan gelaran "Mak".

Begitu juga kasih saya seorang ibu Syah dapat dari Nenda Saudara Syah, Almarhumah Sadu Al-Hajjah (Engah Sadu), Kedua Bonda Saudara Syah yang sentiasa menjaga kebajikan Syah iaitu Almarhumh Che' Zan Al-Hajjah yang Syah panggil "Ucu" dan Bonda Maizon atau Syah panggil Ejon. Last but not least Syah juga dapat kasih sayang dari seorang ibu daripada Bonda Tiri Syah, Hajah Zawiyah yang Syah panggil "Encik" yang sentiasa sayangkankan seperti anaknya sendiri.

Shukur Alhamdulillah Syah dapat kasih sayang seorang ibu walaupuan ibu kandung Syah telah tiada dalam usia Syah masih tak kenal apa-apa. Terima kasih Mak, Engah Sadu, Ucu, Ejon, Encik, Abah, Atok, Mon, Yeoh, Kak Long Zainab, Kak Ngah Normah, Kak Lang Ella, Intan, Muss, Razak, Mamat, Haziq, Dos, Ku Chik dan Azrin kerana kerana memberikan sepenuh kasih sayang pada Syah dan kasih sayang itu akan kekal dalam diri Syah hingga keakhir hayat Syah. Insyallah.

Kesihatan Syah

27.03.2011, Ahad - Hari ini Syah ingat hendak berehat sebab semalam dah sapu sedikit rumah. Pagi tadi buang air besar macam sembelit sebab susah nak keluar tapi bila buang air besar ok pula.Syah kena ambil buah juga hari-hari sebab sekarang nie Syah kurang makan semenjak meminum minuman nutrisi daripada herbalife. Dah makan kurang dan yang hendak dibuangnyapun tak banyaklah kan?

Lutut kanan Syah semakin pulih dan sakit tu kadangkala ada tapi Syah kena perlahankan pergerakan dan tak boleh buat kerja-kerja renyah (berat/kuat). Syah kena baring dan lunjurkan kaki baru rasa selesa. Cuma rasa kebas kat peha sudah kurang tapi kat punggung sebelah kanan pula rasa lenguh. Yang lain ok tetapi kepala sebelah kanan Syah sakit sedikit pagi tadi semasa Syah siram pokok bunga. Breakfast tadi Syah minum susu Omega dan untuk makan ubat pula Syah minum Horlic O + Oat. Kalau rajin tengahari nanti hendak ke Rawang nak makan laksa ataupun petang nanti ajak Azrin ke pasar malam Country Homes. Tak buat decision lagi ............. tengok keadaan macam mana.

Sultan Pahang Melawat Kemboja


26.03.2011, Sabtu - Semalam KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Istana Persahabatan, Phnom Penh. Baginda sebenarnya dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Kemboja bermula 24.03.2011. Perjumpaan selama satu jam itu lebih tertumpu kepada perkembangan bolasepak serantau disamping beberapa isu semasa.

KDYMM Sultan Pahang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Turut mengiringi baginda dalam lawatan ini adalah Timbalan Presiden FAM, KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Haji Mohd Hussein Datuk Pangiran Haji Mohd Tahir dan Setiausaha Agung FAM, Dato' Azzuddin Ahmad.

Thursday, March 24, 2011

Syah Hendak Ke KL

26.03.2010, Sabtu - Sekarang jam 10:14hrs dan jam 11:00hrs nanti Syah akan bertolak ke Kuala Lumpur kerana ada aktiviti sedikit di Kelab Nutrisi Plaza Pantai berhampiran Pejabat Syah di Menara TM iaitu didalam Steyen LRT Kerinchi. Aktiviti tu bermula jam 13:00hrs dan petang nanti baru Syah balik semula ke Rawang Residence. So ........... Syah akan update blog lagi malam nie nanti. Sehingga berjumpa lagi di lani Entry. Kepada pembaca blog Syah, Syah ucapkan selamat bercuti kepada mereka yang tidak berkerja pada hari Sabtu dan isilah masa lapang anda bersama keluarga dan orang yang tercinta atau melakukan sesuatu yang berfeadah untuk diri kita dan masyarakat. Jumpa lagi ...................................

Pest Control Maintenance @ Rawang Residence

Shah sedang menjalankan kerja-kerja Penyelengaraan Pest Control di Rawang Residence


26.03.2011, Sabtu - Pagi tadi Syah call Pest Control untuk buat Maintenance kat Rawang Residence Syah. Actually Shah atau Sharizan Saroni call Syah dari minggu lepas lagi untuk buat regular maintenance tapi Syah tak available. Dia dari Syarikat Dedalu Emas Enterprise dan company tu dia punya sendiri. Syah call dia pagi tadi dan dia kata akan datang sebelum 09:00hrs dan memang on time dia datang dan buat spray, periksa siling Syah dan frame pintu untuk pastikan tak ada apa-apa seranggan yang tak diingini. Jam 10:35hrs tadi kerja-kerja maintenance tu selesai. Syah buat maintenance nie dua bulan sekali dengan Syah sudah lama semenjak rumah Syah kena anai-anai dua tahun lepas. Bila ada maintenance macam nie ok juga dan rumah tak ada seranggan seperti lipas atau semut. Regular Maintenance nie dia caj RM70.00 sahaja untuk satu rumah, atas dan bawah serta depan dan belakang rumah. Syah memang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Shah.
  • Kepada anda yang mengalami masalah anai-anai anda boleh menghubungi Shah atau Sharizan Saroni ditalian 012 3689109. Syah pasti beliau dapat membantu anda mengatasi masalah anai-anai, tikus, semut, nyamuk dan serangga lainnya yang menyerang rumah anda. After Sales Service beliaupun bagus dan memuaskan hati pelanggan. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat beliau dan harga anda boleh dirunding dengan beliau sendiri.

Kesihatan Syah

26.03.2011, Sabtu - Rasa sakit sedikit di bahagian testis Syah sudah ok cuma bila buang air besar tu adalah rasa sikit-sikit sahaja. Tak tahulah macam ada connection plak atau mungkin Syah tak boleh meneran ker tak tahulah tapi keseluruhannya boleh dikatakan ok. Manakala sakit lutut Syah semalam makin sakit. Bila duduk dan nak bangun lutut Syah akan rasa sakit dan bunyi berdetup lalu Syah ke Kelinik Menara TM Medical Center jam 16:30hrs untuk pemeriksaan doktor kerana ada member sakit yang sama ambil ubat kat situ dah ok katannya. Masa doktor periksa dan minta angkat kaki Syah berdetup bunyinya. Doktor beri Syah ubat Tahan Sakit dan Artronil. Syah kata tak nak makan ubat tahan sakit tapi katannya kena makan juga kerana ubat tu juga akan meredakan bengkak.

Masa dalam bas lagilah sakit. Semalam jalan jem gila tak tahu kenapa dan Syah terpaksa duduk lama dalam bas dan bila nak lunjurkan kaki sakit dan berbunyi berdetup. Adoiiiiiiiiiii sakitnya tapi sakit yang kita boleh tahanlah bukan sakit yang melampau. Sampai Bandar Rawang 10minit sebelum jam 20:30hrs dan Syah terpaksa jalan laju sedikit tapi dengan berhati-hati kerana nak kejar bas ke Rawang Residence. Dalam bas Metro call Azrin minta tolong ambil jika bas sampai lambat tetapi secretaynya yang angkat dan Syah tak cakap pasal minta ambil tu. Walau bagaimanapun Azrin call semula dan Syah ceritakan sebab call dia tadi dan Syah kata tak apa mungkin sempat kejar bas ke Rawang Residence. Dia inform kalau bas tak ada call dia balik. Sekarang sakit tu masih ada lagi dan ada masanya peha Syah rasa kebas. Ialah baru dua kali ambil ubat takkan terus sembuhkan? HEheheheh .............. Kepada anda semua doakan agar Syah sihat dan cepat sembuh yer? Terima kasih atas doa kalian.

Bekas Isteri Tengku Fakhry Utamakan Kerjaya Dari Cinta

Gambar terbaru Mano yang semakin Jelita - Gambar dianbil daripada Kapanlagi.com

25.03.2011, Jumaat - Bekas isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni DYMM Sultan Ismail Petra, Manohara Odelia Pinot atau lebih dikenali dengan panggilan manja Mano dalam kenyataannya kepada Kapanlagi.com pada 21.03.2011 memaklumkan bahawa buat masa ini beliau lebih mementingkan kerjaya daripada cinta dan memaklumkan tidak akan terburu-buru untuk mencari pasangan hidup. Sekarang Mano juga bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial selain daripada bergiat cergas dalam bidang hiburan.


Katanya kepada Kapanlagi.com

  • “Kalau untuk pacar, aku nggak ingin buru-buru, karena hal seperti itu nggak bagus kalau buru-buru, dan lagi juga aku nggak pernah menargetkan. Tapi aku juga nggak menutup diri, aku open kok untuk semua, tapi sekarang aku lagi fokus kerja saja"

  • “Sampai sekarang belum ada yang deketin aku, gimana dong? Ha..ha..ha.., sudah gitu banyak teman-temanku yang bilang aku tomboy.”

Mano juga menafikan gosip diantara beliau dengan sebarang lelaki dan segala hubungan berkenaan adalah atas dasar kerja atau urusan perniagaan.

Ayahanda Selamat Tiba di Kampung

25.03.2011, Jumaat - Sekarang jam 11:55hrs dan Syah call Ayahanda di kampung dan dia inform baru sampai 10 minit tadi. Shukur Alhamdulillah mereka sudah sampai. Syah inform Ayahanda yang Syah dah bayarkan bil telefon dia RM31.25 dan dia ucapkan terima kasih. Ayahanda still ingatkan Syah pasal sapu yoko-yoko kat lutut Syah exspecially bawah pelipat, katanya banyak urat kat situ....... Ayahanda ......... Ayahanda ...........

Ayahanda Balik Kampung

25.03.2011, Jumaat - Jam 08:05hrs tadi Ayahanda call Syah inform dia dan Encik (Bonda TIri yang Syah sayangi) akan bertolak balik ke kampung. My Sister Intan dan suaminya Am hantar Ayahanda balik. Ayahanda ingatkan lagi Syah pasal Yoko-Yoko dan minta Syah sapu di bahagian lutut Syah yang sakit tu. Begitulah Ayahanda dan Encik yang sentiasa ambil berat dan risau tentang anak-anaknya. Sebab tu Syah jarang inform mereka kalau Syah tak sihat takut dia dan Encik risau. Syah doakan semuga Ayahanda, Encik, Intan dan Am selamat sampai ke kampung dan dipermudahkan perjalanan mereka serta dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak elok. AMIN.

Hantar Ayahanda ke HKL

Dari Kiri Ayahanda, Intan dan Encik


25.03.2011, Jumaat – Semalam Syah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk temankan Ayahanda ke Kelinik Pakar Ortopedik kerana ada regular check up. On the way my sister Intan cal informed mereka on the way ke HKL. Bila Syah sampai di Kelinik Pakar Ortopedik HKL, Syah terus ke Jabatan Pengimejan Diagnostik, Unit Ortopedik yang terletak dibelakang Kelinik tu sahaja kerana Intan beritahu mereka sedang menunggu giliran untuk di X-Ray. Selepas selesai X-Ray kami tunggu sekejap untuk mengambil X-Ray berkenaan dan kemudiannya balik semula ke kelinik untuk berjumpa doctor. Intan ke kaunter untuk uruskan appointement berkenaan. Lamalah juga menunggu baru dipanggil masuk approx jam 12:00hrs.

Doktor buat pemeriksaan terhadap Ayahanda. Ayahanda complain berasa kebas ditangannya. Setelah selesai membuat beberapa ujian doctor kata keadaan Ayahanda baik. Kebas tu memang ada sebelum pembedahan katannya, dan pembedahan tu adalah untuk mengelakkan keadaan berkenaan menjadi lebih buruk. Kata doctor, rasa kebas tu akan tetap ada cuma iannya tidak akan menjadi teruk dan hasil daripada ujian yang dibuat kat Ayahanda seperti mengengam tangan, angkat tangan dan beberapa ujian lagi memuaskan doctor.

Appointment seterusnya adalah setahun sekali, sebab ayahanda sudah sihat. Doctor Tanya kami samada Ayahanda hendak buat pemeriksaan berkenaan di Kampung tetapi Syah dan Intan informed doctor kita buat di HKL sahaja kerana kami semua di Kuala Lumpur dan mudah untuk kami menghantarnya daripada di kampong nanti dia kena pergi sendirian dan doctor setuju. Ubat pula kami akan ambil tiga bulan sekali di HKL dan ayahanda tak perlu datang Cuma kami tunjukkan sahaja slip ubat berkenaan di farmasi.

Ayahanda didalam bilik rawatan dengan doktor yang memeriksa Ayahanda. Syah dan Intan masuk sekali.


Syah minta time slip daripada doctor untuk supporting document tanda Syah keluar pejabat atas urusan di HKL dan Intan pula ke Farmasi untuk ambil ubat Ayahanda. Semasa di HKL terjumpa ex-staff PLT atau sekarang dikenali sebagai Telekom Training Center tempat Ayahanda bertugas dulu. Dia hantar anaknya ke kelinik berkenaan dan bila tengok Ayahanda dan Syah dia teringatkan kami dan tegur. Mulannya Ayahanda tak ingat tetapi bila dia cerita baru Ayahanda ingat. Selain daripada itu Ayahanda juga terjumpa salah seorang warga Sabak Bernam yang mendapatkan rawatan dikelinik berkenaan juga.

Macam biasa selepas appointment, Ayahanda akan ajak we all ke Gerai TPCA di area Kampung Baru berhampiran HKL untuk lunch dengan Ayam Kampung. Ayahanda siap inform awal-awal jangan sesiapa bayar kerana dia yang akan belanja. Kami diam jer....... hehehehehhe rezeki jangan ditolak. Syah makan lauk sahaja, tiba-tiba bonda tiri Syah suruh ambil sedikit nasi dia dan katannya tak baik tak makan nasi kerana orang lain makan nasi ldan Syah ambil lauk jer katannya. So terpaksalah Syah ambil sedikit nasi kat pinggan dia sesuap jer. Biasalah orang tua kan banyak pantang larangnya dan kita ikut jer lah bukannya susahpun kan? Mungkin niat sebenarnya, dia hendak Syah makan nasi kot hahahahahah.........


Syah dan Ayahanda di Gerai Makan


Semuannya RM58.80 dan sebelum balik Syah belikan fruits untuk Ayahanda bawa balik iaitu 2 bungkus Ciku dan 2 bungkus nenas. Syah hendak jalan kaki ke LRT Kampung Baru tetapi Ayahanda tak bagi dan suruh Syah turun di area Sogo kerana mereka lalu di kawasan tu. Masa di HKL Ayahanda berikan Syah Yoko-Yoko dia untuk Syah gunakan kerana dia risau masalah lutut Syah yang sakit. Katanya sapu 3 kali sehari Insyallah ok. Wahhh macam doctor lak dia yer? ...kuang, Kuang,Kuang...... Mulanya Syah kata akan beli sendiri tetapi dia suruh juga Syah ambil dan alasannya di KL mahal kat kampong murah dan dia boleh beli yang lain.


Syah hendak bagi Ayahanda duit tapi katannya tak payah dan suruh Syah bayarkan bil phone rumahnya sahaja. So Syah bagi Encik sahaja. By the way Syah panggil Bonda Tiri Syah dengan gelaran Encik. Intan sempat sakat Ayahanda, Tulah tadi Along hendak bagi kata tak payah kan dah nyesal tengok Mak dapat sambil kami semua ketawa. Macam tulah kami sekeluarga suka buat lawak sebenarnya walaupun jarang-jarang berjumpa. Sebelum turun Syah salam semua dan macam biasa cium Ayahanda dan Bonda Tiri Syah. Mereka pesan supaya Syah jaga kesihatan dan jaga diri. Thanks Ayahanda, Bonda, Intan dan Am (suami Intan) kerana hantar Syah sampai Sogo. Syah sayang awak semua. Muahhhhhhhhhhh.............

Sultan Pahang Berkenaan Mencemar Duli Menghadiri Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang di Istana Abu Bakar - Gambar diambil dari Bernama

24.03.2011, Khamis - Hari ini KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang Ke-80. Istiadat diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan Pahang. Salah seorang penerima anugerah pada hari ini adalah Mohd Nasir Mohamed atau lebih dikenali sebagai M Nasir dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.

Kate Middleton Akan Menggunakan Rolls Royce Phantom VI

24.03.2011, Khamis - Kate Middleton dikatakan akan menggunakan kenderaan Rolls Royce yang pernah dirosakkan oleh pelajar yang merusuh pada disember tahun lepas untuk ke majlis perkahwinan beliau pada 29 April ini. Dalam insiden 09 Disember berkenaan, Prince Charles dan Camilla berada dalam kenderaan tersebut dalam perjalanan menuju kesebuah theater di London. Walau bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan berlaku kepada pewaris tahta berkenaan. Pihak istana masih dalam proses baik pulih kenderaan model Phantom VI keluaran 1977 yang telah mengalami kerosakan kecil di tingkapnya dan disimbah cat oleh pelajar-pelajar yang menentang kenaikan yuran universiti. Sumber memberitahu kerja baikpulih akan disiapkan sebelum majlis seperti yang dijadualkan.

Entry Syah berhubung serangan keatas kenderaan Prince Charles :-

Syah ke Hospital Kuala Lumpur

24.03.2011, Khamis - Pagi ini Syah akan ke HKL kerana Ayahanda ada appointment pagi ini dan selepas urusan selesai Syah akan ke office semula. Syah akan minta Time Slip daripada Doktor nanti. Hari nie Ayahanda kena X-Ray bahagian tengkuknya sebab doktor hendak melihat perkembangan pembedahan tulang belakang dibahagian berkenaan yang dilakukan pada 17.08.2009. Ayahanda sudah sihat sepenuhnya dan boleh melakukan aktiviti seperti biasa. Mudah-mudahan semuannya berjalan lancar nanti dan tak jadi apa-apa yang tak elok pada Ayahanda. Syah pasti Ayahanda sembuh sepenuhnya.

Entry berhubung operation Ayahanda pada tahun 2009 untuk dikongsi bersama anda semua. Sudi-sudikan klick link dibawah :-

Wednesday, March 23, 2011

Perjalanan Balik Rawang

23.03.2011, Khamis - Hari nie naik bas metro jam 18:00hrs dan sebelum tu sempat beli meehon goreng di gerai berhampiran bas stand metro berhampiran Bangkok Bank untuk makan dalam bas dan malam nie Syah dah tak makan lagi. Sedap juga dan dah dua hari Syah beli Meehon tu, RM2.00/pack. Masa dalam bas ada beberapa remaja cina naik bas dan dalam bas biasalah remaja buat bising sampai brother sebelah Syah tu meninggikan suara suruh diam. Bila ditegur bukannya dia diam malah diteruskannya aktiviti mereka. Standardlah budak-budak zaman sekarang dan yang kurang ajarnya mereka boleh bersandar kat seat orang dan berpeluk-peluk dengan pasangan masing-masing, lima orang semuanya dua lelaki dan tiga perempuan. Yang lebih kurang ajar lagi bila dah nak sampai Rawang, salah seorang dari mereka boleh salin baju dan kain baju kurung uniform sekolah. Salin pakaian depan orang dengan kawan-kawannya hadang supaya tak dinampak orang lain, budak sekolah rupannya. Kesian makbapak dia habis tertipu dengan anak-anak.

Syah sampai Rawang Residence jam 21:00hrs. Lutut Syah masih lagi terasa sakitnya terutama masa solat tadi. Tak banyak benda yang dibuat malam nie coz penat. Macam nie lah hari-hari sampai rumah jam 21:00hrs. Just call my Sis Intan sebentar tadi, tanya khabar kerana dia ambil Ayahanda dan Bonda di kampung petang tadi kerana Ayahanda ada appointment di HKL esok. Intan inform mereka sampai Selayang jam 19:00hrs dan mereka bertolak dari Sabak Bernam jam 15:45hrs dan jalan agak jem. Kak Lang pun call inform Razak hendak buat birthday party anaknya di Kajang. Sekejap sahaja cakap dengan Kak Lang kerana line tak berapa bagus dan terputus-putus. Jam 22:20hrs tadi Ayahanda call tanya khabar kerana waktu Syah call Intan tadi dia sedang makan. Syah sempat inform dia yang lutut Syah sakit. Oklah ....................... sehingga berjumpa lagi All the best yer. Selamat Malam Semua.

Sultan Pahang Bermain Dengan Kambing

Sultan Pahang dan kambing Putih Baginda - Gambar dari Bernama

23.03.2011, Rabu - DYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah bermain dengan kambing. Hehehehe................... lawak bunyinya tapi itulah kenyataannya semalam. Sebenarnya kambing putih itu merupakan cenderahati kepada Baginda sempena Majlis Perasmian Kompleks Asnaf Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) di Kuantan, Pahang pada 22.02.2011.

Pembangunan Kompleks Asnaf bernilai RM3.5 juta ini adalah untuk penempatan Asnaf secara tetap dan sementara untuk golongan Asnaf yang tiada tempat tinggal atau tidak berkemampuan, golongan mualaf dan mereka yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir atau seumpamanya. Selepas majlis perasmian, baginda telah sudi menyampaikan sumbangan kepada golongan Asnaf Daerah Kuantan dan melawat rumah-rumah yang disediakan dikompleks berkenaan disamping memeriksa sendiri kemudahan keperluan asas yang disediakan.

Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua MUIP Dato' Seri Abdul Wahid Wan Hassan.

Negeri Terengganu Berkabung Selama 40 Hari Sempena Kemangkatan Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah

Menteri Besar Terengganu Menyiram Air Mawar di Makam Almarhumah YMM Tengku Ampuan bariah sempena lawatan YAB Dato' Seri Ahmad Said ke Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu semalam 22.03.2011. - Gambar diambil daripada Berita


23.03.2011, Rabu – Berikutan kemangkatan Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah pada 21.03.2011 lepas, Kerajaan Negeri Terengganu dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said mengumumkan tempoh berkabung selama 40 hari bagi seluruh negeri Terengganu dan akan berakhir pada 29.04.2011. Sehubunga dengan itu segala acara berbentuk hiburan adalah dilarang kecuali majlis atau acara berunsur keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah.


Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan persekutuan serta badan berkanun di Terengganu diwajibkan menghormati perkabungan ini dengan memakai songkok berlilit kain putih berkuran satu inci bagi lelaki Melayu dan bagi lelaki bukan Melayu mereka dikehendaki memakai tali leher hitam atau lilitan hitam dibahagian lengan kanan masing-masing. Bagi kaum wanita Melayu mereka dikehendaki memakai tudung atau selendang warna putih dan wanita bukan Melayu pula memakai lilitan seperti lelaki bukan Melayu.

Bagi pasukan polis dan tentera cara pemakaian adalah mengikut ketetapan peraturan berpakaian berkabung bagi polis/angkatan tentera. Dalam tempoh berkabung, semua bendera negeri dan bendera lain kecuali Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan separuh tiang di semua premis jabatan dan bangunan kerajaan negeri, persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, bangunan kedai serta kediaman.

Perjalanan Pagi Ini

Syah dalam Komuter Rawang - KL Pagi Ini

23.03.2011, Rabu – jarum Jam ditangan menunjukkan pukul 07:10hrs dan hari ini Syah naik komuter KL-Rawang yang baru sahaja bergerak jam 07:00hrs tadi. Shukur Alhamdulillah hari ini Syah dapat naik train jam 07:00hrs. Masa turun dari bas tadi kena lintas jalan dan kereta memang banyak macam biasa, terpaksa berlari-lari sedikit walaupun lutut Syah masih sakit,. Ingat hendak gunakan touch & go tetapi teringat pula bakinya hanya RM3.60 dan mesti tak boleh masuk punya kerana akan keluar amaran “Baki Tidak Mencukupi” lalu Syah beli tiket secara manual.


Dua hari berturut-turut Syah naik train yang seatnya dua-dua sebab tu boleh buat entry nie. Biasanya Syah dapat naik komuter yang seatnya memanjang.Buat entry nie akan melekakkan kita kerana perjalanan agak jauh dari Rawang-KL lebih kurang satu jam kerana train kadangkala terpaksa berhenti agak lama bagi member laluan kepada train lain. Itulah tips untuk mengelakkan kebosanan dalam public transport tak kira LRT, Komuter atau Bas Jika kita membaca atau buat macam Syah nie, kita tak akan terasa perjalanan tu dan tiba-tiba sahaja dah nak sampai. Betul ................. satu lagi jika kita bersembang dengan topic yang menarik dengan orang disebelah anda sure tak terasa perjalanan tu jauh.


Pagi tadi masa buang air besar dan kecil Syah terasa sakit sedikit (very mild) dibahagian testis dan ari-ari kiri Syah, Sakit yang rasa macam nilu dan mencengkam tu sudah hilang. Kira oklah tu dan Shukur alhamdulullah. Lutut Syah macam biasa sakit tetapi ada masanya pagi nie berkurangan rasa sakit tu. Kadangkala peha sebelak kanan Syah rasa lenguh. Semalam adalah few friends nasihatkan Syah beli ubat di farmasi atau ke kelinik panel untuk sakit lutut tu kerana mereka tak galakkan Syah injek lutut tu untuk tambahkan cecair. Abang Tukiman inform dia juga sakit macam tu dan susah sedikit nak naik tangga atau solat, dia ke kelinik dan Doktor bagi ubat yang dia perlu makan selama enam bula tak silap Syah. Sekarang katannya taklah sakit sangat lutut dia.


Sekarang Syah berada di Stesyen KTM Segambut @ 07:35hrs dan passanger lelaki sebelah Syah nie asik batuk sahaja sepanjang perjalanan since dari Kuang lagi, kesian dia dan Syah tak ada pula gula-gula hack kalau tak boleh bagi kat dia untuk redakan tekaknya.Keadaan penumpang dalam train semakin ramai tapi taklah padat macam biasa dan masih ada ruang lagi. Semenjak semalam bila duduk lama dalm bas punggung Syah rasa macam melecet pula dan sekarang niepun rasa macam tu. Ada-ada sahajakan? Heheheheh .................


Sekarang Syah berada di Stesyen KTM Putra pula iaitu dikawasan PWTC, Tak terasa sangat perjalan sebab leka buat entry nie dan akan sampai ke KL Sentral sekejap lagi. Ok dah nak tutup netbook Syah coz sekarang jam 07:45hrs dan sudah sampai di KTM Bank Negara dan tinggal dua stesyen sahaja lagi. Sehingga berjumpa dilain entry Syah berharap agar anda semua bersemangat untuk melakukan aktiviti/program yang dirancang pada hari ini.

Tuesday, March 22, 2011

Pakej Perkahwinan Issyaz Wedding Enterprise

Kepada anda semua yang ingin melangsungkan perkahwinan, kami di Issyaz Wedding Enterprise berbesar hati menawarkan promosi untuk bakal raja sehari meraikan hari bahagia anda seperti berikut :-
  • Pakej untuk 1000 pax termasuk Perkhidmatan Katering, Meja Makan Pengantin, Pintu Gerbang, Red Carpet, Pelamin 3 Panel dengan Bunga Segar, Baju Akad Nikah dan Persandingan, Dua Makeup, Bunga Tangan, Bantal Nikah, Photographer, Kek Pengantin dan PA System hanya dengan kadar harga RM21,500.00.
  • Promosi ini hanya untuk 11 pasangan pengantin yang terawal sahaja dan anda akan diberikan Kad Perkahwinan dan Cup Cake secara Percuma.

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung promosi ini anda boleh menghubungi Isz - 013 435 9383 atau Syaz - 019 260 5077 dari Issyaz Wedding Enterprise di N0.7, Jalan Garing Utama, Taman Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor. Anda juga boleh melayari page Issyaz Wedding Enterprise di laman sesawang facebook seperti berikut :-

Jumpa Anda Semua di Issyaz Wedding Enterprise.

916 visitors ke Blog Syah Semalam

22.03.2011, Selasa - Shukur Alhamdulillah sebab semalam Statistik Pengunjung tengkusyah.blogspot.com melonjak naik hingga ke 916 visitors. Kebiasaannya hanya 150 - 200++ sahaja sehari. Tak tahu mengapa ........... mungkin Syah yang mula-mula memasukkan berita Kemangkatan Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah. Terima kasih Syah ucapkan kepada pembaca setia blog tengkusyah.blogspot.com yang menyokong Syah selama ini. Really Appreciate It.

Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah Dalam Kenangan

Al-Fatihah
Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah.
Dari Allah Dia Datang Kepada Allah Dia Kembali
Semuga Allah Menempatkan Roh Allahyarham YMM Tengku Ampuan Bariah Bersama-Sama Orang Yang Beriman.
AMIN.

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian YMM Tengku Ampuan Bariah, pergi yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamannya didunia yang fana ini. Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, semua amalannya akan terputus melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

Almarhumah diputerakan (dilahirkan) di Bandar Diraja Klang, Selangor pada 31.08.1933 sebagai Tengku Bariah puteri kepada Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah daripada bondannya Allahyarhamah Cik Puan Hajjah Kalsom binti Haji Mahmud. Almarhumah merupakan adinda kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj tetapi dari bonda yang berlainan. Bonda Almarhum Sultan Salahuddin adalah Almarhumah Tengku Ampuan jema'ah binti Almarhum Raja Ahmad. Sultan Selangor sekarang merupakan anakanda saudara Almarhumah.

Adik beradik Almarhumah seramai tujuh orang dan semuanya adalah daripada bonda yang sama iaitu Allahyarhamah Cik Puan Hajah Kalsom keculi Almarhum Sultan Salahuddin. Diantara adik beradik Almarhumah adalah Tengku Tengku Badli Shah, Tengku Azman Shah, Tengku Ismail Shah, Tengku Raudziah (Raja Puan Muda Kedah darul Aman) dan Tengku Taksiah.

Almarhumah bertemu jodoh dengan Yang Dipertuan Muda Terengganu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud pada 22.03.1952 dan melangsungkan istiadat perkahwinan di Kuala Lumpur. Dengan perkahwinan ini Almarhumah dianugerahkan gelaran Tengku Puan Muda oleh ayahanda mertuanya Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Almarhumah bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20.09.1979 selepas paduka suaminya menjadi Sultan Terengganu dengan gelaran KDYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Perkahwinan Almarhumah dengan Almarhum Sultan Mahmud tidak dikurniakan dengan sebarang zuriat. Almarhum Sultan Mahmud berkahwin dengan Che Puan Sharifah Nong Al-Sagoff seorang warga Singapura berketurunan Syed sebagai isteri kedua baginda yang merupakan Bonda sebenar kepada Tuanku Mizan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekarang.

Selepas kemangkatan Almarhum Sultan Mahmud di Singapura pada 15.05.1998, Almarhumah menggunakan gelaran Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah. DYTM Yang di-Pertuan Muda Tengku Mizan dimasyhurkan sebagai Sultan Terengganu yang baru dengan gelaran KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin. Tuanku Mizan telah memberikan gelaran kepada bondanya, Che Puan Sharifah Nong Al-Sagoff dengan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu. Semasa hayatnya, Almarhumah bersemayam (menetap) di Istana Bukit Jambol dalam kawasan Kuala Terengganu, Terengganu.
Tuanku Mizan ditabalkan sebagai Sultan Terengganu Ke-16 pada 14.03.1999 di Balairong Seri Istan Maziah dengan penuh adat istiadat diraja Terengganu. Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah turut serta dalam istiadat berkenaan begitu juga dengan YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah bt Almarhum Tengku Seri Setia Raja yang merupakan Nenda Tiri Tuanku Mizan iaitu balu kepada Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Merujuk kepada gambar diatas, disebelah Tuanku Mizan adalah YMM Tengku Ampuan Intan Zaharah manakala disebelah Tuanku Nur Zahirah adalah Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah.

Almarhumah Tengku Ampuan Bariah mangkat pada 21.03.2011 di Bandar Diraja Kelang tempat tumpah darah Almarhumah sendiri. Walau bagaimanapun Almarhumah dimakamkan di Terengganu. Jenazah Almarhumah diterbangkan ke Kuala Terengganu menggunakan perkhidmatan pesat C130 TUDM. Istiadat penghormatan terakhir dan Solat Jenazah disempurnakan di Balairong Seri Istana Maziah, Kuala Terengganu sebelum Jenazah diarak menggunakan Tandu Diraja ke kawasan Permakaman Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu. Tandu khas berkenaan melalui jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Tok Lam, Jalan Sultan Sulaiman dengan diiringi pembawa payung dan tombak yang terdiri daripada lima pegawai serta 64 anggota lain-lain pangkat daripada Rejimen ke-18 Askar Melayu Diraja sejauh empat kilometer. Tuanku Mizan dan Putera Baginda, Tengku Muhammad Mua'az, kerabat diraja dan pembesar negeri turut serta mengiringi tandu berkenaan.

Pagi Ini dan Petang Semalam

22.03.2011, Selasa - Sekarang jam 07:15hrs dan syah berada dalam komuter di Stesyen Kuang. Bangun dari tidur tadi jam 05:25hrs, untung Syah terjaga sendiri kerana lupa set alarm. Entry nie Syah taip dalam words dan sampai office Syah transfer ke Blog. Bangun jer hari hujan dan Syah keluar rumah macam biasa tetapi hari ini Syah pakai payung dan selipar dengan kaki seluar Syah lipat hingga paras betis. Bukan apa hari hujan nanti kaki seluar dan kasut basah. Kaki seluar bila basah jadi berat dan tension kita nak jalan dibuatnya dan rasa basah. Kasut Syah letak dalam plastic bag manakala bag galas dibelakang Syah dan payung ditangan kanan. Adoi ......... banyaknya benda yang nak dibawa Heheheheh.................


Shukur alhamdulilah bas sampai macam biasa tetapi driver biasa masih cuti lagi. Sempatlah beberapa orang penumpang bercakap sesama sendiri mengenai pemandu bas yang sentiasa cuti. Syahpun naik heran selalu sangat cuti macam orang kerja kerajaan pula dia, cuti tahunan banyak atau mungkin dia ada hal penting dan cuti tanpa gaji. Sampai sahaja KTM Rawang, train sudah ada dan cepat-cepat Syah masuk stesyen menggunakan touch & go dan tak perlu berbaris untuk membeli tiket. Sekarang train diarea Sungai Buluh dan berhenti agak lama kerana member laluan kepada train lain dilandasan.

Lutut kanan Syah sakit semenjak hari Ahad lepas. Tak tahulah kenapa, mungkin hari Sabtu Syah buat kerja-kerja berkebun didepan rumah seperti mencangkul, angkat tanah dan betulkan pokok bunga menyebabkan lutut Syah sakit. Sakitnya terutama bila Syah mencangkung terasa sakit disebelah lutut kanan bahagian tepi kiri. Mungkin sambungannya problem ker atau ada masalah lain. Dulu ada juga sakit macam tu tetapi sekejap jer tapi kali nie Nampak macam berpanjangan. Rasanya sakit sangat dan bisa ada masa-masanya bila kit buat mencangkung atau berjalan. Kadangkala peha Syah rasa kebas pun ada juga, Masa mencangkul tu Syah ada cangkul tanah yang macam tinggi sedikit kat depan rumah jiran India Syah tu tapi itu bukan busut. Takut juga terusik benda-benda yang kita tak Nampak?

Testis dan ari-ari sebelah kiri Syah pula ada masa-masanya rasa macam mencengkam dan sakit sedikit terutamanya jika ada pergerakan atau Syah tarik nafas semalam dan pagi nie Nampak macam berkurangan pula. Disebabkan rasa tak selesa tu Syah tak puasa semalam kerana nak minum air banyak-banyak. Sekarang nie masa duduk dalam komuter nie peha Syah rasa lengoh dan lutut sekali sekala rasa macam berdenyut dan bila Syah gerakkan kaki rasa bahagian lutut tu sakit. Doakan agar Syah sihat yer kawan-kawan semua.

Semalam pula Syah balik naik Bas dan dalam bas ada seorang Kakak ( 50an @ 60an) duduk sebelah Syah dan dia asik bersembang pasal keluarga dia, urusan pencen suaminya yang meninggal tahun 70an yang tak seattle lagi dan macam-macam termasuk tanya pasa diri Syah. Dia inform dia tertekan dengan masalah dia terutama kes pencen arwah suaminya. Dia kata dia ada rumah sewa, banglow pun ada tetapi dia duduk rumah sewa yang ala-ala sahaja. Dia tak pakai kereta kerana takut memandu dan dia kata lesennya banyak sambil menunjukkan tangannya mengambarkan banyanya lesen dia renew. Ada sepasang cahayamata yang berjaya dalam hidup mereka. Dia inform anak-anaknya jarang jumpa dia.

Dia ada business dan kadangkala buat motivasi dan dulu seorang ustazah. Katanya dia berpengetahuan luas dalam undang-undang dan perubatan dan ada kelinik katanya tapi Syah tak tanya samada kelinik perubatan atau paranormal kerana dia .mention pasal doctor dari Indonesia yang boleh ubatkan penyakit-penyakit misteri. Dia ada inform syah yang doktor sahkan dia ada tekanan perasaan. Dia sempat Tanya Syah pasal umrah Syah bersama family sekitar 1990an dulu. Dia cerita pasal dia beli beg pakaian bonia untuk ke Mekah, Lepas tu menyesal kerana orang kata beg tu akan dibaling jer masa mereka memungah barang-barang di airport. Dia juga beli tudung dan pakaian yang agak mahal juga harganya.

Dia inform nama Sungai Hj Dorani di Daerah Sabak Bernam tu adalah nama datuknya. Tanah ibunya banyak dari Tangung Karang sampai Sg Hj Dorani dan tanah tu diambil orang katannya dan maknya diam jer. Sempat dia inform Syah yang Hospital Tanjung Karang tu adalah tanah ibunya. Katannya arawah suami dia orang campuran arab dan anak-anak dia terutamanya perempuan tu macam mat salleh ikut rupa ayahnya. Very Hendsome and Good Looking suaminya, katanya pada Syah. Dia juga kata yang Syah hendsome tapi mengapa tak kahwin. Dia akui Syah nie awet muda bila Syah inform umur Syah. Dia ingat Syah nie Mix kerana katannya macam Malbary Indian (India berkulit putih) dan Syah inform dia yang Syah bugis. Diapun kata dia juga ada darah campuran Bugis dan Arab.

Kakak tu turun di area Bt 16, Rawang. Entahlah ............ Orang sudah bersembang dengan kita layan jer lah selagi dia tak membahayakan kita. Ok jumpa lagi dilain Entry dan sekarang jam 08:00hrs dan Syah berada di Stesyen KTM Kuala Lumpur dan sebentar lagi akan sampai ke KL Sentral.

Monday, March 21, 2011

Update Mengenai Istiadat Permakaman Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah

21.03.2011, Isnin - Dimaklumkan kepada yang ingin melakukan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah boleh melakukannya bermula jam 13:30hrs dan berakhir jam 14:30hrs di Balai Rongseri, Istana Maziah, Kuala Terengganu, Terengganu. Jenazah dijangka akan diarak ke Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang dengan penuh adat istiadat diraja Terengganu pada jam 15:00hrs (03:00pm).
  • Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah semuga Roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.

YMM Tengku Ampuan Bariah Mangkat

21.03.2011, Isnin - Dukacita dimaklumkan bahawa YMM Tengku Ampuan Bariah telah disahkan mangkat pagi tadi lebih kurang jam 01:30hrs di Hospital Seri Kota, Bandar Diraja Kelang, Selangor. Almarhumah mangkat dinegeri kelahirannya sendiri. Patutlah malam tadi Syah tak boleh tidur dan jam 02:45hrs baru Syah terlena, rupa-rupanya ada perkara seperti ini berlaku. Setakat yang Syah tahu, Almarhumah dikatakan menghadiri satu majlis di sebuah hotel malam tadi dan terjatuh ditempat kejadian. Almarhumah mangkat dalam perjalanan ke hospital.

Sekarang jenazah berada di Lapangan Terbang TUDM untuk dihantar ke Kuala Terengganu dan dijangka akan tiba pada jam 10:45hrs. Jenazah akan disemayamkan di Istana Maziah sebelum dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu didalam Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu. Dimakan yang sama juga menempatkan Almarhum Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah.

Almarhumah merupakan Bonda Tiri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Almarhumah merupakan Mantan Tengku Ampuan Besar Terengganu. Bonda Tuanku Mizan adalah isteri kedua Almarhum Sultan Mahmud iaitu YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Alsagoff. Almarhumah tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Almarhumah juga merupakan bonda saudara kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Sepatutnya Almarhumah dimakamkan di Makan Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang kerana memang telah disediakan tempat Almarhumah di Bangunan yang menempatkan Makam Tengku Ampuan dimana setiap kerabat diraja Selangor yang mendapat gelaran Tengku Ampuan/Raja Perempuan dinegeri/negara lain dimakankan dibangunan ini. Walaupun bagaimanapun atas permintaan pihak tertentu Almarhumah dimakamkan di Terengganu.

Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah semuga Roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.

Ke Pasar Malam Country Homes

20.03.2011, Ahad - Petang tadi selepas Asar Syah call Azrin sebab hendak ajak dia ke pasar malam county homes walau bagaimanapun Arip yang angkat call tu dan informed Azrin tidur. Hampir jam 18:00hrs baru dia call dan ajak Syah ke pasar malam. On the way ke country home jumpa Bak dan Kak Cik baru balik daripada rumah Firdaus dan hari sudah hendak hujan. Sampai je country homes hujan sudah lebat. Hendak tak hendak redah juga. Syah beli sayur, ayam goreng uncle bob, hati goreng, kacang kuda, laksa, kuaci dan masalodeh. Hati goreng, masalodeh dan laksa Syah tak makan sebab kenyang makan yang lain-lain tu dan Syah simpan dalam peti sejuk. Actually dari jam 15:00hrs tadi sudah hujan dan Syah sempat gosok baju kerja yang Syah basuh semalam. Ok nak tidur dah............... jumpa lagi dilain entry.