Monday, December 26, 2011

26.12.2011, Isnin - Sekarang jam 14:29hrs dan penat sungguh rasanya sampai hilang selera nak lunch dan Syah ambil Ikan Bilis Bun jer sebab nak makan ubat. Tengoklah sekejap lagi mungkin Syah masak. Pagi tadi Syah kemaskan bahagian depan rumah yang Syah parking AEL sebab rumput dah tinggi. Masa mencangkul tu Pak Baha Kontraktor Syah datang dan inform nanti staff dia bersihkan kawasan tu. Setelah staff dia bersihkan kawasan berumput tu Syah buang daun-daun kering pokok dan lalang dengan cabut guna tangan.

Lepas tu Pak Baha minta Syah ikut anak lelakinya untuk cari skirting tembok Syah dan dia juga nak cari tiles untuk table top Chong, jiran sebelah Syah. Satu rawang pusing kedai tutup sebab cuti hari natal dan tilepun tak jumpa sebab warna yang Chong nak tak ada. Kami bergerak ke area Country Homes dan kebanyakannya kena order dahulu walhal Pak Baha hendak benda tu kalau boleh hari ini juga. Cuaca panas terik dan kereta anak Pak Baha pula air-condnya tak fungsi sangat, so bayangkanlah bagaimana kat dalam kereta tu.

Singgah jap beli air dan adalah 5 kedai kami pergi semuanya tak ada dan kena order dulu. Akhirnya Syah minta dia berbalik semula kat satu kedai tu dan Syah pilih jer Skirting 4in yang bolehlah dikatakan menepati citarasa Syah. Sekarang penat betul rasanya dan lutut Syah rasa lenguh sedikit mungkin buat kerja lebih agaknya masa mencangkul tadi. Maklumlah orang ada masalah lutut macam Syah nie kan, nak buat macam mana dan masih bershukur kerana ini dugaan dari yang Maha Esa dan ada diluar sana tu lebih berat masalahnya dari masalah lutut yang Syah hadapi nie.

Ok ....lah semua Syah nak rehat nie.......... penat betul rasanya........

No comments: