Wednesday, October 12, 2011

Sultan Pahang Mendapat Rawatan di Ampang Puteri

12.10.2011, Rabu - Semalam ada sumber memaklumkan bahawa Sultan Pahang KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayyatuddin Al-Mu'adzam Shah dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, Jalan Ampang untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selama satu hari. Baginda bukannya gering cuma membuat sedikit rawatan yang Syah tidak dapat nyatakan disini. Insyallah jika tida aral melintang, Tuanku dijadualkan berangkat pulang hari ini. Terdapat lima buah bilik telah ditempah oleh pihak Sultan Pahang di hospital berkenaan. Pada Jam 12:19hrs tadi kelihatan Tengku Mahkota Pahang Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj dan pengiringi memasuki lobi Hospital Pakar Ampang Puteri untuk melawat paduka ayahandanya. Beberapa minit setelah keberangkatan tiba Tengku Mahkota Pahang, Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Malaysia dan juga merupakan anakanda saudara kepada Tuanku Sultan Pahang memasuki Hospital Ampang Puteri. Dato Seri Hishammuddin berkahwin dengan anakanda saudara Tuanku Sultan Pahang iaitu Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.

Update :- Dilaporkan pada jam 13:30hrs tadi, Yang DiPertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob datang melawat Tuanku Sultan Pahang di Ampang Puteri. Turut dilihat adalah Dato' Rajagopal Krishnasamy atau K.Rajagopal ketua jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan Malaysia dan pasukan utama Malaysia mengadap Tuanku Sultan di Ampang Puteri.

No comments: