Sunday, November 6, 2011

Raja Nong Chick Hadiri Majlis Korban Perdana Anjuran Pemuda dan Puteri Umno Cawangan Lembah Pantai

06.11.2011, Ahad - Hari ini Ketua Umno Lembah Pantai yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuaan dan Kesejahteraan Bandar, Yang Berhormat Mulia Senator Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menghadiri Majlis Korban Perdana anjuran Pemuda dan Puteri Umno cawangan Lembah Pantai. Majlis ini diadakan di Masjid At-Tarmizi, Taman Sentosa.

Syah sempat melihat di Astro 103 Datuk Raja Nong Chick semasa ditemubual dalam Buletin 1.30 petang memeklumkan bahawa sebanyak 30 ekor lembu telah diperuntukkan untuk Majlis Korban Perdana ini dan iannya akan diagih-agihkan kepada warga emas, ibu tungal dan fakir miskin sekitar Sentosa khususnya dan Lembah Pantai Amnya. Turut serta dalam majlis ini adalah isteri beliau Datin Nafesah serta ahli-ahli UMNO lainnya dimana mereka menyembelih, melapah dan mengagihkan daging-daging korban berkenaan.

Nota : Info dari Bernama dan Buletin 1.30 TV3

No comments: