Tuesday, November 15, 2011

Tuanku Nur Zahirah Hadiri Festival Fesyen Islam 2011

15.11.2011, Selasa - Malam tadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan menghadiri Majlis Festival Fesyen Islam 2011 di Hotel J.W. Marriot Kuala Lumpur. Festival Fesyen kali ini membawa tema "Oriental Charm" bermula malam tadi dan akan berakhir pada 18.11.2011. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Datuk Raja Reza Shah atau Shah Reza yang merupakan pengasas dan pengerusi Festival Fesyen Islam ini.

Sebanyak 14 pertunjukan fesyen akan diadakan sepanjang festival ini hasil kreativiti daripada 60 orang pereka tempatan dan luar negara. Diantara pereka tempatan yang mengambil bahagian dalam festival ini adalah Datuk Tom Abang Saufi, Datuk Radzuan Radzwill, Datuk Farah Khan dan Albert King.

Dalam majlis ini Tuanku Nur Zahirah juga telah berkenaan menyampaikan anugerah penghargaan kepada tiga pereka fesyen iaitu Syeba Yip. Andy Ho dan Itang Yunasz. Gambar menunjukkan Tuanku Nur Zahirah menyampaikan anugerah penghargaan kepada Itang Yunasz.

Nota : Info dari Bernama, M-Star Online dan Google

No comments: