Wednesday, October 12, 2011

Makan Free Hari Nie

12.10.2011, Rabu - Hemm .......... Mamam free jer hari nie. Balik dari fisio tadi tengok group Leadership and Talent Management ada buat makan-makan dan mereka invite Syah sekali. Untung Syah tak gi makan lepas fisio tadi . Ada nasi impit, pulut kuning, rendang daging dan ayam. Lunch pula mereka sambut birthday bos mereka Puan Mohana dan dapat lagi lunch yang dah siap dipack - Nasi Beryani Ayam Goreng yang Kak Lily serahkan pada Syah. Lepas tu ada kek, buah dan pencuci mulut lagi. Hem............ Makan...Makan...Makan... jer murah rezeki hari nie. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak.
Yang baju pink nie Nik, Account Exec di Telekom Training Center datang buat kerja kat office Syah sket petang tadi dan masa kami berdiskusi Jeeha yang baju hitam tu datang dan berikan kami pack makanan yang mengandungi pulut kuning dan sambal ikan bilis. Jeeha last day buat pratikel kat tempat Syah. Dia beri kami semua kat office nie pulut kuning sambil ucap terima kasih atas bantuan kami semasa dia buat pratikel. Syah bawa balik pulut kuning tu dan makan dirumah jam 21:30hrs tadi sekembali dari office. By the way Nik pula akan mengakhiri zaman bujangnya bulan depan. Hari nie tak keluar duitpun beli makanan, Shukur Alhamdulillah. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry......... Selamat Malam Semua..............

No comments: