Tuesday, December 6, 2011

Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah DiRaikan Dalam Majlis Jamuan Rakyat

06.12.2011, Selasa - Malam tadi KDYMM Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah dan KDYMM Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat sempena perlantikan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-XIV. Majlis diadakan di Dataran Jubli Emas, Alor Star, Kedah.

Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) Datuk Md Noh Ahmad. Kedua-dua Tuanku Sultan dan Sultanah telah diberikan cenderahati dalam majlis ini sebagai kenang kenangan. Dianggarkan seramai 6,000 orang termasuk Kerabat Diraja Kedah dan Pemimpin Rakyat menghadiri majlis ini. jamuan diserikan dengan persembahan kebudayaan 1 Malaysia dari Kaum Melayu, Cina, India dan Siam serta persembahan pancaragam Polis Diraja Malaysia diikuti pertunjukan bunga api selama 15 minit.

Nota ; Info dari Bernama /FoN Online

No comments: