Thursday, October 6, 2011

YMM Raja Perempuan Muzwin Perak Mangkat

Persiapan di Istana Riswin sementara menunggu ketibaan Jenazah daripada IJN


YMM Almarhumah Raja Perempuan Muzwin akan disemadikan bersebelahan Paduka Suami Tercinta.

06.10.2011, Khamis - Al-Fatihah, Dukacita dimaklumkan bahawa YMM Raja Perempuan Muzwin telah mangkat pada petang tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Mengikut perancangan awal jenazah akan dimakamkan pada hari Sabtu di Makam Diraja Al-Gufran, Kuala Kangsar, Perak memandangkan ahli keluarga Almarhumah ada yang berada diluar negara. Walau bagaimanapun maklumat terbaharu yang diterima memaklumkan bahawa Almarhumah akan dimakamkan selepas solat Asar esok bersebelahan makam Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Allallahi Shah II atau Marhum Affifullah, Sultan Perak ke-33. Petang tadi persiapan istiadat permakaman sedang giat dijalankan di Makam Diraja Al-Gufran. Jenazah Almarhumah akan disemadikan bersebelahan Almarhum Sultan Idris. Gambar diambil dari Raja Nur Jannah & Raja Mariam.
Para petugas sedang melakukan perbincangan sebelum memulakan tugas-tugas penyediaan Istiadat Permakaman Diraja.

2 comments:

Megat Iskandar At-Terawis said...

I thought Almarhumah died at IJN @ 4pm. Jenazah baru tiba malam ni di Istana Riswin, Ipoh.

tengkusyah said...

Salam YM Megat Iskandar. Yer saya salah tulis dan telah saya betulkan. Almarhumah mangkat di IJN dan jenazahnya akan dibawa ke Istana Riswin.