Tuesday, October 25, 2011

Jenazah Almarhum Putera Mahkota Sultan Selamat Sampai ke Arab Saudi dan di Makamkan

25.10.2011, Selasa - Innaa llayhi Wa Innaa Iiayhi Raaji'oon. Al-Fatihah .............. Jenazah Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mahkota Sultan bin Abdulaziz Al-Saud yang mangkat di New York akibat Kanser Usus pada pagi Sabtu 22.10.2011 telah selamat tiba ke Arab Saudi semalam 24.10.2011. Keranda yang membawa jenazah Almarhum tiba di Lapangan Terbang Angkatan Tentera Ridyadh di Riyadh dan telah dikenakan kawalan ketat oleh pihak tentera. Jenazah Almarhum diiringi oleh adinda Almarhum (ibu yang sama) yang berada di New York ketika kemangkatan Almarhum iaitu Putera Salman yang merupakan Gabenor Riyadh dan dilihat sebagai salah seorang yang terkemuka dan berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan Arab Saudi.

Gambar menunjukkan keranda Almarhum yang baru sahaja diturunkan daripada kapalterbang sebelum dimasukkan kedalam ambulan. Turut berada dilapangan terbang bagi menyambut Jenazal Almarhum adalah Raja Arab Saudi sendiri dan kerabat diraja lainnya serta rakyat jelata. Solat jenazah akan diadakan disemua masjid di Arab Saudi sebelum Almarhum dimakamkan selepas solat Asar hari ini waktu Arab Saudi. Almarhum Putera Mahkota Sultan bin Abdulaziz Al-Saud meninggalkan 32 orang cahayamata hasil daripada perkahwinannya dengan 10 orang isteri. Diantara anak-anaknya yang dikenali ramai adalah Putera Badar dan Putera Khalid. Putera Badar adalah bekas duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat yang mempunyai hubungan baik dengan beberapa Presiden Amerika terutamanya keluarga Presiden Bush serta sering dipanggil "Badar Bush" manakala Putera Khalid merupakan Timbalan Menteri Pertahanan sekarang ini.

Almarhum Putera Sultan yang juga merupakan Menteri Pertahanan Arab Saudi merupakan individu paling lama memegang portfolio berkenaan di Arab Saudi iaitu selama 50 tahun dan telah membuat pembaharuan besar dalam bidang ketentera dengan membawa masuk peralatan tentera terkini daripada Amerika dan Britain. Almarhum merupakan putera ke-7 daripada 36 orang anak pengasas kerajaan beraja Arab Saudi yang dibentuk pada tahun 1932 iaitu Raja Abdulaziz daripada isteri kesayangannya Puteri Hissa Al-Sudairi.

No comments: