Monday, October 10, 2011

Mak Uda Tunaikan Fardhu Haji

10.10.2011, Isnin - kum 36Salam semua apa khabar, Sorry tak dapat update blog awal hari nie kerana Syah ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Syah tak ingat Mak Uda ke Mekah hari nie cuma secara tiba-tiba subuh tadi Syah buka Facebook dan nampak entry dari Ain (Cousin Syah) inform mereka adik beradik di Tabung Haji. Nak call dia nombornya Syah tak ada lalu Syah call Nizam minta nombor Ain. Syah buat decision nak jumpa Mak Uda juga kerana dia dijadualkan masuk jam 10:00hrs. Dari Rawang Syah naik ETS sebab nak cepat dan kemudiannya ambil LRT ke Kelana Jaya. Sampai Kelana Jaya Syah tanya Mak Cik jual kuih mana bas hendak ke Tabung Haji. Dia jawab dari sini Jauh dik dan minta Syah turun di Stesyen Taman Bahagia dan naik bas 65 katanya. Termengah-mengah Syah naik tangga sebab nak kejar masa. Sampai Taman Berjaya tanya kaunter mana bas ke Tabung Haji dan mereka inform kat bawah dan bila Syah tanya bas nombor apa, tanya kat bawah katanya, mungin dia tak tahu kot.

Dalam tergesa-gesa nak cari bas sampai terpijak kaki seorang perempuan yang hendak beli tiket. Salah dia tiba-tiba depan Syah dan Syah nak cepat. So said sorry jer lah dan dia tengok jer Syah. Sampai bawah tengok tak ada bas 65 yang ada 625. Rupanya mereka kat situpun sebut 65 untuk bas nie. Pada anda yang hendak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya jangan turun LRT Kelana Jaya tetapi turun di Stesyen LRT Taman Berjaya dan ambil bas 625 dengan kadar tambang RM1.00 jer. Tanya driver nak turun mana kerana kalau malu bertanya sesat jalan tau?

Dari bas stand tanya orang arah ke Tabung Haji dan follow jer instruction tu tak sampai 10minit sampai dah. Pusing-pusing cari keluarga Mak Uda akhirnya Anas (my cousin) nampan Syah dan panggil. Mereka sedang berkumpul dibawah khemah dan masa tu Mak Uda dan Ain tak ada coz ke toilet. Sempat bergambar, salam dan cium Mak Uda. Syah serahkan sedikit sumbangan untuk Mak Uda buat belanja disana dan Syah siap-siap tukarkan duit Saudi di KL Sentral pagi tadi. Mereka bertolak dari Kajang jam 05:00hrs pagi tadi. Hampir jam 10:00hrs Mak Uda dan para jemaah yang lain beratur masuk ke Bangunan Tabun Haji dan disinilah kami bersalam-salaman dan semuanya menangis dan mengalirkan air mata.

Nizam dan keluarga datang lewat dan tiba masa Mak Uda sedang beratur untuk masuk ke bangunan. Lepas Mak Uda masuk kami bersalaman dan kembali ke tempat masing-masing. Syah stay sebab nak tengok Tuanku Mizan yang dijadualkan sampai jam 11:30hrs. Masa tunggu Tuanku tu syah sempat mengintai kat satu pintu kaca dan nampak Mak Uda sedang diperiksa untuk masuk ke satu kawasan dalam kompleks tu tetapi dia tak nampak Syah sebab jauh. Syah doakan agar Mak Uda dapat beribadat dengan tenang dan dikurniakan Haji yang Mabrur. Amin. Mak Uda pergi seorang diri, suaminya Uncle Syah Almarhum Mon Al-Haj telah meninggal dunia.

No comments: