Monday, November 14, 2011

Cokmar Istiadat Baru Dewan Undangan Negeri Sarawak

14.11.2011, Isnin - Hari ini Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Datuk Amar Mohamad Awang Nasir telah memperkenalkan Cokmar Istiadat baru kepada ahli-ahli yang berhormat DUN Sarawak sempena persidangan hari pertama Mesyuarat Kedua bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17.

Cokmar Istiadat merupakan sebahagian daripada alat kebesaran institusi berparlimen. Ukiran di Cokmar baru ini memperlihatkan ciri-ciri yang melambangkan kepelbagaian suku kaum dan etnik Sarawak disamping mengekalkan ukiran yang melambangkan kedaulatan berparlimen. Gambar menunjukkan seorang Bentara Mesyuarat membawa masuk Cokmar yang baru ke dalam dewan persidangan.


Nota : Informasi dari Bernama.

No comments: