Monday, October 17, 2011

Tuanku Mizan Berangkat Pulang ke Malaysia

17.10.2011, Isnin - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan rombongan telah berangkat pulang ke Malaysia dari lawatan rasmi negara ke Indonesia hari ini. Keberangkatan pulang Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah serta rombongan telah diiringi oleh Menteri Luar Indonesia Dr. R.M Marty Natalegawa selaku Menteri Pengiring. Lawatan Tuanku Mizan pada kali ini disifatkan sebagai pengukuhan jambatan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia yang merupakan sahabat paling rapat dengan Malaysia.

Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang Republik Indonesia Adiputera yang diterima oleh Tuanku Mizan daripada Kerajaan Indonesia membuktikan lagi hubungan dua hala yang begitu akrab sebagai sebuah negara yang berjiran. Tuanku Mizan merupakan Ketua Negara Malaysia yang pertama menerima darjah kebesaran tertinggi Republik Indonesia ini. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad juga dianugerakan darjah kebesaran yang sama sebelum ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Pengiring dalam kenyataannya mengucapkan terima kasih kepada Bapak Presiden dan Republik Indonesia diatas hubungan yang akrab dengan Malaysia serta penganugerahan anugerah tertinggi darjah kebesaran Bintang Republik Indonesia Adiputera kepada Tuanku Mizan. Tambah beliau lagi pengukuhan hubungan diantara kerajaan dengan kerajaan, hubungan perniagaan antara kedua negara dan hubungan pertahanan yang telah diperkuatkan lagi semasa lawatan ini merupakan tiga bidang utama yang menjadi tongak dalam hubungan Malaysia-Indonesia yang harus terus diperkukuhkan. Beliau juga berarap agar pihak media dan pihak-pihak tertentu tidak membangkitkan perkara-perkara yang tidak menguntungkan kedua negara.

Nota : Informasi dari Bernama

No comments: