Monday, October 17, 2011

Lunch @ Lambaian Seafood Rawang

17.10.2011, Isnin - Hari nie Syah cuti urgent dan dah apply cuti tu secara on line tadi melalui securevpn. Jam 09:47 tadi Azrin call tanya Syah kat mana kerana dia nampak pintu Syah terbuka masa on the way ketempat kerja dan Syah infom Syah cuti. Ingatkan hendak lunch sama dengan dia tetapi katanya dia dah pergi kerja. So after solat Syah tunggu bas jam 14:00hrs dan masa nak keluar hujan kejap kemudian panas balik. Hemmmm........driver lama hari nie, dah kerja balik rupanya tak taulah mengapa dia nie kalau cuti mesti lama. Tak perlah itu hal dia yang penting bas jalan as scheduled.

Sampai Pekan Rawang Syah ke Lambaian Seafood ingat hendak makan makanan panas tetapi kata tukang masaknya makanan panas mula dijual jam 16:30hrs dan sekarang hanya makan berlauk jer. So Syah makan nasi putih, gulai lemak telur itik, ikan masin, kacang botol dan cincaluk manakala minuman pula milo ice dengan caj RM5.20 dan Syah beli goreng pisang RM1.00. Masa makan, Syah ambil gambar dan kakak pekerja kat situ tanya ambil gambar masuk internet yer dan Syah kata aa'aa nak masuk blog. Dia tanya sebab masa ambil gambar food tu Syah snap gambar dia sekali, siap tanya ambil gambar saya yer. Hehehe.......... Syah kat ya sebab nak masuk dalam internet aktiviti Syah hari nie. Dia senyum jer.

Lepas makan sambil nak tunggu next bas Syah ronda-ronda pekan rawang dan beli bunga melor yang orang India selalu buat sembahyang tu. Syah beli yang dah ikat untuk letak dalam hiasan kayu burung kenyalang Syah. Sekarang nie bandar Rawang busy dan banyak gerai-gerai sempena sambutan Deepavali 26.10. 2011 nie maklumlah disini kaum Indianya memang ramai. Jalan depan KTM sentiasa jem sebab banyak gerai dibuka dihadapan deretan kedai disitu. Masa Syah ambil gambar nie lelaki yang berdiri baju petak tu cakap dengan Syah dia kata ambil gambar saya ok - dia minta Syah snap gambarnya dan lepas tu Syah tunjukkan kat dia dan dia senyum jer sebelum Syah bertolak ke bas stand. Kat bas stand beli nenas yang dah siap dipotoong RM3.00 dan buah mata kucing sekilo RM7.00. Sampai Rawang Residence hampir jam 16:00hrs. Lepas sampai jer hujan lebat mencurah-curah dan sekarang dah reda.

Sehingga berjumpalagi dilain Entry ........ Byeeee............

No comments: