Tuesday, October 25, 2011

Jenazah Almarhum Putera Mahkota Sultan Selamat Disempurnakan

Al-fatihah Kepada Putera Makota Sultan, Semuga Roh Al-Marhumah Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh.- AMIN

25.10.2011, Selasa - Gulfnews.com melaporkan bahawa jenazah Almarhum Putera Mahkota Sultan bin Abdulaziz Al-Saud telah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Al Oud selepas Zohor dengan penuh kesederhanaan sepertimana yang dikehendaki dalam Islam. Tanah Perkuburan Al Oud merupakan tanah perkuburan awam untuk rakyat biasa dan kerabat diraja di Ibu Negara Arab Saudi berkenaan. Terdahulu solat jenazah diadakan di Masjid Imam Turki yang dihadiri oleh beribu-ribu warga Arab Saudi dan warga luar yang bermastautin di Arab Saudi. Begitu juga semasa permakaman di Tanah Perkuburan Al Oud. Manakala Raja Arab Saudi Raja Abdullah telah mengarahkan agar diadakan Solat Jenazah (Solat Ghaib) di Masjidil Haram, Mekah, Masjid Nabawi, Madinah dan beribu-ribu Masjid seluruh Arab Saudi.

Hari ini Ibu Negara Arab Saudi, Riyadh dipenuhi dengan tetamu-tetamu daripada lebih 100 buah negara yang terdiri daripada ketua-ketua negara termasuk raja-raja, putera mahkota, ketua negara, perdana menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Putera Mahkota Sultan atau lebih dikenali dengan nama panggilan Sultan Al Khair (Prince of Charity). Diantaranya Perdana Menteri yang amat kita sayangi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Prince Charles, Putera Mahkota Spanyol Prince Philip de Borbon, Presiden Sudan Omar Al Bashir, Presiden Pakistan Asif Ali Zardari, Emir Kuwit Shaikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah, Presiden Comoros Dr. Ikililou Dhoinine dan Pengiran Muda Mahkota Brunei Al- Muhtadee Billah dan lain-lain pemimpin luar negara.

Para pemimpin berkenaan juga telah menyampaikan ucapan takziah kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, Putera Nayef yang disebut-sebut sebagai pengganti Putera Mahkota Arab Saudi serta Kerabat-Kerabat Diraja yang kanan lainnya. Tahap keselamatan diibunegara Arab Saudi juga diperketatkan berikutan kehadiran ketua-ketua negara berkenaan.

No comments: