Friday, November 11, 2011

Tuanku Mizan Melawat Melaka

Kelihatan Tuanku Mizan sedang melihat cenderahati daripada kerajaan negeri Melaka kepada baginda yang disampaikan oleh Tun Mohd Khalil Yaakob dalam satu majlis yang diadakan sempena lawatan Tuanku Mizan ke Melaka. . Turut serta dalam majlis ini adalah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

11.11.2011, Jumaat - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin kini berada di Melaka dalam rangka lawatan khas selama dua hari bermula hari ini. Keberangkatan tiba Tuanku disambut oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam.

Tuanku Mizan dan Tun Khalil Yaakob serta rombongan telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sayydina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dimana Tuanku telah merasmikan Masjid berkenaan. Pembinaan masji ini bermula 01.05.2007 yang melibatkan kos RM15.3 Juta dan boleh memuatkan 4,000 jemaah pada satu-satu masa.

Sempena lawatan ke Melaka ini juga, Tuanku Mizan telah berkenan merasmikan Hotel Pantai Puteri yang merupakan Projek Pembangunan Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Melaka.

Nota : Info dari Bernama

No comments: