Thursday, December 8, 2011

Sultan Selangor Melawat Makam Diraja Selangor dan Istiadat Menerima Air Doa Selamat

08.12.2011, Khamis - Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah menziarahi makam Almarhum Paduka Ayahanda baginda di Makam Diraja Selangor, Klang. Lawatan ini sempena Ulang Tahun Baginda yang ke-66. Terdahulu satu Istiadat menerima Air Doa Selamat sempena hari keputeraan baginda telah diadakan di Istana Kayangan, Shah Alam, Selangor. Dalam istiadat ini adinda baginda YTM Tengku Panglima Besar Selangor Tengku Abdul Samad telah menyerahkan Air Doa Selamat berkenaan yang diletakkan dalam sebuah bekas khas kepada baginda.

Di Istana Kayangan juga baginda telah mengurniakan watikah perlantikan kepada 20 Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi sesi 2012 - 2014 termasuk Pengerusi MAIS Dato' Mohamad Adzib Mohd Isa

Nota :- Info dari Bernama

No comments: