Wednesday, September 14, 2011

Buku Sejarah Adat Istiadat DiRaja Johor

14.09.2011, Rabu - Buku Sejarah Adat Istiadat DiRaja Johor telah dilancarkan semalam oleh Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Baharu. Buku ini menceritakan mengenai adat istiadat Kesultanan Johor dimana para pembaca boleh mengetahui mengenai asal usul adat istiadat istana Johor yang tekenal dengan keunikannya semenjak Zaman Temenggung hingga kehari ini. Buku ini juga mengenenghkan beberapa aspek evolusi sejarah dan kebudayaan ikon johor seperti pakaian baju Melayu Teluk Belanga, Askar Timbalan Setia Negara, Lagu Bangsa Johor dan Mahkota Kerajaan.

Buku ini juga melatari kemajuan ekonomi Johor yang bermula dengan lada hitam dan gambir yang menjadi rebutan pedagang antarabangsa dimana Almarhum Sultan Abu Bakar mengabadikan kedua-dua hasil pertanian ini sebagai simbol kemajuan Johor di semua peralatan istiadat istana, persuratan, dokumen dan lain-lain. Buku setebal 295 mukasurat ini diterbitkan oleh Penerbitan UTM Press dan boleh didapati dengan harga RM180.00 senaskah. Ianya dihasilkan oleh Dato’ Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Jumaah Majlis DiRaja Johor dan juga merupakan karyawan tamu UTM mengambil masa lebih setahun untuk menghasilkan buku ini bermula dari pengumpulan bahan, menulis, menyunting dan proses mencetak.

Tentu anda tertanya-tanya dimana boleh memperolehi buku ini kan? Anda boleh membeli terus daripada daripada UTM Johor Baharu dengan menghubungi Puan Yati di talian 07 5536336 atau Pn Suriyani daripada UTM Kuala Lumpur ditalian 017 2267423 atau membeli secara online layari http://www.booksonline.my/. Penghantara ke pelanggan akan dikenakan caj. Anda juga boleh memperolehi buku ini dikedai-kedai MPH terpilih di Kuala Lumpur seperti MPH Midvalley atau datang terus ke MPH Distributor di Ground Floor Warehouse , Bangunan TH, No.5 Jalan Bersatu, Seksyen 13/4, Petaling Jaya. Buku ini juga boleh didapati di kiosk Senai Airport.

1 comment:

mohdfaizalrasid said...

Tahniah atas sikap dedikasi anda menyediakan blog yang sangat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan Rajanya. Sangat berinformasi. nak tanya skit. pernah tak hantar surat kepada mana2 raja Melayu? teringin nak hantar tp tak berapa tahu bahasa2 istana ni. kang tersasul bahasa tak sedap lak. pernah berpeluang hantar surat kpd Queen Elizabeth dan menerima balasan walaupun lady in waiting (dayang) yang balas. tp seronok la dapat surat dr istana Buckingham.