Wednesday, November 9, 2011

Tuanku Muhriz Hadiri Majlis Ulangtahun Rejimen Semboyan DiRaja

09.11.2011, Rabu - Hari ini Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis ulangtahun Rejimen Semboyan Diraja yang ke-59 di kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Baginda juga adalah merupakan Kolonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja. Baginda juga sempat melawat pasukan payung terjun 10 Skuadron Rejimen Semboyan DiRaja atau PARA dan melihat sendiri peralatan yang digunakan oleh pasukan berkenaan. Terdahulu Tuanku telah memberi tabik hormat pada panji-panji Rejimen 71 Rejimen Semboyan DiRaja.

No comments: